4.6.09

ya Allah, Tabahkan Hatiku

Entri bertujuan untuk mengurangkan bebanan diri dan semoga teman-teman yang membaca sama-sama mendoakan agar Allah mudahkan urusanku, dan berjaya menghadapi ujian ini dengan pengakhiran yang sejahtera.

Ujian merupakan salah satu tanda Allah menyayangi kita. Apakah kita mengaku bahawa kita beriman sedangkan kita tak sanggup untuk diuji? Jika dilihat konteks semasa, kita terutamanya pelajar, sering menghadapi peperiksaan, ujianlah tu...kenapa ada ujian? untuk menguatkan kefahaman kita...untuk melatih diri...jika tidak jangan dharap untuk membaca dengan tekun.

Begitulah jua, Allah uji kita untuk menguatkan iman kita...supaya apabila diuji, tahan lasak, berharap padaNya...dan sekiranya kita berjaya melepasi ujian, maka khabar gembiralah buat orang tersebut. Apabila diuji, sudah pasti uslub yang paling mapan ialah dengan mengingati Allah..dan Allah ajar dengan solat dan sabar. Semua itu termaktub dalam kitabNya...pedoman yang terpelihara hingga hari kiamat.

Di bawah ini lagu yang kekadang menjadi peneman untuk mengubat hati yang lara. Manatahu pembaca, teman-teman dapat meneka apakah tajuk lagu dan penyanyinya.

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka, walau tersiksa, ada hikmahnya,
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma, Itu jelas ..... Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan, sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja, antara berjuta mendapat rahmatNya..
Allah itu mendengarkan rintihanmu berpanjangan..bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi, moga bersyukurlah selalu

Mesti ada yang berjaya mendendangkan dengan baik...

p/s: Walau lagu ini terkadang mengurangkan gundah di jiwa, namun, dalam hati yang remuk menderita ini, tetap mengharapkan moga diakhir nanti, masalah yang kuhadapi ini, dapat diselesaikan dengan tidak perlu memutuskan silaturrahim. Amin

5 comments:

izzuddinmohd said... [Reply to comment]

x pe Solah...

insya Allah, semuanya baik....

FarisPharmacistMuslim on June 4, 2009 at 10:15 PM said... [Reply to comment]

lagu nikmat ujian kot....


xper2...tabah jela...hidup kite ni xlame...so bersaba jela....

pernah terdengar...
Allah xkan menguji umatnye ngan ujian yg xmmp hambanya jalani


tp lupe ayat maner n ayat bape

Haziah Salleh on June 4, 2009 at 11:58 PM said... [Reply to comment]

tabah solah~ :)

U r tested because of He loves you...

Orang yang berjaye hadapi ujian dari Nye akan dinaikkan darjat.. InshaAllah...

izzuddinmohd said... [Reply to comment]

Solah.

aku nak tambah lagi...

nak bagi petikan kata2 dari crite Ayat-ayat Cinta

"Sesungguhnya, Allah sedang berbicara dengan mu.
Allah berbicara denganmu ttg sifat sabar, ttg sifat ikhlas"

Salahuddin Harith on June 11, 2009 at 9:01 AM said... [Reply to comment]

terima kasih atas doa dan semangat semua..jazakallah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template