
Pernah ke kita sedar, kita tidak menyokong ekonomi Islam sepenuhnya? Kalau sederet kedai tu, ada kedai runcit Cina, kedai runcit Melayu (Islam) dan kedai runcit India, ke mana kita akan membeli? Pasti main taram saja. Kedai mana yang terpapar dahulu diruang mata, itulah pilihannya.
Itu belum lagi kalau hendak membeli-belah secara besar. Pasti, yang terbayang dekat benak fikir ialah pasaraya Giant, Carrefour dan Tesco. Tunas Manja? Sendiri fikir. Huhu. Kita kena faham, kebanyakan pasaraya yang besar-besar ni, bukan milik umat agama kita, agama Islam. Jadi, kalau pengguna Islam faham makna ibadah secara meluas, benda ini takkan jadi masalah.
Tapi, sedar atau tidak, pengguna Islam walau selalu ke masjid siang malam, bercakap politik Islam berdentam-dentum tetap tidak mahu menyokong peniaga Islam. Berkajang alasan untuk tetap tidak menyokong ekonomi Islam. Mahallah, peniaga Islam tu asyik muka tarik saja.
Kita kena faham kenapa kedai orang-orang Islam ini kadang-kadang mahal sedikit. Kenalah tengok siapa pembekalnya. Lagipun, supermarket tu ambil terus daripada pengeluar, peruncit pula kena ambil dekat pengedar. Terang lagi bersuluh ada margin dekat situ.
Bab muka tarik saja, bukan semua begitu. Pilihlah peniaga yang tak muka tarik. Muka tolak ke? Huhu. Just kidding.
Satu benda lagi yang kita kena faham, bangsa yang tidak ada kuasa ekonomi akan hilang kuasa politik walaupun majoriti. Dan kita lihat daripada merdeka dan rancangan Malaysia lagi, usaha memapankan ekonomi bangsa Melayu begitu dijaga oleh kerajaan. Jom tengok Amerika, walaupun bangsa Yahudi minoriti, tapi disebabkan Yahudi menguasai ekonomi, kuasa politik milik mereka. Sebab itu, Benjamin Netanyahu tak ambil pusing apa Obama cakap.
Bukanlah tak boleh langsung beli kat pasaraya. Tapi, kalau ada masa, ada alternatif, sila-silalah bertandang ke kedai orang Islam. Dalam al-Quran juga menyebut sifat orang mukmin itu bertolong bantu antara satu sama lain.
Cuba fikir, kalau tak sebab kembang tekak nak makan kat restoran Cina contoh macam Century 2000 kat Pak Lah, dah lama kedai macam ini jadi pilihan. Kekadang pelik juga, orang Islam ni, banyak yang pakai kereta, tapi kenapalah mekanik kebanyakannya orang Cina? Mekanik Melayu susah cari makan kot.
p/s: Sekadar berkongsi idea, moga kita sama-sama lebih sensitif sedikit. Jika kita sensitif terhadap umat Islam di Palestin, sensitif jugalah tentang umat (peniaga) Islam di sini.


12 comments:
btol3..aku sokong jerk...sbb aku mmg pilih membeli dari peniaga yg "islam" sbb sng nak berkomunikasi n xmau tgk oyg yg bukan "islam" je yg untung....
bercerite psl ni...jgnla kite asik nak amik barg yg even dari peniaga "islam" tp pilih barang buatan kuffar...pilihlah barg tgk buatan sape..at least terjamin kesucian...
"Halal N Toyyiba"
betul tu faris
teringat iklan belilah barangan buatan malaysia
model tu guna ubat gigi mukmin kot
tersenyum sejenak
terus maju
u know where to go to when it comes to muslim business n halal products..
dont say it is too far from uia when masyrakat skliling support us..hahha
sori sempat promote..bdw, my father likes this entry..congratz..
huh, your father likes this entry
so, please open 1 dekat area lenugah tu...mesti meletup
insyaAllah, budak UIAM, Shahputra support..penduduk IM6..IM2..u name it
tahniah terus maju, memang seronok membeli belah kat situ...semoga terus maju
pakcik, lantik hendy jadi pengurus kat terus maju lenugah okay juga
huh, racist punyer post.
apa lagi...TERUS MAJU terukanlah.. huhuh...
Racist?
saya ada pengalaman praktikal di firma audit. Ownernya ialah orang Melayu. Tapi hairan, kebanyakan clientnya juga orang Melayu. Walhal firma audit tempat saya praktikal itu boleh dikatakan medium firm.
Saya cuba la bertanya kepada staf di situ, tiadakah orang cina yang hantar akaun mereka di situ. Dia cakap, orang bangsa lain, cina selalunya, tidak akan hantar akaun mereka kepada firma audit Melayu kerana bimbang orang Melayu akan tahu di mana mereka dapat supply barang yang murah2. sebab itu kebanyakan kedai-kedai cina hantar akaun mereka kepada firma audit pemilik cina sahaja, walhal kebanyakan firma audit di Kelantan dimiliki oleh orang Melayu.
Sebab itulah mereka boleh jual harga barang yang sama dengna harga yang murah..
Sama juga sekolah memandu. Sampai sekarang saya masih menyesal belajar di sekolah memandu cina. Kebanyakan pelajar di sekolah memandu itu orang cina. Bila saya tanya, rupa2 mereka tinggal dan kerja di tempat yg jauh. Bila saya tanya, kenapa tidak belajar saja di sekolah memandu dekat2 sana yang orang Melayu, mereka hanya diam dan senyum. dalam hati saya, "Racistnya".
Jadi, siapa yang racist di sini?
Orang Melayu tidak pernah racist wahai sahabat. Kalau orang Melayu ini racist, sudah tentu sblm merdeka, orang Melayu sudah halau bangsa lain dari Tanah Melayu. Tetapi sebaliknya orang Melayu tetap menerima mereka seadanya untuk menjadi warga Tanah Melayu cuma dengan syarat mendapat sedikit keistimewaan.
Jadi, racist kah orang Melayu?
terima kasih, aaffan satu perkongsian pintar yang mengajar erti sebenar kehidupan
saya membuka peluang untuk sesiapa sahaja untuk menulis komen demi menyemarakkan perkongsian pendapat
saya tak nampak entry ini menekankan racist...tapi bertujuan untuk berfikir sejenak tentang apa yang saya amati kedewasaan ini
harap pembaca dapat membaca dengan baik dan menghayati makna yang dihighlight
Wah, Solah. Pertama kali aku sampai sini. Mantap. Aku setuju entri ini. Walaupun ramai yang mengaku menyokong Islam. Mengatakan Islam harus dimartabatkan. Tetapi kekadang itu masih tidak sedar bahawa tindakan mereka sendiri seolah memenangkan bangsa lain. (Aku pun kekadang terlupa akan hal ini. Selalu juga memilih untuk ke kedai bangsa lain. Terima kasih ingatkan...)
p/s Aku letak blog kau ini di SangMentari ya. Lama kita tak jumpa, Solah. Kau sihat?
btol2...Islam adelah agame yg xmenunjukkan Racist pon,yg Racist 2 U**O,(perjuangan atas daasar bangsa)
terima kasih hadir buat pertama kali sang mentari..ok...kita exchange link...
alhamdulillah sihat...tapi semakin berisi sajalah..huhu
to faris
sound politic
islam = politik
islam bukan sekadar agama, tetapi care hidup...
Post a Comment