2.6.10

Tips: Melamar Teman Hidup

Melamar Teman Hidup
Telefon bimbit berdering. "Eh, Apasal pula Hanis telefon memalam buta." monolog Sue sendirian.

"Suhana Fauzi!!!" laung Hanis.

"Oit. Kot ya pun, bagilah salam dulu. Assalamualaikum. Yang suara kau tinggi macam latihan vokal ni kenapa?"

"Waalaikumussalam. Sue, kau mesti tak percaya dengan berita ni."

"Apanya? Isulah kau ni."

"Gunjai"

"Kenapa dengan mamat Gunjai aka Anuar tu?"

"Nuar melamar aku."

"He What?"

"He just did"

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa". Serentak dua sahabat itu menjerit. Walaupun jam dah menunjukkan pukul 11.59 malam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum tu..

11.00 p.m. di alam Y!M

Gunjai:Assalamualaikum.

Hanis:Waalaikumussalam.

Gunjai:Saya nak datang rumah awak esok.

Hanis:Ok

Gunjai:Saya nak datang rumah awak + mak ayah saya esok.

Hanis:Ok

Gunjai:Saya nak datang rumah awak + mak ayah + cincin.

Hanis:Ok

Gunjai:Betul ni ok?

Hanis:You've never ask it before. Ok.

Melamar Teman Hidup

Bagaimana untuk memulakan langkah pertama untuk meminang atau melamar pasangan hidup anda menurut Islam?

Secara ringkas, di dalam Islam, terdapat 2 bentuk lamaran yang boleh dipraktikkan:

1) Melamar melalui wali wanita itu.
2) Melamar terus kepada wanita tersebut. (Lamaran jenis ini menandakan wanita itu berhak ke atas dirinya).

Berikut pula adalah cara yang dianjurkan untuk melamar

1) Tertarik dengan seseorang kerana agama, akhlak, budi pekerti, rupa, keturunan atau apa sahaja sebab.

2) Berbincang dengan keluarga sendiri. Tanya pendapat mak ayah. Restu mak ayah amat penting dalam perkahwinan.

3) Berlakunya usaha melamar, sama ada menggunakan utusan, orang tengah atau diri sendiri.

4) Jika yang dilamar bersetuju, hantar rombongan melamar/meminang daripada pihak keluarga.

5) Perkenalan dan taaruf berlaku hanya SETELAH peminangan berlaku.

4 langkah sahaja. Mudahkan perkahwinan?

Yang menjadi isunya, praktikal lamaran yang dilakukan oleh kita sekarang. Lihat ini:

1) Perhubungan bermula dengan berkawan terlebih dahulu antara lelaki dan perempuan, sama ada rakan sekelas atau rakan sekerja.

2) Mula timbul rasa cinta antara kedua-duanya. Kemudian, melangkah ke tahap yang lebih serius. Makan bersama, menonton wayang bersama, menghabiskan kredit telefon setiap malam dan sebagainya.

3) Cinta semakin membara. Mula memanggil masing-masing dengan gelaran bi (hubby, baby), sayang dan sebagainya.

4) Meluahkan isi hati kepada pasangan (the proposal).

5) Jika diterima, rombongan meminang mungkin serta merta dihantar atau masih tak kunjung tiba. Perhubungan tetap seperti langkah-langkah yang telah diceritakan di atas.

Kesimpulan

Islam telah menganjurkan cara terbaik untuk melamar teman hidup anda. Bebas zina. Bebas dosa. Dosa ini akan menghantui kita. Percayalah.

Perkahwinan ini ibadah. Mana mungkin status ibadah itu akan menjadi berkat jika jalan untuk melakukan ibadah itu dipenuhi dosa. Saya khuatir, kerana dosa itu, perkahwinan nanti tiada keberkatan dan porak peranda akhirnya. Mahukah anda?

Renungilah dengan akal yang berfikir.

p/s:

Kepada sahabat-sahabat saya yang akan berkahwin (dah dilamar atau melamar) tahniah saya ucapkan.

9 comments:

Shahmin Hasan on June 2, 2010 at 8:03 AM said... [Reply to comment]

Menarik.. yang dianggap biasa dalam masyarakat, jangan dianggap betul. Saya memaksudkan kegiatan 'couple' yang sering merosakkan anak-anak muda Islam. Tak rosakkah ?? Anda tahu jawapannya.. Jom balik (balik kepada Islam), Islam ada caranya.

*Dirujuk dari buku 'Mancari Pasangan Hidup' ke ??

ザ-sylver- S on June 2, 2010 at 8:05 AM said... [Reply to comment]

betul2...
-nice touch~

Salahuddin Harith on June 2, 2010 at 9:55 AM said... [Reply to comment]

@Shahmin Hasanshahmin, benar-benar. Banyak benda yang salah dalam masyarakat, namun disebabkan itu yang dilakukan oleh kebanyakan orang..kaedah itu diterima pakai

Hehe..Idea daripada buku "mencari pasangan hidup + Hlovate"

~moCha@yuMiko~ on June 2, 2010 at 11:38 AM said... [Reply to comment]

yup!islam itu mudah..islam itu cantik..islam itu yang terbaek!pilihan,keputusan sume d tngn kite..fikir2kanlah..=)

husnaizzati on June 2, 2010 at 1:00 PM said... [Reply to comment]

sangat setuju....penulisan yg simple n mudah difahami.....
tapi...ada jugak yg bagi alasan..kalu tak berkenalan,bercinta,kuar bersama sebelum meminang.mcm mane nk tahu tue jodoh kita?
any komen?

Salahuddin Harith on June 2, 2010 at 6:12 PM said... [Reply to comment]

@husnaizzatihusna, untuk menjawab soalan tu, tak lain dan tak bukan kita kena faham tujuan perkahwinan. Tanya balik kepada diri, kenapa nak kahwin?

jawapan:

1)Mardhotillah
2)Perkahwinan Ibadah
3)Sunnah Rasul
4)Melepaskan nafsu pada yang hak
5)Meramaikan umat Rasulullah
6)Mawaddah warahmah

Macammana nak tahu jodoh kita?

1)Fasa pemilihan, kena tahu ciri-ciri teman yang baik.

seperti sabda Rasulullah yang popular, dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara, rupa, harta, keturunan,agama. Maka pilihlah yang beragama, maka kamu akan beruntung.

2)Istikharah. Doa banyak2. Yakin bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.

3) Berbincang dengan keluarga atau orang alim. Mereka sudah lama makan garam, pasti ada nasihat yang baik.

Begitulah dinyatakan. 'Couple' ni selalunya melanda orang-orang yang lemah imannya. Jadi sama-sama koreksi diri.

HaDi on June 3, 2010 at 2:00 PM said... [Reply to comment]

salam...

tips yg bagus dan menarik..
ckup mantap dan padat...
solah dah praktikkan belu...=)
hehe

musafir kehidupan on June 3, 2010 at 11:01 PM said... [Reply to comment]

Ni ada part 2 ke ni?best=>

Salahuddin Harith on June 4, 2010 at 6:49 AM said... [Reply to comment]

@HaDiwaalaikumussalam hadi. terima kasih. soalan cepu cemas tu. hehe.

to musafir
part 2: insyaAllah, ada masa, kekuatan, kelapangan: Ciri-ciri nak kenal teman hidup terbaik. Terima kasih selalu ke sini.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template