6.11.09

Tips Cemerlang Belajar


Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis seketika setelah habis menjawab 3 subjek. Ada 5 lagi subjek untuk diperangi. Sudah lumrah pelajar farmasi mengambil lebih dari 6 subjek satu semester.

Tidak dinafikan, peperiksaan menyebabkan Nescafe, Ginkgo Biloba dan Kismis mula laris di pasaran. Peperiksaan menyebabkan kita tertekan untuk lulus dengan cukup makan, sederhana atau cemerlang. Terpulang kepada individu, matlamatnya lain tapi caranya tetap satu, kena jawab soalan baru boleh mencapai matlamat. Jarang kita dengar matlamat nak gagal periksa. Fitrah manusia, cenderung kepada yang baik.

Untuk berjaya di dalam peperiksaan, kita harus membuat persediaan Qalbi, 'Aqli dan Jasadi.

Persediaan Qalbi (Hati)

Sesungguhnya inilah persediaan melaksanakan syaria'tullah. Hati perlu bersih supaya mudah menerima ilmu. Dan untuk mendapat hati yang bersih, tarbiyyah hati melalui peringatan dan amalan soleh itu amat membantu.

Rapatlah dengan Tuhan sentiasa, bukan hanya semasa musim peperiksaan. Berdoalah sentiasa, agar rintihanmu dan harapanmu diaminkan selalu para malaikat. Ingatlah, buat mereka yang bertaqwa, maka Allah akan kurniakan jalan keluar baginya.

Persediaan 'Aqli (akal)

Persediaan awal peperiksaaan itu amat penting. Barulah kita tahu topik mana yang tidak difahami, perkataan-perkataan yang luar batas kamus minda dan sebagainya. Dengan membaca nota berulang kali, kita akan melihat ilmu itu pada sudut yang berbeza.

Dulu, saya khatam 3 kali buku rujukan Fizik SPM kerana subjek Fizik begitu mencabar bagi saya. Sampai sekarang, saya tidak meminati subjek Fizik. Dalam kelas, sayalah yang paling lemah. Asyik rendah sahaja markah. Alhamdulillah, dengan usaha saya yang sedikit itu, Allah izinkan saya untuk dapat A1 dalam Fizik.

Selain itu, kumpulan studi yang terdiri dari 2-3 orang sungguh membantu. Setelah semuanya habis membaca semua nota, satu perbincangan ilmiah dilakukan. Ini dapat meningkatkan kemampuan minda untuk mengingat.

KEMAMPUAN MINDA UNTUK MENGINGAT

Apa yang kita baca

10%

Apa yang kita dengar

20%

Apa yang kita lihat

30%

Apa yang dilihat dan didengar serentak

50%

Apa yang dilihat dan didengar dan disebut

70%

Apa yang dilihat, didengar, disebut dan dipraktikkan

90%


Pernah dengar tak ungkapan: When you want to go to battlefield, you must know your enemy well. Ini amat penting. Anda kena tahu format kertas soalan. Membuat soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas akan melatih minda untuk menganalisis dan menyelesaikan soalan. Otak perlu latihan bertubi untuk menjadi cekap. Juara memori dunia juga berlatih tiap hari untuk mempertajam memorinya, apatah lagi kita.

Persediaan jasadi (tubuh badan)

Persediaan ini meliputi aspek kesihatan. Bukankah Al-Aqlus Salim fi Jismis Salim? (Otak yang cerdas, di dalam badan yang sihat).

Justeru, senaman 20-30 minit sehari 2-3 kali seminggu penting untuk mendapatkan tubuh yang cergas. Jaga pemakanan dan dapatkan tidur yang cukup. Kurangkan makan-makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi sebelum mengulangkaji kerana akan menyebabkan anda mengantuk. Tidur perlu 6-7 jam sehari, seperti pendekatan yang dibawakan oleh Imam al-Ghazali. Beliau meluangkan masa 1/3 sehari untuk berehat.

p/s: Saya doakan rakan-rakan yang mengambil peperiksaan supaya dapat menjawab dengan baik. Usah jadikan peperiksaan mengubah fokus kita sebagai khalifah dan hamba Tuhan. Peperiksaan ialah salah satu ujian dari-Nya untuk melihat kebergantungan pada Pencipta.

Usah alpa, kitakan hamba.

6 comments:

syauqahwardah1209 on November 6, 2009 5:34 PM said...

salam warahmatullah..

entri yg bagus..

memang tengah mencari sumber2 bacaan motivasi kala 'exam fever' ni..

good job! :)

Salahuddin Harith on November 6, 2009 6:20 PM said...

waalaikumussalam

motivasi buat diri juga...

banyak paper lagi ni

Al Quds Travel on November 6, 2009 9:39 PM said...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340

Honeyz on November 7, 2009 4:12 AM said...

salam 3alaik...

sebelum ni pernah juga baca artikel tentang persediaan qalbi, 'aqli dan jasadi ni..
apepun, thanx for sharing..

memang rajin singgah sini bace2 hampir tiap kali anda update.. sbbnye suke n kagum tgk cara penyampaian anda.. kupasan yang menarik.. ringkas dan mudah difahami ^_^

"usah jadikan peperiksaan mengubah fokus kita sebagai khalifah dan hamba Tuhan" >> tertarik dgn ayat ni.. satu nasihat n peringatan yg cukup bagus.. thanx sbb mengingatkan diri yg sering leka dan alpa ni..

sebab tu de sdkt rase kagum pd anda.. dlm kesibukan xm,fokus sbg khalifah tetap diteruskan dalam menyampaikan segala yg bermanfaat..
baarakallahu fiik..

akhirul kalam.. atamanna laka bittaufeeq wannajah fil imtihaan.. good luck!

<< insan yg tidak tahu untuk menulis dgn pendek n ringkas >> =D

Salahuddin Harith on November 7, 2009 6:50 AM said...

to hani

sesungguhnya artikel yang saya tulis ini, frameworknya saya dapat dari penulisan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..kerana nasihatnya yang mencakupi pelbagai aspek saya kongsikan bersama buat tatapan pembaca...

tidak apa yang saya harapkan melainkan blog ini menjadi usrah maya buat diri saya dan pembaca-pembaca yang lain. Manusia semakin lupa hakikat hamba dan kerana itu kita kena mendokong memanusiakan manusia.

terima kasih hani atas segalanya, saya mengorek juga ilmu dari blog anda.

Salahuddin Harith on November 7, 2009 7:04 AM said...

to al quds

tengah mencari juga ni jalan-jalan ke umrah dan beijing tahun hadapan...macam tahu-tahu saja

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Aku Ori bukan Fotokopi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template