11.9.11

Kisahku: Berhari Raya di Copenhagen

Sambutan Hari Raya (Grand) di Avedove, Copenhagen
Kerana program orientasi program sarjana di Copenhagen Universiti bermula pada 31 Ogos 2011, aku terpaksa ke bumi Copenhagen sebelum sempat berhari raya bersama keluarga tercinta. Itulah pengorbanan. Itulah perjuangan. Bagiku, setiap sesuatu yang diatur Tuhan, pasti ada hikmahnya. 

Maka, pada 28 Ogos 2011 aku tiba di lapangan terbang Kastrup, Copenhagen dengan menaiki Malaysian Airlines. Perjalanan 14 jam ini merangkumi perjalanan dari Kuala Lumpur-Amsterdam-Copenhagen. Selain daripada Malaysian Airlines, syarikat penerbangan seperti Thai Airlines, Singapore Airlines dan Gulf Air juga menawarkan perjalanan dari ibu kota Malaysia ke pusat negara Denmark ini.

Pada 30 Ogos 2011, kebanyakan umat Islam di seluruh dunia merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Hari yang mana umat Islam kembali kepada fitrah sebenar. Aku juga tidak terlepas merayakannya. Dalam alunan takbir, aku amat bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan komuniti dan keluarga besar Malaysia di bumi yang masih asing bagiku.Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki mereka semua. Mereka amat suka menabur bakti dan budi. 

Pada malam hari raya, kami berkumpul bersama-sama di Virum, Copenhagen bagi menyantap juadah hari raya. Seusai mendirikan solat secara berjemaah, kami bertakbir memuji memuja kebesaran Rabbul Jalil. Kami berkumpul dengan hasrat demi mengeratkan silaturrahim dan mengagungkan Pencipta.


Di hadapan Kedutaan Indonesia Denmark
Pagi raya, dengan berpakaian baru dan berwarna-warni kami ke Kedutaan Indonesia di Hellerup, Copenhagen untuk melaksanakan solat sunat Aidilfitri. Di wilayah Scandinavia, kedutaan Malaysia terletak jauh di Stockholm. Maka, umat Islam Malaysia di Copenhagen ini, menumpang kasih bangsa serumpun. Selepas solat, kami menyantap juadah dan berkenal-kenalan dengan umat Islam dari Indonesia. 

Pada hari raya pertama 30 Ogos 2011 aku ke rumah Abang Haizan dan Kak Aya. Mereka sudah berbelas tahun tinggal di Norrebro, Copenhagen. Abang Haizan bekerja di restoran makanan Thai di bandar Copenhagen ini. Di sini aku bertemu dengan ramai lagi rakyat Malaysia. Kurang lebih satu Denmark ini, terdapat 200 orang warga Jalur Gemilang. Kebanyakan daripada mereka bekerja dan sudah berumahtangga. 
Di rumah Abang Haizan dan Kak Rohaya
Golongan pelajar pula tidak sampai 20 orang. Di Copenhagen Universiti, ada empat pelajar PhD dan dua pelajar Master. Di Technical University of Denmark (DTU), ada lima orang pelajar PhD dan seorang pelajar Master. Ada dua orang pelajar PhD. di Roskilde Universiti. Nun jauh di Aalborg dan Arhus, terdapat 4 orang lagi pelajar PhD. 
Di Nyhavn, Copenhagen
Pada hari Sabtu, 3 September 2011 kami berhari raya di rumah Abang Nazri dan Kak Adila yang terletak di Nyhavn, Copenhagen. Abang Nazri sudah 4 tahun bekerja di Copenhagen. Kami merasakan rumah Abang Nazri ini sebagai Malaysian Hall Denmark kerana bendera Malaysia di hadapan rumah beliau. Setiap kali sambutan rumah terbuka hari raya diadakan, aku pasti bertemu dengan ramai lagi rakyat Malaysia.
Rumah Terbuka Hari Raya di Holte, Copenhagen
Pada hari Ahad, 4 September 2011, saya meluangkan masa ke LoppeMarked (Car Boot Sale) dan berhari raya di Holte, Copenhagen. Di sinilah Abang Azizul dan Kak Salwa menetap. Abang Azizul merupakan pelajar Doktor Falsafah di Technical University of Denmark (DTU). 

Kemudian, baru semalam, 10 September 2011, kami semua menyambut hari raya secara besar-besaran di Avedove, Copenhagen rumah Kak Shureen. Kami bergotong royong menyiapkan pelbagai juadah. Kemudian selepas zohor, kami adakan sedikit permainan untuk merapatkan lagi hubungan. 

Hari ini, 11 September 2011, aku menerima jemputan rumah terbuka di Nordhavn, Copenhagen dan minum petang di Virum, Copenhagen. Sesungguhnya, aku amat bersyukur kerana dapat merasakan kehangatan dan kemeriahan Aidilfitri yang sama di Malaysia meskipun berada jauh di rantau orang.  

Namun, aku juga pasti rindu pada bonda dan keluarga dengan rindu yang teramat sangat. Pernah aku menyebut rindu 40 kali untuk melepaskan rindu tersebut. Aku pejamkan mata kemudian. Tetapi sungguh, rindu itu masih menebal. Yang pasti rindu takkan hilang, kasih takkan berubah. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada daku di Copenhagen, Denmark. Taqabbalallhu Minna Waminkum.

11 comments:

Imran@Copenhagen on September 11, 2011 5:13 PM said... [Reply to comment]

'Rindu si Perantau'
rindu sering bertandang
kerap bersarang di hati
sungguh sukar untuk dilepaskan
namun kan lebur dihambat masa
tapi
rindu ayah bonda usah dileraikan
biar ia kembang memanjang
Itulah penangan di rantau orang
Kerna rindu itu menambahkan sayang..

semoga rindu itu takkan hilang,
kasih takkan berubah..


BTW: DTU is Danmarks Teksniske Universitet (Technical Univeristy of Denmark), bukan Danish Tech. Uni..

Salahuddin Harith on September 11, 2011 5:46 PM said... [Reply to comment]

@Imran@CopenhagenWah, bermadah puisi. Berbakat besar sungguh

Terima kasih atas pembetulan. Pepandai saja bagi nama. Asal sedap. Hehe

NooR AzLen BinTi HaRoN on September 11, 2011 6:33 PM said... [Reply to comment]

assalammualaikum

stiap prjuangan prlukan pengorbanan..Insyaallah pglmn beraya d perantauan blh mjadi kenangan trindh bg sesiapa sahaja yg merasainya.

fai on October 7, 2011 7:43 PM said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
fai on October 7, 2011 7:53 PM said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
beruntung nya saudara dapat menlanjutkan pelajar di sana..
Saya mmg teringin sangat nak belajar di negara2 Scandinavia especially Denmark. Sebab negara2 ini mempunyai research2 yg 'mantap'..
Tapi disebabkan faktor kewangan.. saya hanya mampu menlanjutkan pengajian master di IPTA.. Saya kira saudara sgt beruntung dapat menjejak kaki ke sana..
Saudara,
Macam mana life di sana?
Seronok tak bandar copenhagen?

Fai..

Salahuddin Harith on October 7, 2011 11:57 PM said... [Reply to comment]

@faiwaalaikumussalam, fai...
alhamdulillah saya bersyukur kerana dimudahkan jalan untuk mengambil sarjana di sini.
sebelum mula kelas, saya sudah teruja untuk belajar kerana semasa orientasi saya didedahkan dengan banyak benda yang menarik: contoh, kita download nota lecturer sebelum lecture. print 500 pages free setiap sem, lecturer pakai ipad present dll.
ramai orang kata copenhagen mahal dan mahal. saya tak nafikan, tapi insyaAllah, semuanya cukup-cukup sahaja. ada teknik2 yang perlu belajar untuk survive =)

saya doakan fai juga ke sini untuk phd. fai jurusan apa?

fai on October 8, 2011 10:22 PM said... [Reply to comment]

@Salahuddin Harith

Hmmm.. Jurusan Sains Kimia tahun pertama - USM

Salahuddin Harith on October 9, 2011 4:09 AM said... [Reply to comment]

@faikhair, Jurusan Sains Kimia..phd nanti sini ya..saya dan kami amat menanti anda di Denmark..

fai on October 9, 2011 8:32 AM said... [Reply to comment]

Insyallah...

mat said... [Reply to comment]

assalamualaikumwbt...makluman kepada admin @ student2 kat denmark,saya sedang mencari seseorg yg bernama tarmizi bin borhan.asal kuala kangsar,perak.sy tak pasti sama ada beliau sedang membuat MA atau PHD.x silap saya tahun lepas beliau berangkat kesana...sesiapa yg kenal beliau mohon no hs beliau disana atau fb beliau jika ada ke email saya monordin@yahoo.com atau 0199616787...ada hal penting untuk saya bincang dgn beliau.terima kasih semua...

Salahuddin Harith on October 22, 2011 1:46 AM said... [Reply to comment]

@matwaalaikumussalam, saya sudah panjangkan mesej brother kepada dia.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template