Assalamualaikum dan selamat membaca. Alhamdulillah, semalam selepas menziarahi sepupu saya di Bandar Laguna Merbok, saya berpeluang untuk singgah di Radix Fried Chicken @ RFC. Mengujakan bukan? Saya sudah lama ingin bertandang ke Sungai Petani untuk merasakan pengalaman makan di restoran ini. Masakan tidak, RFC merupakan milik HPA dan semestinya milik bumiputera Islam. Pasti semua tahu HPA. Alah, yang buat Kopi Radix (mai secawan) tu.Jika pendengaran saya masih diyakini, pensyarah saya pernah menguar-uarkan keuntungan daripada kopi Radix sendiri setahun mencecah jutaan ringgit. Jika anda beli satu kotak kopi Radix, terdapat 32 paket dengan harga RM24. Makanya 1 paket = RM 0.75. Harga di pasaran untuk secawan kopi Radix panas ialah RM1.50 manakala kopi Radix ais RM1.60. Nah, margin keuntungannya mencecah 50%.
Saya sering meminta kopi Radix di Pak Lah (gerai roti canai paling meletup kat Indera Mahkota), namun yang tinggal hanyalah kopi Abang Boleh. Baca slogan dia pun macam segan sahaja nak minum. Huhu.
Apabila melangkah masuk ke dalam restoran ini, perasaan bercampur baur. Bangga ada, lapar ada, teruja ada. Pendek kata, macam-macam ada. Bangga kerana restoran ini milik orang Islam. Lapar kerana dari tempat letak kereta lagi aroma keharuman ayam goreng Herb dan Spicynya tersebar melalui vektor angin. Dan, teruja kerana mahu menikmati hidangan yang pasti menyemarakkan tunas-tunas rasa di lidah.
Semasa anda ingin membeli di kaunter, pelayan akan menebarkan salam seperti ini dialognya. "Assalamualaikum, makan sini atau bawa balik" Wah, memang mendamaikan apabila mendengar kalimah sejahtera tersebut. Setelah mendapat pesanan dan melantak sampai pening kepala (glucose splurge rasanya, nak kaboom dah satiety centre), saya pulang ke negeri Darul Ridzuan.
p/s: Alhamdulillah selamat sampai walaupun cuak semasa memandu, macam tak cukup minyak sahaja. Pengalaman rakan-rakan terdekat yang tak cukup minyak memang melucukan, janganlah semalam giliran aku pula. Huhu.


7 comments:
ko ni macam dah jadi agen HPA je...asyik promote barangan dia.
lama dah ke join MLM ni?
hehe wow... ok gak nih tuka taste skali skale.. Dah post kt cni, pasni kne la blanje hehe
2la...kl kite tgk skrg...sebnanyer mcm da rmai da sebnanyer umat islam yg Kaye...tp jgnla smp dilalaikan pulak..
teringat ceramah smlm sebot psl org islam arab beli kapal terband harge 1.17 Billion Dolar AS..untuk bermegah2 jerk....
xke mereke terpikir tentang umat islam yg kelaparan di Afrika???
sdey jgak ah...
syahrir...macam-macamla syahrir..tapi memang best pun produk HPA ni..boleh pergi jauh
hari tu aku pi la Acheh, diorang tgh nak kembangkan perniagaan kopi Radix kat Acheh. Acheh terkenal dgn kopi ulee kareng...
to haziah
tukar selera lah sekali-sekala
KFC dah muak...belanja? huhu
to faris
betul tu...tapi biasalah ketamakan mudah melanda manusia yang diamanahkan harta yang banyak oleh Allah s.w.t
KFC bkan boikot ke??
to faris
dah ada alternatif ni, makanya boleh memilih untuk tidak makan KFC
saya pun kurang mengerti, ada 2 pendapat yang berbeza tentang KFC ni
yang pasti, saya muak dan semakin bertambah berat sekarang..hehe
lagipun, melihat kepada pentadbiran benjamin netanyahu..bertambah benci
Post a Comment