4.2.10

Tips: Usirkan Kegelisahan

Kegelisahan, kerisauan, ketidakteraman bisa menghantui kita daripada melakukan sesuatu perkara secara bersungguh-sungguh. Kegelisahan menyebabkan otak kita tidak mampu memikirkan jalan penyelesaian. Malah, pemikiran-pemikiran yang negatif berkunjung tak pernah jemu.

Demi mengusir kegelisahan kita perlu hadirkan ketenangan.

Bagaimana?

Firman Allah s.w.t terang-terangan menyebut "Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang".

Saya tertarik untuk berkongsi nasihat sahabat Nabi yang tidak asing lagi iaitu Abdullah ibn Mas'ud tentang mengusir kegelisahan.

Alkisahnya, seorang lelaki bertemu dengan sahabat Rasulullah ini. Lelaki itu bertanya mengenai tips-tips menghidarkan kegelisahan.

Abdullah ibn Mas'ud menjawab:

Bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat.
  1. Tempat orang membaca al-Quran, tidak kira sama ada kamu bersama-sama membaca atau hanya mendengarnya.
  2. Hadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah.
  3. Kamu cari satu waktu yang sunyi (waktu malam) dan kamu bangun melaksanakan ibadah, dan berdoalah kepada Allah, agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati.
Jika kamu telah melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, namun jiwamu masih belum tenang, pintalah hati baru daripada Allah, kerana hati kamu sekarang bukan milik kamu.

La haula wala Quwwata illa Billah, Allah jualah yang menciptakan hati, Allah jualah yang membolak-balikkan hati. Allah jualah yang mampu memberikan hati baru kepada hamba-hambaNya.

p/s: Abdullah ibn Masu'd ini merupakan antara sahabat yang paling awal memeluk Islam.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Aku rela kepada umatku apa-apa yang disukai oleh Ibn Masu'd dan aku marah kepada umatku apa-apa yang dimarahi olehnya"

3 comments:

Melz on February 4, 2010 at 12:55 PM said... [Reply to comment]

mekaseh bro share pasal nie :)

Shahmin Hasan on February 4, 2010 at 1:19 PM said... [Reply to comment]

jazakallah for a good article..

"Ibnu Mas'ud adalah Ibnu Mas'ud (r.a.)".. berikut adalah sedikit petikan berdasarkan kewibawaan Ibnu Mas'ud ra. (dalam proses perbincangan ulama' dalam menentukan pendapat yang lebih kuat)

Jawab Imam Abu Hanifah: “Hammad lebih faqih daripada Salim, Ibrahim An-Nakh’i lebih faqih daripada Nafi’ dan ‘Alqamah lebih faqih daripada Ibnu Umar walaupun beliau adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. Dan Ibnu Mas’ud adalah Ibnu Mas’ud (siapakah yang dapat menafikan kefaqihan Ibnu Mas’ud?).”

Salahuddin Harith on February 4, 2010 at 7:04 PM said... [Reply to comment]

to melz
sama-sama..moga perkongsian ini berguna

to shahmin

afwan...selamat kembali menulis komen di sini...

benar, kefaqihan Ibnu Mas'ud ni tinggi, sehinggakan Ibnu Mas'ud menjadi pendakwah, pengajar di Kufah setelah diberi kepercayaan oleh Khalifah Umar al-Khattab...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template