
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk bertandang ke Negeri Di bawah Bayu. Land below the Wind. It is Sabah! Jom sama-sama dapat manfaat dari tulisan saya kali ini. Mana tahu, entri ini memudahkan anda untuk ke sana.
Pengangkutan
Saya menggunakan MAS Airlines dengan tema MH. MH is Malaysian Hospitality. Perjalanan dari KLIA ke KKIA mengambil masa 2 jam 30 minit. Bosan juga duduk atas kapal terbang. Oleh itu, saya nasihatkan anda bawa earphone ke, PSP ke, MP3 ke, al-Quran, buku dan sebagainya untuk merendahkan tahap kebosanan yang menggila tersebut.
Di KKIA, saya disambut oleh travel agent dan dibawa untuk menginap di Marina Court. Saya merentas jalan raya di Sabah dengan menggunakan Exora pandu sendiri dengan harga sewa sehari RM306. Saya menyewa melalui KKLeisure Car Rent. Jika anda mahu menyewa apa sahaja kereta, boleh hubungi KKLeisure. Syarikat ini besar, dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.
Penginapan
Di Marina Court, segala-galanya ada di sini. Kondominium 3 bilik 2 bilik air ini lengkap berperabot. You name it. Rice cooker, hair dryer, washing machine, tv with Astro pakej movie+sport+ 4 pakej rancangan, pinggan mangkuk, semua lah. Malah, Marina Court ini berhadapan dengan laut dan berdekatan dengan semua tempat membeli belah di Kota Kinabalu. Harga semalam ialah RM350 dan boleh memuatkan 6-7 orang dewasa. Maknanya RM50 seorang semalam. Memang berbaloi-baloi.
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu ini saya pandang sebagai bandar seafood. Kenapa? Sebab, saya terkejut apabila makan air kelapa, ikan, sotong, udang, mangga baru RM49 untuk 7 orang. Boleh bayang tak betapa murahnya. Anda hanya perlu pergi ke Pasar Malam di Sinsuran, belakang Pasar Filipina setiap malam untuk menikmati seafood yang murah dan sedap. Tak percaya? Cuba dulu.
Kota Kinabalu juga terkenal dengan pasar yang meriah. Yang paling terkenal ialah Pasar Filipina. Di sini, anda boleh beli barangan kraftangan berasaskan mutiara dan kristal. Sampai 3 set butang baju melayu saya beli. Yalah, mana dapat mutiara punya butang baju melayu yang cantik dengan harga RM20. Mutiara ini semuanya didapati daripada ternakan tiram air tawar. Jika anda mahukan mutiara air masin, harganya lebih mahal. Boleh mencecah ratusan ringgit.
Pada sebelah pagi, anda boleh ke pasar basah. Dekat situ, anda akan lihat, nelayan menjual hasil tangkapan mereka. Memang ikan-ikan segar selonggok RM1. Siakap tahu berapa? RM7 sahaja. Udang besar pun anda boleh beli dan dibungkuskan untuk dibawa ke Semenanjung. Udang ini tahan selama 18 jam sahaja. Maka, belilah udang ini, di saat-saat terakhir, anda mahu pulang.
Kinabalu Park-Kundasang
Kinabalu Park memang mengujakan. Tapi, jika hendak ke sana, jangan memandu Exora. Out. Totally out. Masalah pertukaran gear tak sudah-sudah. Buat galau saja. Tinggi Kinabalu Park ni.Di sinilah para pendaki Gunung Kinabalu, memulakan perjalanan. Jika anda hendak memanjat Gunung, sila beritahu 2 minggu lebih awal. Hanya pendaki dengan pas dibenarkan mendaki.
Kundasang ini saya nasihatkan tak payahlah pergi. Takda apa-apa pun. Cameron Highland 10 kali ganda mantap darinya.
Kesimpulan
Saya bersyukur, sebab percutian saya mudah, takda masalah. Dengan bantuan GPS PDA saya, saya berjaya menjelajahi tempat-tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu.
Ini senarai nombor telefon, jika anda mahu ke Sabah.
KKLeisure Car Rent - Mr Lesley (016-8309137)
Marina Court - Mr Mohan (012-8235409)


5 comments:
skit ja crita
crita la lg
hehe cam rmi je kwn2 da gi sabah tpi x dpt jd host lak.. btw Kundasang mmg xde pape, kalo ko stret gi ranau then dekat sane ade sungai yg leh mandi2 ngan ikan, kolam air panas, air terjun n etc. Kundasang just a small village tmpt beli sayur n bunge je hehe
Kalo dtg sabah lg kabo la dlu. Byk lagi ko x gi nih. Pulau2, tmn2 yg laen hehe u r welcome to sabah again =)
@haziahdah ke ranau, tapi tak berani nak meneruskan perjalanan disebabkan exora yang fail untuk menuruni bukit..
betul2 banyak lagi takpi ni, snorkeling, water rafting, river cruise, (panjat gunung, taknak!)
Salam,
lain kali kalau nak ke kk boleh contact mohd don at 0168470945. depa ada buat service apartment kt marina court jg khas utk muslim sahaja. kereta sewa pun mereka provide, murah2 lg tu.
kundasang best la..sejuk..ada dairy farm, mesilau...kinabalu park..dah pi kundasang..terus la ke ranau..ladang teh (cameron best lg), main ikan kat luanti, air panas poring
Post a Comment