7.5.09

Luahan Hasrat dan Rasa

Apabila dikenang kembali, saya menulis di blog secara suka-suka. 4 tahun yang lepas sehingga awal tahun ini saya menulis di friendster. Atas dorongan dan tunjuk ajar abang ipar saya abufaris, saya berkecimpung dalam blogspot. Itu pun, belajar dalam keadaan mata yang menghidap viral conjunctivitis. 2 minggu saya tak menghadiri kelas. Serba salah jadinya apabila berpapasan dengan pensyarah dan teman-teman. Mana taknya, saya tunduk malu untuk bertatap mata.

Ingat lagi, rakan-rakan awal yang aktif ber'blog' di matric seperti Azwadi, Hendy dan Fakhri. Di bloglah saya meluahkan rasa ketidakpuashatian saya, tempat perkongsian cerita suka duka, ceria dan lara. Saya meluahkan hampir segalanya, kerana saya tahu, blog saya tidak ramai pembacanya. Dahulu saya menggunakan bahasa pasar, tapi sekarang, atas nasihat teman, saya menggunakan bahasa Melayu penuh.

Blogspot ini jika dilihat, tulisan-tulisan saya lebih mementingkan informasi daripada bercakap lebat. Dan genrenya lebih kepada kewangan kerana saya amat meminati bidang kewangan walaupun masa tingkatan 3 dulu saya amat membenci topik akaun dalam Kemahiran Hidup. Jika ada 10 soalan tentang akaun, adalah satu dua yang betul. Huhu.

Saya menulis tentang kewangan kerana rasa tanggungjawab untuk berkongsi sedikit ilmu pengurusan kewangan dengan teman-teman dan para pembaca sekalian. Ilmu pengurusan kewangan penting kerana wang merupakan elemen penting untuk hidup. Kekurangan penekanan di dalam kurikulum sekolah dan universiti menyebabkan pengurusan wang tidak dilakukan secara pintar. Jika hendak membeli buku-bukunya, mahal juga. Makanya, saya mengambil inisiatif untuk berkongsi di sini.

Hendak menulis tentang ilmu agama, saya amat jahil dan masih mendidik diri untuk mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Saya hamba Allah yang lemah terutamanya dalam menjadi hamba Allah yang bersyukur. Teringat saya tentang Rasulullah yang sampai bengkak-bengkak kakinya beribadah sebagai simbolik bersyukur kepada Allah atas segala nikmat.

Saya sedar, saya tak sehebat teman-teman yang bisa menulis tazkirah, ibrah, mauizoh yang menyentuh seperti Muzani, Shahmin, Mujahidin, Dr. Radzi dan lain-lain. Sebab itulah, jika saya menulis sedikit tentang tarbiyyah, ada teman yang kurang senang, kerana kebanyakan manusia, melihat siapa yang mengucapkan sesuatu, daripada apa yang diucapkan.

Kepada para pembaca, terima kasih kerana tetap menyokong blog saya. Semoga di alam maya ini, kita dapat bertukar-tukar fikiran dan informasi. Tanpa ilmu dan amal kita lemah, jahil dan tidak ke mana. Sekian.

2 comments:

rijalnaif on May 11, 2009 at 11:43 PM said... [Reply to comment]

xpe solah...bagus la ko ada minat dalam pengurusan kewangan... myb skarang ramai membe2 masih blum nak tahu, tp smpai masanya, bila dah keje nanti pastilah semua akan singgah ke blog ni, menimba ilmu kewangan...

aku pun masih di takuk lama. cerita kehidupan seharian. nak tulis pasal agama, sikit-sikit je boleh la.. nak tulis pasal bend lain x minat pula..tapi takpelah.. harapnya blog kehidupan seharian pun dapat menjadi pedoman hidup...

Salahuddin Harith on May 12, 2009 at 9:31 AM said... [Reply to comment]

terima kasih wadi, kehidupan seharian juga ada pengajaran yang boleh diambil kira.

aku sedang diuji dengan ujian hebat sekarang, hanya dengan solat dan sabar aku menghadapi ujian ini.

alhamdulillah, ada juga yang berminat mahu berkongsi tentang pengurusan kewangan, sampai Prof Jalal jemput aku untuk jumpa dia sebab mahu berbincang tentang kewangan...

insya Allah aku ke sana 12 jun..dapatlah aku bertemu dengan sahabat2 aku yang aku rindui

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template