Mentari masih perkasa di dada awan. Belum nampak penat menyebarkan jalur cahaya memanah bumi. Namun, pohon nangka menentang perjalanan jaluran tersebut. Tegar meneduhi halaman rumah Faisal.
"Nate, nok gi mano tu? tegur Pok Leh. (Binatang, nak pergi mana tu?)
"Bodoh, aku nak pergi main bolalah. Kau tak tengok aku bawak boot bola ni. Pehal, babi. Kau nak ikut ke?" ajak Faisal.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Usahlah saya perpanjangkan dialog di atas yang menikam-nikam jantung iman. Allah telah menurunkan al-Quran yang di dalamnya menyeru manusia supaya bertutur atau bercakap kepada manusia yang lain dengan perkara yang baik-baik. (Waqulu linnas si husna).
Mempunyai tutur kata yang sopan ini merupakan akhlak mulia dan disukai oleh Allah s.w.t. Orang yang bertutur sopan akan dikurniakan bilik yang istimewa di dalam syurga.
Abdullah Ibnu Amr melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Di syurga kelak terdapat bilik lutsinar. Abu Musa al-Asy'ari bertanya untuk siapakah bilik itu wahai Rasulullah s.a.w? Baginda menjawab, untuk orang yang lembut bicaranya (tidak menyakiti orang lain)...."
Nah, betapa istimewanya ganjaran untuk orang yang bertutur perkara yang baik-baik. Mungkin kita menganggap bilik lutsinar apalah yang istimewa sangat? Astaghfirullah. Ini syurga, teman-teman. Allah janjikan syurga ini sebagai satu tempat yang tidak pernah terlihat dek mata dan tidak tergambar oleh fikiran kita.
Panggilan tanda Respect.
Bagaimana kita berdoa kepada Allah? Sudah pasti kita akan mulakan dengan: Allahumma (Wahai Tuhan Kami), ya Allah, ya Rahman dan sebagainya. Kita tidak berdoa terus tanpa memuji Allah. Itu tanda kerdilnya kita. Itu tanda hormatnya kita pada Pencipta.
Contoh lain, bagaimana kita bahasakan diri kita dengan ibu bapa? Adakah sebegini: Mak, dah siap masak ke? Saya laparlah. Atau begini: Mana makanan ni. Laparlah. Lihat, mari sama-sama bermuhasabah. Anda yang pertama atau yang kedua?
Kajian menunjukkan, ramai remaja bermasalah dan meringkuk dalam penjara bertutur kasar sesama rakan termasuklah ibu bapa mereka. Mereka tidak segan silu mengherdik ibu bapa dan bersikap kasar dengan mereka. Insaflah. Ibu bapa ini besar pengaruhnya dalam kehidupan kita. Justeru, hormatilah mereka. Panggillah mereka dengan kata-kata yang selayaknya.
Perbanyakkan perkataan mak atau ayah dalam ayat kita. Contoh:
"Mak, saya nak pergi kedai" "Ayah, tolong hantar saya ke sekolah" "Kejap lagi insyaAllah datanglah tu, mak." "Alhamdulillah saya sihat, ayah". Nah, membaca contoh ini pun sudah mendamaikan. Apatah lagi dialog-dialog sebegini diperdengarkan kepada mak ayah kita.
Al-Quran sudah mendidik perkara sebegini. Lihat surah Yusuf ayat ke-4:
"......wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan. Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."
Kesimpulan
Bertuturlah yang baik-baik kepada sesama manusia. Pertuturan yang kasar petanda kepada kerendahan akhlak dan kecetekan minda. Orang yang bertutur kasar dan berakhlak rendah pasti dipandang hina.
Berubahlah meskipun payah. Sama-sama. Mari, sama-sama bertutur yang baik-baik.

4 comments:
Assalamualikum. Tapi kalau kena gak bertutur sedikit kasar coz nak menghadap thoghut camner ek, Salahuddin
dr pertuturan juga org tahu sahsiah diri kite...
@Bro BayuWaalaikumussalam bro bayu..
Pada pendapat saya, bertegas dengan berkasar lain. Entri ini, lebih kepada mengelakkan diri daripada mencarut dan menghormati ibu bapa.
Tentang nak menghadap thogut, contoh terbaik ialah Rasulullah s.a.w. Lihat kepada Rasulullah semasa melakukan dakwah secara terang terangan di Makkah. Baginda diejek dan dikeji. Setelah 3 kali diejek barulah Rasulullah berkata
"Wahai orang Quraish, aku bersumpah dengan nama Allah yang diriku ditanganNya, suatu hari nanti, kamu akan disembelih kepada cebisan-cebisan"
Itu amaran daripada Nabi s.a.w. Namun, tetap tidak mengherdik, mencaci dan memanggil orang Quraish dengan panggilan yang buruk.
@Kazaztan Teambenar, manusia berpribadi mulia diamnya fikir, ucapnya zikir..
Post a Comment