8.6.10

Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar)

raheeq makhtum the sealed nektar
Pada tahun 1976, konferens pertama tentang Sirah Nabi Muhammad s.a.w. telah berlangsung di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Dunia. Liga ini telah menganjurkan pertandingan menulis Buku Biografi junjungan besar Muhammad s.a.w. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah 50000SR (RM60000-RM65000).

Akhirnya, Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar) telah memenangi pertandingan ini dengan mengenepikan 170 manuskrip biografi Rasulullah s.a.w yang lain.

Tentang Penulis

Safiur Rahman al-Mubarakpuri ialah ulama' besar di Universiti Islam Madinah. Beliau lahir di Mubarakpur, India.

Tentang Buku

Manuskrip setebal 584 muka surat ini memberikan gambaran yang jelas terhadap perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w sehingga baginda s.a.w wafat. Permulaan buku ini membawa pembaca menelusuri susur galur keturunan baginda s.a.w. dan diakhiri dengan mengenal karakter dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

Buku ini juga menerangkan kronologi peristiwa pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan kaedah yang begitu tersusun. InsyaAllah, jika anda mula memegang buku ini, anda akan merasakan payah untuk menutupnya kembali. Anda akan terkesima dengan hebatnya peribadi Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Percayalah, titisan air mata akan mengalir dari kedua bola mata anda.

Banyak kisah sirah yang saya terlepas pandang selama ini. Dahulu, saya sangka nasyid ahli Madinah "Tola'al Badru 'alaina" itu, dinasyidkan oleh penduduk Madinah semasa ketibaan Rasulullah s.a.w tatkala berhijrah. Namun, saya tersasar. Rupa-rupanya, nasyid ini dialunkan semasa ketibaan pulang Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari medan Tabuk.

Malah, peristiwa perang Uhud amat menyentuh perasaaan. Rasulullah dilindungi oleh 9 orang sahabat (7 Ansar 2 Muhajirin) semasa serangan balas pihak Quraish. 7 orang Ansar syahid, manakala Saad bin Abi Waqqas r.a. dan Talhah bin Ubaidillah r.a. mempertahankan Nabi dengan bersungguh-sungguh. Sehingga Abu Bakar r.a. mengatakan Hari Uhud ialah Hari Talhah r.a. Manakan tidak, Talhah r.a. tercedera di tangan dan terputus jarinya kerana melindungi Rasululah s.a.w. Dan, tidak hairanlah, Saad r.a. dan Talhah r.a. tergolong dalam 10 orang yang dijanjikan syurga.

Sikap dan jasa Abu Bakar r.a. juga begitu mengagumkan. Sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda: "....sekiranya aku hendak memilih Khalil ( rakan) selain Allah s.w.t, maka aku akan pilih Abu Bakar sebagai rakanku."

Dan baginda bersabda, "Jika ditimbang iman Abu Bakar dengan iman seluruh umat, maka berat lagi timbangan Abu Bakar."

Kesimpulan

Sesungguhnya, jiwa setiap Muslim itu pasti mencintai junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kerana apa? Kerana, melalui baginda kita dapat kenal Islam dan beriman kepada Pencipta sekalian alam yakni Allah azzawajalla.

Memupuk cinta kepada Rasulullah s.a.w amat penting seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran (Ali Imran:31)

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutlah aku (yakni Islam, ikut al-Quran dan As-Sunnah), maka Allah akan mencintai kamu."

Marilah sama-sama memperbanyakkan selawat pada baginda Rasulullah s.a.w. Dengan memperbanyakkan selawat, itu tanda kita mencintai baginda.

"Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa'ala ali Muhammad"

Ringkasan

Tajuk Buku: Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar)
Penulis: Safiur Rahman Al-Mubarakpuri
Terbitan: Darussalam Riyadh, Saudi Arabia
Muka Surat: 584
Harga: RM30-35
Tempat Beli: Da'wah Corner, As-Safwa Tower, Makkah al-Mukarramah

Selamat Membaca!

4 comments:

Ahmad Tajuddin on June 8, 2010 at 7:22 AM said... [Reply to comment]

tq2 sal share info nih...x terfikir lak ada contest camnih..dah la sume ulama...mesti happening kan??

Salahuddin Harith on June 9, 2010 at 5:04 PM said... [Reply to comment]

@Ahmad Tajuddin Abdullahsama2..saya pun tak tau ada pertandingan sebegini, selepas membaca The Sealed Nectar ni, baru tahu. Memang happening, yalah, Safiur Rahman mengalahkan 170 manuskrip yang lain..2-3tahun tempoh pertandingan..

Ilham Nur on June 11, 2010 at 4:23 PM said... [Reply to comment]

Solah. Baca juga Muhammad karya Martin Lings. Rasanya menang pertandingan juga, tapi di Pakistan kalau tak silap.

Salahuddin Harith on June 12, 2010 at 7:47 AM said... [Reply to comment]

@Ilham NurAm, terima kasih, insyaAllah akan dicari suatu hari nanti..macam pesanan Dr. Irfan Khairi, satu buku kita baca dalam sesuatu bidang, akan menjadikan kita lebih pandai daripada orang di rumah kita, 2 buku kita baca, bertambahlah diameter kepandaian kita...

insyaAllah, saya akan mencarinya. terima kasih

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template