12.11.09

Berteduh di Kebun Cinta


Assalamualaikum. Selamat datang kembali sahabat-sahabat sekalian. Marilah berteduh sebentar di kebun cinta ini. Sama-sama bermuhasabah diri membenarkan pintu-pintu hati diketuk agar pabila pintu itu terbuka, nur menerobos masuk ke dalam hati kita sekalian.


Ibarat wasiat Imam Malik kepada Imam Syafi'i:


"Allah telah memasukkan nur atau cahaya ke dalam hatimu, dan janganlah engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."


Sahabat-sahabat sekalian, pinjamkan diri anda untuk sama-sama menghayati hadis yang masyhur ini.


Suatu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata:

"Ya Rasulullah, berikan aku nasihat."

Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah."

Pemuda itu bertanya lagi: "apakah ada lagi nasihat yang lain?”

Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah”

Sekali lagi lelaki itu bertanya.

Rasulullah SAW tetap menjawab. "Jangan kamu marah”

Wahai sahabat-sahabatku, saya mahu memperingati diri saya dan diri sahabat sekalian perkara yang sama Rasulullah ingatkan pada kita:


Jangan kamu marah


Sahabat, betapa sabarnya Rasulullah dalam mengembangkan agama Islam ini. Andai Rasulullah marah-marah, benci-benci, pasti perjalanan dakwah itu berhenti dan kita tak mengecapi 2 nikmat yang besar yakni Iman dan Islam hari ini.


Sahabat, apabila memegang title hamba apatah lagi mukmin, selayaknya kita diuji. Ujian yang pelbagai. Dikutuk dialam maya dengan kata-kata mengguris rasa, dicemuh dihina dibelakang kerana tindak salah dan menjadi topik hangat untuk dihina di merata-rata.


Pastinya, hati yang menanggung luka teruk. Terkadang amarah membara dan hati yang terluka melukakan kembali.


Sahabat, siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT bersamanya saat diduga?


Siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersamanya saat marah melebihi thresholdnya?


Maka dihujungnya, iman jua yang menghulur tangan membantu kita untuk merasai bahawa Allah swt ada bersama, tika sabar. Apabila kita sabar, Allah SWT bersama kita! Dan manusia beriman sahaja yang mampu merasakannya.


Sahabat, siapa yang tidak merasa Allah bersama ketika sabar?


Siapa yang rasa bahawa sabar itu sia-sia dan tindak lemah?



Justeru, usah bertanya mengapa diri tidak boleh sabar. Usah teliti diri, emosi dan tindak sumbang songsang orang dan lain-lain. Muhasabahlah iman kita. Bila tidak mampu bersabar, final diagnosisnya ialah iman kita sakit. Kerana imanlah kita yakin bahawa Allah bersama kita.


Sahabat, renungilah kisah Saidina Ali Karramallahu Wajhah. Beliau tidak memenggal kepala Yahudi yang meludahnya ketika peperangan, walaupun berada di atas Yahudi tersebut.


Kerana apa, sahabat? kerana dia takut, dia membunuh Yahudi itu bukan kerana Allah, tetapi kerana marah. MasyaAllah...


~Saya tersentuh pabila kita diuji sebegini. Hinggakan sanggup hilang pertimbangan melukakan dan terluka dengan kata-kata luar alam. Sahabat-sahabat, ayuh berteduh di kebun cinta. Rasailah teduhan yang menyenangkan agar dapat membebat hati yang berdarah. Ayuh menjadi tukang kebun menyuburkan pohon-pohon rendang. Usah menjadi serangga perosak.


Sahabat, la taghdob. Janganlah marah ya.


Usah menabur nista yang membimbangkan

6 comments:

shifaa on November 12, 2009 at 10:16 AM said... [Reply to comment]

Sabar dan menahan amarah kalau berjaya dilakukan dapat pahala besar..but it is one of the HARDEST thing to do, me myself i admit, i can't...agaknye sebab tulah manahan marah ni, dikurniakan pahala yang cukup besar, sebab ALLAH tau, it is totally not easy....yup but it's good to remind each other, but all i can say, saying and writing is so much more easier than doing it....well better than nothing tho..just to share.

Anonymous said... [Reply to comment]

Solah, tulis pasal cara menangani rasa marah plak.Kan ada kan pesanan Nabi kalau rasa marah camane nak uruskannye.Heheh..Aku nk cari sndiri malas.Tgu baca blog ko je lah.

Honeyz on November 13, 2009 at 12:18 AM said... [Reply to comment]

assalamualaikum..

"Jangan kamu marah"...
cakap n tulis/ taip mmg sng..
tp tula, nk praktikkannya agak mencabar..
tahap kesabaran seseorang selalu diuji, dalam pelbagai bentuk..
jujurnya, diri ini juga kadangkala capat jugak rasa nak marah..
dah cuba bersabar dgn mendiamkan diri,
tp bila kena serang dgn pelbagai kata2 yg menyakitkan hati,
rasa x tahan jugak kdg2 tu..
tp sebolehnya tetap cube bersabar gak la..
masih belajar utk terus bersabar dan bersabar..

terima kasih atas sajian kisah Saidina Ali Karamallahu Wajhah tu..
kisah yang cukup bagus dijadikan renungan dalam mengawal rasa marah.
agaknya kalau orang zaman skrg, dibunuhnya kot..
melainkan yg benar2 beriman n tahu bersabar dgn sbnr2 punya sabar..

thanx for sharing this.. betol2 "terkena". nampaknya lepas2 ni kena banyakkan muhasabah iman yang sakit ni -_-

Salahuddin Harith on November 14, 2009 at 2:09 AM said... [Reply to comment]

memang benar kalau menulis itu mudah..namun untuk mempraktikkan itu payah...sebab tu kena selalu muhasabah diri...muhasabah iman

yang seringnya perasaan menjadi pedoman...seharusnya memandang suatu perkara dengan kaca mata iman...dan orang yang beriman kuat kebergantungan kepada Tuhan...dan merasakan Allah bersamanya ketika diuji..andai ujian bertimpa-timpa...itu maksudnya Allah panjangkan tempoh ujian...bukan tidak membantu kita...

Memang sukar untuk bersabar, namun sudah saya ceritakan...itu maksudnya iman kita sakit...sama-samalah tingkatkan iman...

Saya lihat ukhuwwah antara kita sudah retak...kepercayaan manusia sukar digapai kembali kerana apabila runtuhnya kepercayaan..runtuhlah perkara yang lain...namun andai teras kepercayaan adalah iman...hati-hati kita akan bersatu ibarat batu bata yang membina bangunan...

Nabi begitu berseni menguruskan marah Anonymous...saya yakin anonymous lebih arif dari saya...lebih banyak ujian..namun tabah...kalau saya ditempat anonymous, pasti mengalir air mata saya tiap hari mengharapkan Allah permudahkan jalan untuk saya..lihat sendirilah Nabi dicederakan, namun bukan kata-kata kesat yang keluar dari mulut nabi...malahan melarang para Malaikat menghempapkan gunung kepada penduduk Taif...begitulah, usah cepat melenting..apalah penting pandangan manusia berbanding pandangan Allah?

Anonymous said... [Reply to comment]

Betul tu solah, pandangan mata manusia lbh kpd utk perkara nk memuaskan hati sndiri saje.Manusia kbyknnya lbh mencari kelemahan org lain berbanding kelemahan diri sendiri.Slps terjumpa kelemahan,lazimnya akan riuhlah satu dunia.Tp apa2 yg baik drpd seseorang, selalunya diabaikan. Akhir zaman, perpecahan lebih dominan drpd persaudaraan. Tp aku yakin masih ramai yg berusaha dgn ikhlas utk menguatkan persaudaraan Islam atas muka bumi ini.Jd, jgn give up utk memperelok hubungan persaudaraan sesama kite.. (",)..

Salahuddin Harith on November 15, 2009 at 8:29 AM said... [Reply to comment]

insyaAllah anonymous...jazakallahu khairan jaza'

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template