25.11.09

Sebenar-benar Pewangi

Alhamdulillah berjaya juga mencoret setelah hampir seminggu menyepi. Banyak idea yang datang bertandang, namun tidak dapat dilunaskan dalam bentuk tulisan buat tatapan pembaca. Idea yang datang perlu ditapis supaya entri yang bakal ditulis bermanfaat buat 1 Malaysia.

Sering kita menggunakan pewangi untuk mengharumkan suasana. Tidak kiralah bilik, rumah, kereta dan tubuh badan. Mungkin kita terlupa bahawa bacaan al-Quran merupakan pewangi yang ampuh baunya. Baunya harum semerbak seperti kasturi.

Mari kita singkap sirah Nabi junjungan pemberi syafaat: Muhammad s.a.w., tentang kisah Umar al-Khattab memeluk Islam. Inilah bukti betapa harumnya bacaan al-Quran.

ayat-ayat surah Taha yang bermaksud:

"Taa Haa. Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan daripada (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Al-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy." (1-5)

Inilah baris-baris ayat yang mengharumkan jiwa Umar sehingga dia memeluk Islam.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, bacaan al-Quran boleh didengar dan dihayati melalui corong-corong radio, walkman, komputer, vcd, dvd dan apa sahaja medium. Dengan memasang ayat-ayat suci al-Quran, ia dapat menjadi pewangi.

Al-Muzhir menyatakan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran, akan sampailah keberkatan itu ke rumahnya dan kepada pendengar. Lalu ketenangan dan pahala itu akan dapat diperoleh sejauh sampainya bacaan itu. Ianya seperti bekas minyak wangi yang dipenuhi kasturi, apabila dibuka penutupnya nescaya wangiannya itu akan tersebar ke serata tempat.

Maka, selain dari pewangi-pewangi lain, pasanglah selalu al-Quran buat penyeri suasana. Bukan hanya sebagai penyeri malah ianya menenangkan.

Salahuddin al-Ayyubi akan membaca 3 juzuk al-Quran sehari dan andai beliau sakit, dia akan mendengar 5 juzuk al-Quran.


Saya tutup entri ini dengan hadis riwayat at-Tirmizi untuk sama-sama kita renungi:

"Belajarlah al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.

Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kasturi yang masih tertutup."

p/s: Pesanan dari buku Quranic Law of Attraction: Bacalah sekurang-kurangnya 15 minit sehari al-Quran. Dan seelok-eloknya pada permulaan hari anda. Selamat beramal!

1 comments:

Honeyz on November 26, 2009 at 12:49 AM said... [Reply to comment]

salam..

perkongsian yg sangat menarik lagi bermanfaat! perkongsian yg membuatkan manusia yg seringkali leka dan alpa kembali sedar.. thanx for sharing ^_^

"Bacaan Al-Qur'an merupakan pewangi yang ampuh baunya" - exactly! sokong sgt2.. mmg betol, alunan bacaan ayat2 suci kalaamullah tula yg merupakan sebenar2 pewangi.. tapi berapa ramaikah atr kita yang mempunyai, menyentuh, membuka, "menghidu" (membaca serta menghayati) lalu "menggunakan" (mengamalkan) PEWANGI ni sebagai keperluan hidup yg paling utama? tepuk dada tanya iman masing2..

apepun, sekali lagi terima kasih sgt2 atas perkongsian ni.. inshaAllah akan perbaiki diri dan amalan harian supaya menjadi insan yg lbh baik di kemudian harinya..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template