Mungkin semua pelabur tengah teruja untuk membeli unit-unit amanah kerana harga NAB (nilai aset bersih) dewasa ini sedang rendah daripada harga pembukaan. Namun, ada juga yang menanti harga terendah sebelum membeli unit-unit amanah ini. Pelbagai spekulasi dan ramalan dikeluarkan namun semua itu akan menjadi realiti jika sekiranya dengan izin Allah s.w.t. Sedikit selingan: insya Allah itu amat penting untuk dituturkan kerana kita sebagai hamba-Nya tidak pasti dengan segala aturan yang Allah buat untuk kita. Teringat saya kisah yang dicatatkan dalam surah al-Qalam dari ayat 17-34. Dalam ayat itu, diceritakan tuan-tuan punya kebun yang yakin tahap habisan akan tuai hasil tanaman mereka sehingga lupa kuasa Tuhan. Lupa menyebut insya Allah. Akhirnya, maha Kuasa Allah memusnahkan kebun mereka dengan sekelip mata saja.
Bersambung kembali: buat yang masih baru dalam unit amanah, izinkan saya untuk menerangkan unit amanah serba sedikit. Unit amanah ini merupakan pelaburan yang mengumpul wang daripada pelabur-pelabur (kita) untuk dilaburkan dalam pelbagai disiplin pelaburan seperti saham atau bon. Objektif utama sudah pasti untuk mengaut keuntungan. Terang lagi tak perlu disuluh. Namun, pesanan saya, piihlah produk unit amanah yang halal. Rezeki berkat, dunia akhirat sejahtera.Misal syarikat-syarikat unit amanah termasuklah Public Mutual, CIMB dan lain-lain. Namun, setelah lebih kurang 3 tahun berkecimpung dalam bidang unit amanah ini sebagai pelabur dan hampir-hampir menjadi Wealth Advisor, saya agak kecewa dengan pelaburan unit amanah ini.
Alasannya amat jelas kerana caj jualan amat tinggi iaitu lebih 5%. Contohnya, anda melabur RM1,000. Namun hanya RM950 sahaja yang benar-benar dilaburkan, manakala RM50 lagi ditolak sebagai caj jualan. Selepas itu, anda dikenakan pula caj tahunan sebanyak 1.5%. Nampaknya, anda telah ditembak dua kali, namun masih bernyawa.
Makanya, berfikirlah dahulu sebelum melabur dalam unit amanah. Buat mereka yang sukakan pelaburan jangka panjang, unit amanah merupakan pilihan yang bijak. Ringgit Cost Averaging (RCA) concept has to be applied here my dear to be a successful investor in trust fund. Jika hendak diterangkan di sini tentang (RCA), post kali ini akan panjang lebar jadinya. Secara mudah, melaburlah di unit amanah setiap bulan.
Solusi yang saya nampak di sini ialah ASB dan ASN. Ini kerana, kedua-dua dana ini halal seperti yang dipersetujui oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-80, kurang berisiko, pulangan yang tinggi, tiada caj jualan, caj tahunan yang rendah (0.35%) dan fleksibel.
Sampai bertemu lagi. Terima kasih kerana berkedip-kedip membaca.


5 comments:
solah oii...
jgn la berat sbela dlm utarakan pendapat.
walopon MFK kate harus, suruhanjaya sekuriti Msia (yg lebih berautoriti & pakar dlm hal2 saham ni di Msia) kata mereka x iktiraf kehalalan ASB/N tu.
sila buka http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/
aku pun tak faham sangat tentang asb and asn ni...sebab tu aku ragu2x tentang kehalalannya.
tapi the best produk untuk unit amanah memang benda ni pun.
cuma aku masih tak faham tentang isu ketidakhalalan ini. kalau MFK tak boleh pakai, orang Islam negara ni nak percaya kepada siapa lagi...sedih juga
salam...
ASB ni memang di akui oleh Mufti yang kita ni harus utk melabur dalam ASB.
Tapi masalah yang ketara sebab diorang takder syariah advisor jer utk pantau portfolio pelaburan diorang. Contohnya syariah advisor cam Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (IBFIM). Kalau diorang ada badan pemantau bebas nie, Insyallah takder lagi kes unit untuk bumiputera yang tak laku.
soalh....u are under my shoe..hahaha
jgn terpegaruh sgt dgn win tuh..hahaha..jgn mare ;p..
ni pndptaku la...mjlis mufti da buat keputusan, knaper kite nk mmpertikaikan lg...ye..kiter bole nk mmpertikaikan untk diri kite sndiri..tapi kalu nk hebahkan 'hasil penyelidikan' kite based on IT semater2..aku rase kurang 'comey' la..lainla kiter g jmpe sndiri mufti2 tu atau kiter kaji btul2 aper ASB or ASN tuh..masuk debate ke aper ker..ntahla..kadang2 aku terpikir jgk...saper kite nk lawan registered mufti2 tuh..even some of the originated from UMNO, dieorang ni still musfti....sory2..aku xsebelahi maner2 pihak...cme pndapt jerk..peace! ;)
saya rasa berkenaan dengan ASB n ASN ni terserah kepada kita lah nak ikut khilaf ulama yang mana.
Ada ulama yang membenarkan, ada yang menegah. Contoh pelaburan ASN n ASB dekat MAS. Kapal Terbang ni pun menjual arak.
Ulama memberikan contoh, kalau makan nasi, ditepinya ada babi, lalu tak makan? pastinya tidak bukan?
Yang penting, kita benar-benar faham sesuatu produk sebelum melabur di dalamnya. Setakat ni, saya masih ragu-ragu tentang ASB n ASN ni.
Post a Comment