Baru-baru ini, kerajaan Indonesia membekukan penghantaran pembantu-pembantu rumah dari Indonesia susulan pencabulan hak asasi manusia seorang pembantu rumah warga negaranya. Sekarang, Kementerian Sumber Manusia dan NGO-NGO berkaitan, mencari jalan alternatif untuk men'compensate' permintaan rakyat negara ini terhadap pembantu rumah.
Pada pendapat saya, pembantu rumah ini seharusnya dijadikan satu profesion yang jangan dipandang rendah. Lihatlah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain, pembantu rumah, merupakan satu profesion yang professional. Masalahnya, adakah pembantu-pembantu rumah mendapat latihan yang diperlukan untuk menjadi pembantu rumah? Atau main tangkap muat sahaja? Sebenarnya, ramai yang mahu untuk menambah pendapatan. Contohnya, suri rumah dan golongan pelajar.
Dari segi latihan, NGO berkaitan sudah menyediakan program latihan untuk pembantu rumah. Tetapi, mampukah program latihan ini menarik minat para belia lepasan SPM misalnya, untuk memilih bekerja sebagai pembantu rumah? Dengan peluang pengajian yang terbuka luas selepas SPM, overseas, local universities, maktab, IKM, IKBN, Pusat Giat Mara dan pelbagai lagi sukar untuk para belia tampil ke hadapan untuk menjadi pembantu rumah.
Faktor utama ialah, persepsi dan gaji. Persepsi masyarakat kita memandang pembantu rumah itu suatu kerja yang rendah. Malah, ada yang memanggil profesion ini sebagai orang gaji, bibik? Dengan terma-terma sebegini sekilas pandang, kita tahu di mana tarafnya profesion ini.
Gaji perlu diperhalusi dengan bidang tugas pembantu rumah. Ada pembantu rumah yang separuh masa, sepenuh masa, menjaga orang tua, menjaga anak-anak dan sebagainya. Scheme of works perlu dihitamputihkan beserta gaji. Malah, EPF juga perlu diambil kira. Apabila ada law sebegini, golongan majikan dan pembantu rumah merasakan adanya 'defensive mechanism'.
Namun, setelah kita menerobos sempadan waktu ke beberapa tahun yang lalu, ada benarnya saranan kerajaan untuk setiap syarikat mewujudkan taska dan nurseri di tempat kerja.
Mungkin tajuk ini agak matang untuk dibicarakan, namun, percaya atau tidak, pembantu rumah merupakan satu profesion yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam era informasi di hujung jari ini.
p/s: teringat kata seorang kawan saya yang cita-citanya mahu menjadi Domestic Engineer. Itu bermaksud, suri rumah sepenuh masa.

9 comments:
ntahla...aku rase isu ni sebnanyer xseharumya timbul...
sebnanyer kl dikotkan..tugassisuami la yg mencari rezki n is3 sebagai pengurus umah tangge..
kl kite tgk...isu ni timbul sebab mase sekarang membutohkan si is3 untuk bekerje...pade aku..kl gaji si suami da ckop untuk idop..xperlulah is3 bekerje..sbb anak di umah bkannyer memerlukan kasih syg n pengurusan bibik..tp ibunya...
mayb org ckp..watpe pompuan blaja tggi2 kl takat nak dok umahje...jwnpnyer anak2 pon memerlukan didikan..rasenyer xsalah kl seorg is3 yg berijazah menjadi suri rumah sepenoh mase
=( knape perempuan je yang leh jadi pembantu rumah? ape lebihnye perempuan dari lelaki.. aku setuju kalau kita tukar persepsi sesetengah orang yang tugas pembantu rumah adalah 'low class ' dan hanya utk orang2 'pompuan' yang x berpelajaran tinggi...
tp x rmai yg nk jadi org gaji..
atau dgn bahasa yg lebih halus..
pembantu rumah..
ape yg lbey pompuan dari lelaki??
kasih sayang n pengorbanan kot...
erm..berkenaan tukar name pon sebnanyer same jgak....perompak=pencuri=pengambil barg tanpa izin
pendatang asing=pendatang haram=pendatang tanpa izin
persepsi ttp xmmp nak diubah...
terima kasih atas komen sume...pada pendapat saya, tugas pembantu rumah perlu kerana kebanyakan suami dan isteri bekerja sekarang..si suami tak mampu untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga, tanpa bantuan isteri.
benar juga, isteri diperlukan untuk mendidik anak2..takut nanti salah asuhan yang diberikan kepada anak-anak oleh pembantu rumah
to hanan...ramai sebenarnya, namun..itulah, jika ada hitamputih, gaji, COLA, EPF...latihan..sekarang pun, tugas cleaning house dah jadi satu profesion yang professional kat bandar2x besar...
sekadar tumpang lalu dan bg pendapat:
aku rase, utk mengatasi masalah ni, xpayah la amek org gaji sepenuh masa.. byk masalah.. termasuk ganggu privacy keluarga.. tak kire aurat lagi (bagi yg jaga, bagus la..).. jenayah lagi.. keselamatn anak2.. bayangkan org gaji duduk dlm umah.. pegang kunci umah time kite xde.. bile2 mase boleh bukak kasik member2 dia masuk.. masalah lain-penyakit berjangkit..
bagi aku, paling mudah, amek pembantu rumah yg uruskan kerje2 rumah seminggu sekali.. contohnya dtg hari ahad.. bersihkan rumah... basuh bilik air, mop lantai, vakum karpet, bersihkan sawang dan sebagainya... then balik... xpayah stay kt umah.. xpayah susah2 nk siapkan bilik utk dia.. kite plak, kalau xkerje hari ahad, boleh pantau2 ape yg dia buat.. so keselamatan keluarga dan mutu kerja terjamin..
to awis...
satu pendapat yang rasional....betul2
wat gotong royong 1 family pon bagus jgak...kan2??duit pon x abis..
betul gak...boleh eratkan ikatan kekeluargaan...
Post a Comment