
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di bumi sendiri, lebih baik di bumi sendiri. Pepatah yang kelakar pun ada jika difikirkan secara makna literal. Kalau hujan batu, habislah pecah cermin-cermin kereta, bangunan dan sebagainya. Kita pun boleh benjol-benjol =). Namun, batu dan emas itu mempunyai makna yang tersirat. Kaya sungguh khazanah bahasa Melayu.
Teringat jua firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 40:
"Dan sungguh, mereka (kaum musyrik Mekah) telah melalui negeri (Sodom) yang (dulu) dijatuhi hujan yang buruk (hujan batu). Tidakkah mereka menyaksikannya? Bahkan mereka itu tidak mengharapkan hari kebangkitan."
Terancam di bumi sendiri lahir daripada diskusi saya dan teman saya di Pizza Hut. Saya hanya menemaninya setelah makan tengahari di Sushi King.
Saya bertanya: Mr. J, macammana kita nak pastikan makanan yang kita ambil halal?
Saya terkadang terfikir, orang yang kuat makan macam saya, (ramai akan bersetuju dengan 'statement' ini), makan benda-benda yang halal ke selama ini? Sejauh mana sensitiviti saya dengan halal atau haram sesuatu makanan?
Mr. J: Cerita dia macam ni, kita tak dapat nak pastikan halal ke tak satu-satu makanan, kecuali kau sembelih ayam sendiri, prepare sendiri makanan. Kekadang tukang sembelih, sembelih ikut cara Islam, tapi orang yang sembelih tu tak solat, tak puasa. Benda yang common, kau tengok penjual ayam kat pasar malam. Berapa ramai yang berhenti pergi solat Maghrib?
Mr. S (sayalah tu): Lecehlah nak sembelih satu-satu ayam. Tapi betul juga kau kata, berapa ramai yang mengaku Islam, tapi Rukun Islam buang ke tepi awal-awal. How do you define a Muslim, then?
Mr. J: Ya betul, orang ramai tak solat sekarang, tak payah pergi jauh, budak U kita pun, ada saja yang tak solat.
Saya mengangguk perlahan. Perit tapi benar.
Mr. S: Pendapat aku, kita kena pilih makanan atau premis makanan yang ada logo halal Jakim. Dan juga logo-logo halal yang lain. Terkadang kita nampak logo halal dari luar negara, kita dah ragu-ragu. Tapi sebenarnya, proses mendapatkan status halal itu lebih ketat.
Giliran Mr. J pula mengangguk.
p/s: Persoalannya, selamatkah kita untuk makan makanan di negara Halal Hub Dunia ini? Jika ada logo halal Jakim sekalipun, sahkah logo itu? Dah begitu, bagaimana anda memastikan halal atau haram makanan anda? Bersama bernafas dalam jiwa hamba. Fikir-fikirkanlah.


2 comments:
salam.
sekadar berkongsi maklumat.
pernah diberitahu oleh sorg teman yg sushi di sushi king tidak halal.ada kenalan atas kenalan yg pernah keja kat sushi king la ckp,sushi2 tu semua diletakkan wine kat atas dia.
mee dia selamat la.
tp nak lebih selamat,elakkan terus r makan kat sana.
sekadar mmbantu sesama muslim =)
salam ziarah.
waalaikumussalam
terima kasih norfaridahhanum
nampaknya, saya kena berhenti daripada makan di situ..kerana banyak unsur-unsur was-was (syubhah)..
Seperti sabda nabi s.a.w:
Sesungguhnya yang haram itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya terdapat yang samar yang tak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu, maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya.....
(Hadith 6: Hadith Arba'in)
Post a Comment