Sekian lama sudah tidak menulis tentang kewangan, akhirnya entri ini dinukilkan. Ibadah Haji seperti yang kita ketahui merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi mereka yang berkemampuan.
Justeru, di dalam entri kali ini, kita akan sama-sama melihat bagaimana untuk merancang kewangan untuk menziarahi Baitullah.
Sekarang ini, pukul rata kos menunaikan haji (muassasah) + dengan sedikit duit poket =
RM12000
Maka, berapakah jumlah yang kita perlukan pada masa hadapan dengan mengambilkira kadar inflasi sebanyak 4%-5% setahun?
Jadual di bawah insyaAllah dapat membantu:
|
Tahun Sasaran |
Tempoh (tahun) |
Jumlah diperlukan (RM) |
Tabungan Bulanan Minima (RM) |
|
2015 |
5 |
18,000 |
275.00 |
|
2020 |
10 |
|
150.00 |
|
2025 |
15 |
24,000 |
100.00 |
|
2030 |
20 |
|
75.00 |
Setahu saya, jika anda mendaftar di Tabung Haji untuk menunaikan haji, pihak Tabung Haji akan memberikan tempoh 10 tahun kepada anda untuk mencukupkan tabungan. Dan, baki akaun Tabung Haji anda minima RM1300.00 untuk terus sah sebagai pendaftar bagi menunaikan haji.
Bagi mereka yang berkemampuan, usah berlengah-lengah. Sabda Rasulullah s.a.w riwayat al-Tirmizi:
"Sesiapa yang cukup bekalan (mampu) dan ada kenaikan untuk ke Makkah tetapi tidak mahu mengerjakan haji hingga mati, maka dibimbangkan matinya dalam keadaan Yahudi atau Kristian,
kerana Allah berfirman: "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah."
p/s: Doakan saya dan rakan-rakan farmasi seramai 30 orang berjaya melawat haramain pada bulan 4 nanti bagi mengerjakan umrah. Kami memerlukan sumbangan kalian untuk ke sana. insyaAllah, win-win situation, ada perlepasan cukai untuk para dermawan.



0 comments:
Post a Comment