17.2.10

Dirisik dan Merisik


Malam itu bulan tidak bertemankan bintang. Meskipun begitu, purnama tetap tega menyuluh bumi. Suluhan tersebut seakan-akan terarah ke sebuah desa nan sunyi seperti tidak berpenghuni. Suhail masih belum tidur dalam suasana sebegitu. Masakan tidak, angin yang menderu sepoi-sepoi dari luar jendela membawa hawa yang panas. "Apalah diagnosis cuaca sekarang?" getus hatinya.

Bola mata Suhail sengaja dialihkan ke Smart Phone miliknya. Tiba-tiba, Tiit Tiiit. Telefon itu berbunyi. "Siapa pula yang mesej malam-malam ni?", monolog Suhail sambil mencapai telefonnya.

Asqalani: Suhail, ko selalu jual mahal kan. Tak takut ke?

Suhail: Kenapa? Aku nak kejar cinta utama. Tu lagi aku risau. Kenapa tanya?

Asqalani: Tak semestinya berkahwin itu menjauhkan diri daripada cinta utama, bahkan mendekatkan.

Suhail: Tengok juga, atas dasar apa perkahwinan tu. Selalunya, ramai orang yang membelakangkan tujuan itu. Nak isteri solehah, kena jadi soleh dulu. Cinta isteri kerana cinta utama.

Asqalani: Jadi, apakah kayu ukur nak jadi soleh untuk membenarkan berkahwin?

Suhail: Soleh, maksudnya buat yang Allah suruh dan tak buat apa yang Allah larang. Hati hidup, ringan beribadah. Nak kahwin kena ikut syariat dan sunnatullah.

Asqalani: Thanks for your advice. Kali ni, aku dirisik.

-The End-

Perempuan baik untuk lelaki yang baik

Risik merisik ini, sudah menjadi lumrah sebagai titik mula ke arah penyatuan dua jiwa melalui ikatan pernikahan.

Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26:
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Firman Allah ini jelas maksudnya.

Orang yang merisik selalunya mempunyai kekuatan untuk merisik kerana merasakan orang yang dirisik sekufu dengannya.

Justeru, orang yang dirisik dapat kembali bermuhasabah tentang dirinya. Andai yang merisik, kurang yakin agamanya, kurang molek tingkah lakunya, maknanya orang yang dirisik masih ada lompang yang harus di tutup, masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

Ini merupakan Ibrah (Pengajaran) halus yang Allah turunkan buat kita.


Tapi, persoalannya, kenapa ada wanita baik atau lelaki baik yang tersalah memilih pasangan?

Ini kerana, perempuan tersebut atau lelaki tersebut, belum benar-benar baik. Orang yang baik akan mengenal orang yang baik. Sepeti Khadijah yang mulia mengenal Muhammad yang terpuji.

Namun, kita perlu jua ingat, kita hidup di dunia yang penuh dengan ujian. Ujian ini Allah datangkan, untuk menguatkan iman kita, supaya tahan lasak menghadapi mehnah dunia.

Allah uji supaya naik taraf kebaikan orang tersebut. Lihatlah Nabi Nuh a.s. Isteri baginda tidak mahu turut serta ajarannya. Lihatlah Asiah, suaminya Firaun begitu kufur dan angkuh sehingga mengaku dirinya Tuhan.

p/s: Usahakanlah menjaga batas pergaulan sebelum ikatan perkahwinan kerana dikhuatiri dosa sebelum kahwin membawa kesan negatif selepas berkahwin.

Jadikanlah pohon cinta utama untuk membuahkan cinta-cinta yang lain.

Usah mengeluh jika lihat banyak kekurangan pada pasangan. Kekadang kita tak dapat apa yang kita suka, maka sukalah apa yang kita ada. Allah Maha Mengetahui hikmahnya.

5 comments:

gunjai said... [Reply to comment]

apakah????

lama da nak cari verse quran tue..thanx ar rumate blogger pagi petang siang malam

Salahuddin Harith on February 17, 2010 at 10:14 PM said... [Reply to comment]

to roomate

sama-sama...fentanyl lolipop jumpa tak? :c:

♥ciK-t0ge ♥ on February 18, 2010 at 12:24 PM said... [Reply to comment]

waH,,
bagus niE..
p0mpuaN yG baEk t0k Laki yg baeK 8->

TamingSari on February 18, 2010 at 3:25 PM said... [Reply to comment]

...salam..:D..TS ad skit soklan yg ingin dikongsi, soklan2 nie biaseye TS lazim dengar bile ayat ini @ isu nie umumnye ditimbulkan selalunye dlm kursus2 prkhwinan n ad jgk dlm sesetgh ceramah..TS lihat sesetengah drpd kite memndg surah an-Nur ayat 26 sbgai satu tohmahan @ sindiran pada mereke2 nie dan mgkn satu inspirasi bagi mereke2 yg rase tergolong dari golongan yg baik2 (x la baik sgt kot kalu da prasan cmtuh..heheh), jd mgkn AOBF atau pmbace yg lain2 bole same2 kongsi pndapat tntg kemusykilan yg dtg secare tetibe @ beransur2 :D... :

antara soklan2 yg TS ingt lagi mcm:

-"aku rase mcm aku nie xla baik sgt(rase down ngn mmbe2 lain),ak nk yg baik, tapiii...aku segan,sperti langit ngnbumi perangai die ngn aku, umur da skt 28, so mane smpat nk jadi baik n dapat pasangn yg baik..so how?..ap mksd 'baik' tu sbenanyer..."

-.."mknenye, kalu kiter trslh pilih yg xbaik tu xbaik la?"

-"..Who determine how u see..sape kite mnntukan bgimane kite mlihat, dan ap yg kite lihat mnntukan ap yg kite akn dpt...ini mcm xadil.."

-mcmmne nk jd mcm siti khadijah yg berupaye untk pilih yg terbaik..bebas dan tidak 'terbabas' untuk memilih...

inshaAllah,same2 kite mmperbaiki diri setiap mase dan jgk mane2 yg rase mcm 'pelik2'mudah2an terjawab..:D wsalam

Anonymous said... [Reply to comment]

pd pendapat sy, lelaki baik utk perempuan baik adalah satu general rules utk merangsang manusia supaya sentiasa melakukan kebaikan dan kwajipan kpd Allah..Tetapi harus sahaja bg Allah utk menguji seorang lelaki/wanita yg baik utk mendapat pasangan yg tidak baik..Ini jelas terbukti melalui sirah di mana Nabi Nuh dan Nabi Luth jugak diuji dgn pasangan yg derhaka kpd Allah..Jd, menjadi tanggungjawab kita ialah berusaha membentuk diri utk menjadi seorang hamba-Nya yg soleh.. Bukanlah tanggungjawab kita utk menghukum si fulan dan si fulan sebagai seorang yg tidak baik lantaran mendapat pasangan yg tidak baik.. Ini adalah hanyasanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template