19.6.09

Berdiskokah Aku Tahun ini?


Sekali lagi saya dijemput untuk menghadiri training daripada UEM Group bermula Ahad ini. Mana taknya, biasiswa yang memudahkan hidup saya sedikit sebanyak ini datang daripada UEM. Atau secara spesifiknya Renong Group Scholarship Trust Fund. Makanya wajib dong, menghadiri kursus-kursus ini.

Ini kali kedua berkursus sepanjang 3 tahun ini. Tahun lepas, kami berkursus di Asia Works. Kat sinilah mata aku terbuka sedikit macammana kehidupan sosial kebanyakan golongan profesional. Sampaikan, sebelum aktiviti bermula, dewan latihan bertukar menjadi suasana kelab disko yang menyakitkan mata memandang. Fasilitator yang ada di antara mereka beragama Islam, menarik kami untuk turut sama menari mengikut rentak Its My Life. Memanglah its my life, but then live your life, love your life. If you love your life, please behave.

Your life in this world is for hereafter. Akhirnya, semasa report selepas program, aku menyatakan hasrat bahawa, training selepas ini sepatutnya, lebih membina, bukan menghancurkan. Alhamdulillah, setelah mendengar bahawa junior-junior kami akan di hantar ke ESQ kelolaan anak didik Aa Gym, lega rasanya. AsiaWorks pada pendapat saya, hanya membazirkan wang. Program 4 hari, bayaran RM2ooo++. Dahla makanan pun tak disediakan. ESQ yang RM700 itu terang lagi bersuluh lebih bermanfaat.

Dah junior ke ESQ, senior-senior akan ke Outreach Programme di perkampungan orang asli. Congakannya, di Cameron Highland. Harap-harap tak perlulah berjalan di bawah terik mentari seperti di Pos Pantos. Moga-moga tiadalah benda-benda pelik yang akan ada dalam aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung bermula Ahad sehingga Selasa ini. Sekarang ini pun, saya masih teragak-agak untuk memberikan kerjasama penuh atau menjadi mata-mata sahaja.

1 comments:

Amin Mansor on June 21, 2009 at 9:13 AM said... [Reply to comment]

dpt biasiswa UEM rupanyer.... baru tau.ehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template