
"Kita ni nak, sesudah kita belajar bersungguh-sungguh, kita kena berdoa. Doa itu wireless. Coverage dia kat mana-mana pun ada. Tak perlu simbol Wifi Zone ke apa. Bar dia sentiasa penuh. Sebab tu, kita kena ambil kesempatan ini."
Tercengang pelajar-pelajar yang mendengar ceramah daripada Ustaz Muzani di surau kolej kediaman ke-11 Universiti Malaya itu. Mana taknya, cool juga ustaz ni boleh keluar dengan term doa itu wireless. Satu lagi sebab, biarpun Ustaz Muzani ni sudah berumur, handsome juga.
"Seperti mana yang difirmankan Allah dalam al-Quran: Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku."
"Ayat mana tadi?" Safwa menutur rendah sambil mencuit roommatenya Najwa.
"Itulah, terkesima sangat dengan ustaz tu. Al-Baqarah, 186" usik Najwa.
Senyum segaris. Pantas Safwa menyalin ke dalam buku notanya. Taknak tertinggal apa-apa poin penting.
"Jom kita tengok apa waktu-waktu yang mustajab berdoa. Maknanya, insyaAllah, Allah mudah mengabulkan doa kita.
Safwa terus mencatit.
"...waktu tengah sujud, waktu selepas khatam al-Quran, waktu selepas solat fardu, waktu sepertiga malam, waktu kita disakiti, dizalimi, waktu malam Jumaat dan tak lupa juga doa anak-anak yang taat untuk kedua ibu bapanya."
Najwa mengangguk.
"..Doa itu mudah, tak pandai berbahasa Arab, boleh dengan bahasa apa sekalipun. Dalam solat juga bacaan doa ada. Tak percaya? Al-fatihah itu juga doa. Bacaan antara dua sujud tu pun doa. Namun, lepas solat, Allah bagi peluang lagi kita minta kepada-Nya. Kenapa cepat benar bangun dari sejadah selepas memberi salam?.."
Dush. Kena sebiji. Dia sendirilah tu. Lepas beri salam tak doa dah. Insaf-insaf.
"..Berdoalah biarpun pendek. Apitkan doa dengan permulaan dan pengakhiran pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berdoalah minta kebaikan di dunia dan di akhirat dan doa kepada kedua orang tua. Itu sudah mencukupi jika terlalu sibuk.."
Safwa dan Najwa serentak berpandangan dan mengangguk. Tetiba, belakang Safwa terasa berat.
"Oit, kalau nak 'syahid' pun cover line lah." Safwa menegur Zura yang duduk di belakangnya.
"Cover line lah ni, empuknya belakang cik Safwa." balas Zura dalam mamai-mamai.
"..oleh itu, saya sudahi ceramah kita dengan pesanan, berdoalah di mana sahaja anda berada. Doa itu senjata orang mukmin. Doa itu wireless."


4 comments:
'Doa itu wireless'.
Sangat suka tagline nih =)
Tapi bg orng Kristian, doa mrk x wireless sbb kne approve dgn paderi dulu.
Bersyukurla kita berpeluang mengenali islam =)
Amboi2..bukan main penulis skrip ni...
@Amal Asyurabenar2 amal asyura, mereka nak hapuskan dosa kena perantaraan paderi dan sebagainya..
itulah kelebihan Islam, kelebihan doa..tiada perantara...moga kita sama-sama berusaha mendalami Islam, supaya lebih menghargai agama ini, bukan kerana warisan namun pilihan kita
@Muzanihehe, sengaja saya gunakan sebagai tanda ingatan kepada "Ustaz Muzani".
Post a Comment