
Kenapa apabila umur dah lepas usia mengundi saja (nasib baik tak undi 2 kali for Perak political crisis), semua orang nak tanya dah berpunya ke belum? dah ada kawan ke? dah ada tanda ke? bila nak bertunang? bila nak merasa makan nasi minyak? Macam mesingan. Malah, frekuensi spesis pertanyaan macam ni, semakin tinggi setelah tahu kita ni pelajar tahun akhir. Apatah lagi, masa-masa bertandang ke kenduri saudara-mara. Tahan sajalah.
Tak tahulah kenapa diajukan soalan spesis-spesis begitu.Kalau orang-orang tua tu, mungkin dah percaya kita mampu untuk ke peringkat perkahwinan. Bagi kawan-kawan, mungkin tengah seronok gula-gulakan orang kot. Jawapannya: senyum saja, any statement karang memerangkap diri. Huhu.
Pengalaman kalau dah sampai orang merisik (via orang tengah) tu, memang jatuh rahang tak tahu nak susun kata, lidah kelu untuk berbicara, serba salah tahap giga. Nak kata ya, diri ni belum bersedia. Masih taraf P (pelajar). Nak menolak, tak sampai hati pula. Akhirnya,berterus terang merupakan jalan terbaik. Biarlah ibarat menarik benang dari tepung, benang tidak putus, tepung tidak berserakan.
Bukannya tak pernah terlintas perasaan nak cari the so-called teman hidup. Memang aci tipu tahap tak ingatla kalau nak kata tak pernah terfikir langsung. Nak kata jenis memilih sangat entahlah. Rasanya macam taklah sangat. Bukannya ada senarai berkajang yang bertulis ciri-ciri isteri yang nak pun.
Tapi apabila meneliti diri, meneliti bahawa perkahwinan itu bukan hanya atas cinta, namun tanggungjawab juga hadir sama, persoalan-persoalan tentang perkahwinan hadir dalam benak fikir. Sanggupkah aku memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami/isteri dan bapa/ibu sekarang? Kalau belum bersedia, biarlah dulu urusan perkahwinan ini. Buatlah persediaan dahulu, sebelum ke tahap perkahwinan.
Untuk menempuh gerbang perkahwinan, bukan hanya cinta dan duit yang menjadi tumpuan utama. Ilmu juga sama pentingnya. Lengkapkanlah diri dengan ilmu sedikit-sebanyak tentang ilmu-ilmu rumahtangga, sebelum memberikan lampu hijau untuk diri mencari teman hidup. Saya amat memuji usaha seorang kawan saya yang membuat persediaan yang lama sebelum berkahwin. 3 tahun saya rasa. Beliau banyak membaca buku-buku tentang perkahwinan dan juga berbincang dengan keluarga. Alhamdulillah, sekarang, mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama tidak lama lagi. Tidak sabar untuk melihat seorang lagi bayi yang akan mewarnai batch kami.
Nah, terserah. Perkahwinan yang hanya menimbang faktor cinta tanpa menghiraukan aspek keluarga, tanggungjawab, peranan hanyalah mengundang padah. Semoga kita tidak terbawa-bawa dengan keadaan persekitaran yang ghairah mencari pasangan hidup tanpa berfikir panjang. Tersentuh saya apabila menonton drama Pesantren Cinta (cerita yang sarat dengan unsur tazkirah dalam dialognya), mak Katie berkata:
p/s: Macammanalah, tertulis pula tajuk ini. =)


17 comments:
ohh... solah, mesti ko br je dirisik... :P Hehe
Tula, ko patut baca buku ni cepat2... "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul"
Tiada cinta sesama pasangan sebelum kahwin
Cinta Allah & Rasul sahaja mendapat tempat
aku faham perasaan ko Solah...
xpe, akan dipermudahkan-Nya.....
cepatkan jela.,,
haha, tunggu apa lagi solah. rumah dah ada, keta dah ada, duit banyak... tunggu ada isteri je sorang lg.. haha
betol2..kawen je lah..kata kat mak kat kampung ada je yg masuk meminang terus on..haha..
to syahrir
dirisik? tak sampaila tahap tu, baru tahap bertanya-tanya..semalam kena lagi..sorang je, bila nak berdua?..aduhai
tula, nak pinjam drpd hg la ni...tautan kasih dah baca..siap ada orang pinjam tak pulang-pulang huhu
to judin
terima kasih kerana memahami..buku why mars n venus collide? pinjam nooo
to faris
selamat datang..exchange link yuk...rahsia kita tu still rahsia..huhu
to min
bab penambah perisa bagi ko mu la...rumah aku tu banyak nak kena baiki..poning den...ni, awat buat pakatan kaboom shoutbox nih...takpela, berseri sikit,hehe
to hendy
tunggu terus maju sponsor perkahwinan aku...huhu
xyah la bajet hot solah,
biase saje sume tu. wakakakaka
to anonymous
xla bajet hot...cuma coolio...
hang hot ke?
patutla hang slalu duk sakan sembang ngan hafiz, hang nak blaja cara membina kuarga bahagaia ka?haha.. baguih2..
Pak su da nak kawen ke???waaaaa alhamdulillah....boleh konvoi ke perak! yeay!
to wadi
sembang bab lainla dengan hafiz...business2x..kata sekelas entrepreneur. wadi jom pi kursus usahawan nanti tahun depan..best wooo..makan 6kali sehari...duk hotel..
to shifaa
mana ada, baca ke tak shifaa ni...huhu
hehehe eleh mak su wat2 tanye lak.. ntah2 maksu hahaha
Em tol tu solah.. aku pon da naek stres gak dok kne tanye nih.. Minggu depan ni bermaksud aku srg je x kawen lg antare kazen2 yg sebaye.. Tp x pela.. Ade la tu nnt hehe :P
waduh2 x sangke tol syahrir bc gak buku2 gtu ek haha
kanapa pelik?
lain org; lain pemahamannya
amik contoh salah satu artikel dari saifulislam.com
ada org silap faham...
kata artikel kat situ mengHALALkan COUPLE
padahal ustaz hasrizal maksudkan lain
Sama gak dgn buku ni...
Setelah mambacanya terasa lebih cinta kepada Allah & Rasul =)
huhuhu...nak tertanggal rahang yer bila org tanya...hehehe
lek ar sol..pengalaman hidup..berharga tuh..bukan sume org merasa..only the chosen one jer...
to moonie...
tak salah pun..cuma orang yang banyak dosa macam aku, ada juga yang berkenan...
benda biasa kalo ditanya bab2 kawin dlm umo area2 20 cmtu... senang cita, jwb ja tak lama lg... soalan lanjut, suh ja tunggu... lama2 cnfirm diam la mulut2 yg rajin dok bertanya tu...
p/s: setahun, 2 thn, 10 thn pn kira tak lama... so tak da unsur2 penipuan... wish u all da best... w.pn tak kenal.. tiba2 tertarik nk mengkomen kat sini... kebetulan baru lepas baca buku "pemilik cintaku setelah Allah dan rasul" hari ni...
Post a Comment