Kerana teruja dengan kecanggihan Samsung Omnia seorang kawan, kugagahi langkah untuk ke Low Yat. Tujuannya cukup jelas, men'survey' PDA. Nampaknya, Omnia ini berharga RM2599. Wah, habis duit kecemasan andai Omnia ni nak dalam genggaman. Kena tunggu Omnia 2 keluar kat Malaysia, baru turun kot harga Omnia ni. Dekat Singapura baru sahaja dilancarkan. HTC pun baru nak mengeluarkan produk HTC Magic yang menggunakan OS Android, dan bukan Windows Professional. Takut tak compatible dengan medical applications pula.
PDA ni dapat menggantikan buku-buku tebal yang perlu dibawa ke hospital. Malah, banyak lagi aplikasi yang mengujakan. Selepas puas membeli-belah dan survey, mulalah perjalanan pulang ke Kota Damansara. Routenya, Monorail Imbi-KL Sentral. Bertukar pula kepada komuter dari KL Sentral-Sg Buloh. Mak aih, nak naik monorail tu, kena beratur panjang. Yang bagusnya, rakyat Malaysia ni beratur juga dan tidak berebut-rebut. Mana taknya, ada pengawal. Huhu. Setelah menunggu buat seketika, monorail yang ke-3 barulah dapat dinaiki. ya Allah, jadi ikan sardin. Berhimpit sana, berhimpit sini. Sabar jela. Rasa macam nak naik teksi.
Sampai kat KL Sentral, kena jalan nak dekat 500meter. Sebab, depan KL Sentral ada construction site. Kena jalan separuh bulatan. Dah naik Komuter, benda sama berlaku. Jadi ikan sardin buat sekali lagi. Allah Maha Mengetahui, betapa tidak selesanya saya berada dalam kereta api ini.
Saya berpendapat, kerajaan perlu mengambil berat masalah pengangkutan awam ini. Dan, usaha Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan menaiki LRT dari Plaza Rakyat ke Masjid Jamek patut dipuji kerana menteri sendiri merasai keperitan pengguna setia kereta api ini. Diharapkan, penambahan gerabak dan idea-idea yang bernas dapat dilaksanakan bagi menselesakan pengguna. Alhamdulilah, frekuensi kemudahan awam ini semakin baik. Pengguna sekarang, tidak perlu menunggu lama lagi.

5 comments:
Kerajaan bawah Najib makin sesak sekarang sebab kantong dah makin kosong. Nak inject fund untuk tambah coach LRT mungkin sukar menjadi kenyataan. Contohnya Jabatan Tenaga Manusia sendiri telah mengarah mengurangkan pengambilan pelajar di semua ILP sebab masalah kewangan yang sangat meruncing.
Najib naik keretapi dalam keadaan selesa, tak perlu beratur, ada bodyguard, dan yang pasti tak perlu berhimpit macam sardin. Itu pun kalau dia rasa perit juga, duduk jelah kat kerusi empuk di Putrajaya. Tak payah turun tengok susah payah rakyat marhaen.
Kalau setakat pura-pura nak ambil tahu susah payah rakyat, boleh pi berlakon drama dgn Jalaluddin Hassan.
haha.
public transport ek.
kat tokyo jepun nih kalau rush hour bukan takat sardin, da jadik mcm ikan bilis dlm peket2 kecik je. padahal dah 50 tahun dah tren2 tu ada.
insyaallah boley jadik lagi baik, sebab benda2 camni akan take time.
dan yg kene ubah nye, kita la kan?
Mungkin kita tak dapat rasa tapi generasi lepas kita akan dapat.
p/s : pda mmg bagus, tapi cepat meletihkan mata, tak macam buku.
ksimpulannye...bsyukurlah kmu krane dlahirkn sbagai mnusia dan bukan ikan sardin... ^_^
to abufaris
benar, Perdana Menteri mempunyai kelebihan semasa menaiki LRT tersebut..tambahan pula Star LRT tidak sesesak Komuter dan MOnorail..Sekurang-kurangnya, usaha beliau untuk turun padang, melihat sendiri bagaimana sistem pengangkutan negara harus dipuji..mungkin tidak sesesak mana..namun, bola matanya menyaksikan keperitan rakyat
Alhamdulillah, jika dilihat, Stesen-stesen monorail sedang dinaiktaraf, dan dalam masa kurang 5minit, monorail baru akan tiba untuk mengangkut penumpang
to paku chang..
selamat datang ke blog ini
begitulah, akhirnya, kita perbesarkan jalan, dan akhirnya, sesak juga...nak compensate bukan mudah..pernah semasa saya menghadiri satu temuduga, tajuk nya ialah bagaimana mengatasi kesesakan jalan raya..solusi yang kami dapat ialah, antaranya, menggunakan kereta kecil..tapi sejauh mana kereta kecil mampu berfungsi untuk keluarga yang besar?
pda tu kemahuan je kot bukan keperluan
to faroha
alhamdulillah masih jadi manusia...dan sedang belajar untuk jalan sorang-sorang kat kl ni..seronok juga...
Post a Comment