23.6.09

Back to Authentic



Alhamdulillah, diberi peluang untuk keluar daripada comfort zone untuk back to authentic. Bermakna, saya baru saya pulang daripada Leadership Program anjuran Yayasan UEM di Pos Gesau, Ulu Slim, Perak. Jom tengok rumusan program ni!


Peserta

Graduates from KYUEM and scholars from local universities

Aktiviti

Hari 1

Kami membanting tulang untuk membina tangga ke tempat bermandi-manda di perkampungan orang asli. Selama lebih kurang 4 jam, mencangkul tanah, mengangkut pasir, membancuh simen dan lain-lain kerja yang perlu untuk membina tangga. Buat orang macam saya yang lama sudah tidak membanting tulang sebegini, pinggang terasa regangan yang hebat juga. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua, kami berjaya. Apa yang penting? Kerjasama.


Hari 2

Di sinilah memori yang sukar dilupakan tercipta. Kami berakit sejauh 7km dengan kesukaran sungainya bertaraf intermediate selama lebih kurang 2jam 30minit. Pada kilometer yang terakhir, saya sudah kepenatan mengayuh untuk menyelusuri jeram-jeram sungai yang mengganas. Pernah satu ketika, saya jatuh dari rakit. Mujurlah, derusan air sungai di kawasan tidak begitu deras. Saya berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan serakit saya.

Pada sebelah malamnya, kami menyaksikan tarian selamat datang (tarian Sewang) dari penduduk orang asli. Tariannya, tidak mempunyai satu gerak tari yang khusus. Ikut sukalah, nak menari bagaimana. Namun, kelihatan seperti ada cabang-cabang ilmu tari yang dipersembahkan oleh penari yang berbeda.

*Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan program ini. Adanya program yang mempertemukan semua pemegang biasiswa UEM, merapatkan ukhuwwah sesama kami. Selepas ini pun, insya Allah kami akan bertemu kembali di bawah naungan UEM Group yang mempunyai 40 anak syarikat.

Dan, semestinya, tempat kerja yang paling sinonim dengan saya ialah Pharmaniaga. Namun, cakap kedai-kedai kopi menyebarkan, UEM mahu menjual Pharmaniaga. Entahlah. Kalau begitu, saya mahu bekerja di mana?

Program ini mementingkan kerjasama dalam kumpulan, disamping berbakti kepada masyarakat orang asli. Tidur di rumah orang asli merupakan pengalaman yang tertusuk dalam ke kotak minda. Tak dapat saya gambarkan, betapa saya tidak selesa dengan rumah orang asli yang berlantaikan buluh. Dan, ada antara buluh-buluh yang berlubang.

Apapun, saya berpuas hati dengan program yang lebih Islamik ini kerana adanya pengisian selepas solat berjemaah. Alhamdulillah.

Moga-moga tahun hadapan UEM menganjurkan lagi program-program pengumpulan seperti ini.

p/s: Gambar belum dapat lagi daripada cameraman.

4 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

wah solah..bestny cuti..huhu

Salahuddin Harith on June 29, 2009 at 9:19 AM said... [Reply to comment]

to anonymous..best juga dapat cuba benda baru..sampai demam-demam haa

HaDi on June 30, 2009 at 2:27 PM said... [Reply to comment]

solah pharmaniaga kata nk dijual..jg dak yg science bhgn biology related dah sebumbung lah dibawah naungn UEM nnt..;P

Salahuddin Harith on July 1, 2009 at 9:48 AM said... [Reply to comment]

alamak hadi..takpela...mana tau UEM Pharma syarikat baru UEM nak tubuhkan..CEO dia aku..huhu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template