Alhamdulillah berpeluang juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang diadakan di PWTC. Tema tahun ini begitu signifikan iaitu Lakaran Masa Depan. Berlegar dalam kepala pelbagai judul buku untuk dibeli. Akibat kesuntukan masa, kerana mula ke Pesta Buku selepas asar, derap kaki diatur terus ke booth-booth yang menjual buku-buku idaman. Tidak sempat untuk menjenguk keseluruhan exhibitors yang mengambil bahagian. Kalau nak menyinggah, kena 5-6 jamlah jawabnya. Banyak aktiviti-aktiviti sampingan yang berlangsung, antaranya, bengkel komik, persembahan daripada artis-artis seperti Rabbani dan lain-lain. Malah, inilah masanya ulat-ulat buku untuk bersua muka dengan penulis-penulis buku yang tersohor dan tidak kurang juga yang sedang mencipta nama. Saya berkesempatan bergambar dan mengambil autograf saudara Azizi Ali dan Imaen.
Imaen merupakan penulis novel Gurindam Jiwa, Bohemian dan yang terbaru Sigaraning. Apa itu Sigaraning? Sigaraning nyawa merupakan Bahasa halus Jawa yang bermaksud belahan jiwa. Jika dicari makna Sigaraning di dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Terbitan DBP Brunei) dan Kamus Dewan (DBP) maka anda pasti tidak akan menjumpainya. Ini kerana, Sigaraning merupakan bahasa Jawa halus.
Untuk pengetahuan anda, bahasa Jawa ada beberapa tingkat hierarkinya. Dalam bahasa Jawa, terdapat 5 ke 6 tingkat bahasa yang dituturkan secara berlainan untuk individu yang berbeza dalam status yang tidak sama dalam masyarakat itu. Malah, ada pengkaji yang mengatakan bahasa Jawa merupakan bahasa yang rumit.
Sebelum ini, saya hanya membaca karya Hlovate namun, setelah bersua muka dan berbicara sebentar bersama Imaen saya tertarik untuk membaca novelnya.
Antara buku-buku yang telah saya beli ialah:
- Azizi Ali (How to become a Millionaire Landlord)
- Azizi Ali (Ganda Wang Anda)
- Imaen (Sigaraning)
- Hlovate (Rooftop Rant)
- Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir (Ke Mana Wang Anda?)
- Hasrizal Abdul Jamil (Bercinta Sampai ke Syurga, Aku Terima Nikahnya 2)
- Hasrizal Abdul Jamil (Rindu Bau Pohon Tin)
- Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Tuan Guru, Nik Abdul Aziz (Bidadari dari Timur)
- Wan Ji Wan Husin (Belajar dari Para Wali)
- UZAR (Formula Solat Sempurna)
Apabila dah pergi sendiri ke pesta buku ini, saya dapat mengamati beberapa tips untuk anda sebelum bertandang ke sini.
- Senaraikan buku-buku yang ingin anda cari dan penerbitnya.
- Bawa wang yang secukupnya.
- Lihat senarai exhibitors di ruang legar utama.
- Dapatkan bantuan pegawai-pegawai di kaunter informasi untuk mengetahui lokasi dewan-dewan pameran.
p/s: Baik, setakat ini sahaja. Mari beramai-ramai memeriahkan pesta buku kali ini buat melakar masa depan.


10 comments:
solah..kalo ko nk blaja jawe halus, ble blaja dgn bapak aku..bapak aku reti ckp..susah gle nk cari org pndai ckp jawe arini..apetah lg jawe halus..kat klas kite ade dua org yg pantes ngomong jowo-nali dgn jiha..aku tau ckp je tp intonasi x jawe langsung..siap kne gelak je dgn nenek aku..huhu
oh yeke ayah ko pandai cakap Jawa Halus? menarik betul...keturunan aku orang padang, bukit tinggi...tapi satu habuk pun aku tak pandai..ayah aku jela pandai.
eh solah aku reti cakap Jawa Kasar... huhu
solah to wadi
aah retorik...semua nak menjurus ke arah alam glamor..huhu
Hebat blog ini. Cuma bahasa Melayu tuje. hehehehe............
d rimba, saya tak faham kenapa dengan bahasa Melayu?
Mari ah nok blaja jawa kasooor gak..
haha banyok budok ni beli buku. sedak ah baco buku musim cuti ni..
haha ko yang selalu ajar kasor2x ni..tp jawa no. kelate yes.
sedap la sekarang baru habis 2, 8 more to go.
Solah menarik nye buku2 ko beli.. Nnt aku nk cr ga la buku2 tuh.. Em.. Next year br la nk gi ppesta bku tuh.. Dis year... x berkesempatan lak...
to haziah cum gg
sila2...nak pinjam pun tadak hal
Post a Comment