20.2.10

Bertudung Tapi Seksi

Dia cantik. Baju kebaya berona merah. Kain sarungnya juga begitu. Merah membakar nafsu yang lesu. Sekali dipandang, terseksa jiwa. Berkali dipandang, membuah dosa.

Dia mengenakan tudung yang sedondon. Alah membeli, menang memakailah kata orang pujangga. Pilihannya tudung ariani, persis bintang Sinetron yang selalu dizoom di kaca tv.

Liuk tubuhnya melangkah begitu mempersona. Barah kepada kejernihan iman. Apabila melalui wilayah arjuna, bau Vera Wang Princess memanjangkan hidung sekolompok arjuna seakan Pinocchio. Ah, syurga dunia monolog mereka.

Dalam kelompok arjuna tadi terselit seorang anak muda. Dia hanya memerhatikan dari jauh. Dalam hati dia beristighfar. Astaghfirullahal A'zim. Dalam istighfar dia terkenang kata-kata hikmah tuturan ustaznya.

"Pakai tudung ni, macam pakai topi keledar. Kita pakai topi keledar, untuk mengurangkan kecederaan semasa kecelakaan jalan raya. Tapi kalau kita tak patuhi had laju, tunggang macam pelesit, berlumba, mati juga.

Macam tulah pakai tudung. Tudung itu perisai untuk jalan-jalan thagut, jalan-jalan maksiat. Tapi kalau bajunya ketat, langkahnya menggoda, badannya wangi, wanita ini akan menjadi sasaran kacauan nafsu dan berunsur zina."

p/s: Menutup aurat perlu ikut syariat Allah. Tudung yang dipakai perlu ada syarat-syaratnya. Ada tudung yang menampakkan leher, menampakkan lurah dendam, kita rasakan takpa.

Ingatlah, syaitan ini kreatif. Meskipun mereka tidak mampu membawa manusia ke wilayah hitam, syaitan akan mencipta wilayah-wilayah kelabu buat kita.

10 comments:

aisyahwhitelily on February 20, 2010 at 6:57 PM said... [Reply to comment]

betul!nicely spoken :)

sniffa93_aznil4eva on February 20, 2010 at 7:05 PM said... [Reply to comment]

:) thanx

Anonymous said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, smoga mesej ni smp pd semua wanita Muslimah...

::Guess::

♥ciK-t0ge ♥ on February 21, 2010 at 12:29 AM said... [Reply to comment]

ya betuL2..
m0ga dPt beri peNgajaraN kPd sesiaPa jua..
:D

rijalnaif on February 21, 2010 at 10:02 AM said... [Reply to comment]

"katakanlah kepada wanita yang beriman: " Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, danjanganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."

husnaizzati on February 21, 2010 at 9:47 PM said... [Reply to comment]

ye btol2...tapi...payah jugak sebenarnya..kadang2 kita dah tegur tapi still x nak terima..cantik kot pakai warna yg terang,ketat,dan lain2 tue..xpelah..doakan mereka diberi hidayah...insyaAllah

Anonymous said... [Reply to comment]

..alhamdulillah...:D..yup..aku kekadang pasan gak kalu kite tegur, mcm2 la ayat2 kreatif kuar dari mulut, ilek la dulu beb, hidup hanye skali, enjoy la dulu, da tue2 nanti bertaubat la..ko jage kubur ko aku jage kubur aku, jgn bajet alim, ko jgn jage tepi kain org, etc2...

tapi yg brkate tu sedar x, Allah Maha Mengetahui, Die tau hati kite nie, ntah2, Allah tutp pintu hati kite nie, hidup penuh masalah, xberkat,pendek umur xsmpat taubat etc..tapi pada kaum adam pun, jage2 la jgk aurat, suar pendek etc...jgn besekan diri, nnti jadi bese n xtau malu..w'alam

joegrimjow on February 23, 2010 at 7:22 AM said... [Reply to comment]

niceee

syaitan ni bukan stakat kreatif, malah pandai amek peluang

jngn bagi die amek peluang kepada kita
jngn tewas dengan die

'atiqah on February 23, 2010 at 8:47 AM said... [Reply to comment]

teringat kata2 seorang kawan kat matrik dulu :
'peoplenowadays are wrapping their aurah, not covering it...'...i think that's totally true then

arpeggios on September 23, 2010 at 6:45 PM said... [Reply to comment]

xder x cara yg lebih brkesan pada mreka2 ni..slain dr teguran dan nasihat...coz i think...mreka2 ni xkan sedar pon..sy juga lelaki..sy juga manusia citaan allah x lari dr nfsu shahwat ni..sy x sggup melihat smua tu..smoga allah mmbuka minda dan ht mreka berubah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template