Sehingga hari ini tempahan proton Exora telah mencecah angka 2,500, suatu permulaan yang agak perlahan untuk Multi Purpose Van pertama kebangsaan. Tunjang permasalahan timbul kerana masalah kemelesetan ekonomi dan juga wujud kontroversi dari segi jual beli MPV nasional ini. Mungkin semua sudah sedia maklum tentang hukum tempahan Exora yang menimbulkan keraguan terutamanya dikalangan umat Islam di negara ini.
Dengan adanya unsur gharar sebegini, menurut pandangan Islam, hukum asalnya ialah haram.Ini kerana, adanya unsur gharar atau keraguan daripada segi bentuk, harga, tempoh serahan dan spesifikasi kenderaan berkenaan. Di dalam urusan jual beli Islam, pembelian sebegini ditermakan sebagai 'Istisna' iaitu pembelian suatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses pembuatan dan perkilangan.
Baiklah, kita tinggal dahulu kisah tadi. Nampaknya Proton Exora MPV pertama Malaysia dijangka akan dilancarkan pada hari Rabu ini. Pastinya, semua tertunggu-tunggu untuk menantikan detik bersejarah dalam lipatan sejarah automobil negara.
Berikut adalah sedikit info tentang Exora
Harga: (RM72,000-RM76000)
Seat: 7
Colour Variations: 5
Engine: Campro 1.6
Dengan harga yang kompetitif di dalam kelasnya, saya yakin dan percaya Proton Exora akan mendapat sambutan seperti mana kereta nasional pertama Proton Saga (A New Saga Begins)
p/s: Mulai Julai tahun ini Proton Exora akan di eksport ke Singapura, Indonesia dan Thailand.
Syabas Proton!
Penulis terasa macam nak beli MyVi SE je untuk first car...anda bagaimana?
Penulis terasa macam nak beli MyVi SE je untuk first car...anda bagaimana?


8 comments:
Owh..berharap ade wajah EXORA yg dipaparkan d sini..hehee
tp nmpk nye kne tunggu rabu ni ek sOlah??
beli la mane2 kereta yg mampu sOlah :)
tepuk dOmpet, tnye duit..hehee
Klu nak kata kereta idaman, mcm susah je nak buat pilihan...
Realitinya, dah kerja, dapat duit byk baru bole beli
Masa tu mgkn byk lg model yg berevolusi
Tp just nak state my choice at a glance; Nissan Grand Livina
Hahaha... angan2 je, terpandang sekali terus jatuh ke hati (anatomical reason la katakan :P)
walaupun ramai yg tak minat sgt dgn kereta ni sbb kecil dalam kelasnya
***
syahrir, solah tu takyah tunggu kerja pun, dah bleh bli kereta...haHA..
nway, myvi SE jugak ke? nak join AGS 94?
Grand Livina?..wow terus MPV ni syahrir. Anyway, selalu gak naik grand livina ni. Murah, ringan, agak jimat minyak...cuma takleh nak menandingi estima dan wish la. Lain rasa nya...
Wadi, tukarlah baju penyokong bola sepak kelantan tu...kontroversi sekarang ni...
eh knapa rasa tpanggil pula ni..gara2 wadi la ni..ha solah..apa lagi..idaman harus dijelmakan..haha..myvi se ok la dr produa. kalo dr proton neo cps or R3 , kalo honda, city la, kalo toyota, vios...kalo suzuki, swift..hehe
solah to aku...ala jad, ko tu mesti lepas grad tukar kereta pulak...tiap2 tahun tukar motor sebelum ni...lepas myvi ape pulak?
kasor2...
solah to aku
huhu
Post a Comment