
Televisyen sedang menayangkan rancangan Akademi al-Quran musim ke-4. Penontonnya, Azwadi sedang duduk di sofa yang empuk, seakan dipukau oleh kemerduan alunan bacaan al-Quran. Setiap minggu, dia tidak akan ketinggalan rancangan yang menjadi pujaan kalbunya ini. Antara faktor X rancangan tersebut, ialah penyertaan kawan baiknya.
Hassan Adli. Ya, nama itu. Betapa indahnya ukhuwwah antara mereka sewaktu pengajian di universiti. Suka gembira dirai. Duka lara dikongsi. Andai Hassan tercubit, dia juga terasa peritnya.
Di kaca TV, kelihatan Hassan sedang melangkah tertib ke pentas untuk memulakan bacaan. Kemudian, dia duduk bersila di belakang rehal dan bersedia menerima soalan ujian pada minggu ini.
"Sila baca surah al-Baqarah bermula dari ayat 30 dengan menggunakan riwayat Susi," tutur jelas pengadil bahagian qiraat.
Riak wajah Hassan seakan mengingat pelajaran qiraatnya di dalam akademi.
"Dengan menggunakan 2 tarannum, iaitu Husaini dan Rast." sambung Ustaz Radzi Kamarul Hailan, juri tarannum.
Tiba-tiba, dunia Azwadi menjadi gelap. Matanya tidak dapat melihat sinar cahaya. Hendak kata 'blackout', ruang tamu itu masih dilatari alunan bacaan dari Hassan.
"Teka siapa?" satu suara dari belakangnya berbunyi.
"Sofia, abang tengah 'feel' tengok Hassan ni."
Serta-merta dunia kelam menjadi cerah. Sofia sudah mengangkat tapak tangannya dari mata Azwadi, abangnya.
"Abang, Sofia dilantik menjadi Head Girl kat kolej. Macammana ni? Sofia rasa macam satu gunung dekat atas bahu. Tak layaklah, bang. Sofia bukannya bagus sangat." Sofia menutur sambil merenung dirinya. Dia maklum, dia bukanlah bagus sangat. Bukannya, tiap hari dia tepat pun waktu pergi perhimpunan. Ada juga dia kena denda sebab datang lewat sekolah. Tapi, dia tak buatlah perkara-perkara yang budak perempuan lain buat. Tergedik-gedik bersaing berebut prince charming, free hair ke apa. Dia tahu semua tu tak selari dengan agama.
Mata Azwadi masih di kaca TV. Pertanyaan Sofia hanya bahasa sepi yang menjadi jawapannya.
"Abang, dengar tak ni?" kata Sofia tidak berpuas hati.
"Dengar. Baguslah Sofia yang terpilih. Tahniah. Cuba Sofia fikir, kalau jawatan tu dapat dekat orang yang otak dia 'weng', tak ke 'rule' kolej kita tu jadi lebih teruk daripada sekarang. Dahlah yang 'girl' dia free hair kebanyakannya. Yang 'boys' dia pula waktu beriadah tak pandai pula nak tutup aurat ke apa. Cuba Sofia fikir, kalau yang pegang amanah tu orang yang 'hu-ha, hu-ha' tak ke buat dia anjurkan pertandingan ratu kebaya ke apa."
Sofia senyum. Apalah abang dia ni. Ada ke zaman moden sekarang orang buat pertandingan ratu kebaya. Memang mode Hang Tuahlah.
"Bila Sofia pegang Head Girl, sekurang-kurangnya Sofia boleh ubah sedikit-sedikit 'rule' kolej tu. Boleh adakan solat berjemaah, ceramah seminggu sekali, wajibkan tutup aurat semasa bermain, bataskan pergaulan antara berlainan jantina dan sebagainya."
"Betul juga. Terima kasih atas nasihat abang." kata Sofia. Dia terfikir, amanah ni besar, tapi bernilai ibadah. Ada hikmahnya Allah pilih dia. Memang dia bukanlah terbaik. Tapi, alhamdulillah solat 5 waktu cukup, baca Quran paling kurang satu muka surat sehari dan tak buat dosa-dosa besar ni. Moga-moga dengan amanah ni, dia dapat 'push' dirinya menjadi orang yang lebih baik.
"Sama-sama. Selamat menjalankan tugas. Usaha, Doa, Tawakal" Azwadi menutur seperti pegawai polis sambil menabik adiknya.
p/s: cerpen ini saya tulis semasa bengkel penulisan novel Islami Galeri Ilmu. Minta berkongsi komen anda tentang cerpen ini. Ambillah yang jernih. Terima kasih


16 comments:
x) sy ske cara kamu menulis..
sy tggu yg seterusnya..x)
teruskan..
Ada sambungan tak?best3x..
Allah tidak membebani seseorang hamba dengan sesuatu yang tidak mampu dia hadapai..sesungguhnya kehidupan ini adalah ujian
You have the talent =] suka baca and tak bosan. Keep up the good work.
(http://ohmonstar.blogspot.com)
bila agaknyae salah nak buat full novel nih..mesti best..then ble wat life and experience kat izzudin..rasa bangga bila tgk Al-Akh Hassan Adli masuk Akademi Quran...sebelum ni ader budak sekolah kita masuk akademi fantasia.huhuhu
ok je. :) sbb tak reti sangat pasal penulisan ni. tau baca je. :))
cuma ingat tadi ada lagi, rupanya habis kat situ.
Salam, bagus cerpennya. ringkas dan bersahaja. namun maksudnya sampai kepada pembaca. keep up the good work 4 Islam! ^_^
keseluruhan ok..just sikit2 je grammatic wrong..perlu tekankan jalinan cerita.sebab pada awal ingt nk cter tntg kawan baik rupanya tntg adik die...
dat all..laen2 thumb up..huhuhuh
nasib baik saya xde adik nama sofia...
Assalamu'alaikum warahmatullah.
Penulisan yang baik. Ada input yang ilmiah dan berguna. Dan mungkin ada betulnya kata 'hatta razian0408'. Tapi, mungkin penulis inginkan kelainan. No prob..
Overall,nice story..mengingatkan diri untuk memuhasabah kembali tatkala diri pernah memegang tampuk pimpinan sebagai head girl. Terima kasih atas perkongsian.
Keep it up! Barokallahu fiik~
Wallahu a'lam.
As-Salaamu 'alaikum Akhi Solaharith,
Terima kasih kerana sudi jemput saya baca.
Tersenyum juga bila tiba pada bahagian pertandingan fesyen kebaya. =)
Insya ALLAH, andai awak benar-benar ikhlas ingin menyampaikan kebenaran, pasti Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan segala urusan.
Saya yakin, awak ada potensi besar menulis cerpen yang menghibur hati dan menyampaikan mesej kebaikan.
Tahniah.
=)
salam solah, terhibur baca tulisan solah. dan yang terpenting ada message dan message nye sampai. teruskan usaha ini!
pertama-tamanya, saya bersyukur kerana anda-anda semua hadir ke sini untuk membaca cerpen saya. Dan lebih daripada itu, anda semua mendoakan Allah permudahkan urusan saya...terima kasih
to bro bayu
insyaAllah perancangannya tahun hadapan, sudah mendapat saranan daripada Galeri Ilmu..namun kita merancang, Allah Maha penentu
Seorang hassan seorang Riz...begitulah lumrah kehidupan, moga-moga kita terus membumikan dan melangitkan agama dalam seluruh kehidupan kita
to hatta
terima kasih atas komen anda, saya cuba membawa 2 scene dalam satu masa..dan dia bertindih...maksudnya, latar dialog Azwadi dan Sofia ialah AQ4...
nampaknya ada kelemahan dalam saya menghuraikan latar tempat. terima kasih
salam, mabruk! cumana, pendek .. tapi, takpa.Asal mesej jelas..
err, camna boleh tahu ana baca cerpen ni aritu? ana tak tinggalkan jejak pun??
ye ke, brobayu plak tgh mencari2 publisher..maklumlah cerita tak best..tapi insyallah akhir bulan ni self-published gak coz students nak guna dalam kelas..huhu.. memandangkan salah ni bakal bergelar novelis, brobayu kepinginkan idea dan komen brilliant dari enta.. short stories di http://brobayu.wordpress.com
Selamat berkomentar
Starting yg menarik perhatian pembaca..mungkin watak Hassan selaku salah seorang peserta di akademi Quranbole dikembangkan dgn mencoretkan memori2 silam sewaktu di sekolah dulu... dan bole dikaitkan dgn Sofia..
Post a Comment