8.4.09

Abah...Datang Lambat Dikit

Vroom Vroom Vroom
Tertera di macula bola mata, sebuah motor bersama penunggang lewat 30-an. Gayanya sedang menanti dengan sabar kepulangan anak yang tekun menuntut ilmu fardu ain di masjid selepas asar.

Vroom Vroom Vroom
Kelibat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh muncul jua. Berlari-lari anak dengan menggalas beg. Ya, beg. Yang isinya seakan tidak berisi. Ringan seringan berat si anak.

Vroom Vroom Vroom
Ayah datang lambat sikitlah lain kali. Nak solat...si anak menyusun kata dengan lembut.

Butiran kata tadi sedikit sebanyak mendetikkan bahawa anak-anak mampu memberikan tazkirah secara tidak langsung kepada orang dewasa. Anak-anak umpama kain putih yang bisa dicorakkan semahunya. Anak-anak sekarang, bukan lagi seperti zaman semasa saya kecil-kecil dahulu. Mereka terdedah dengan pelbagai informasi sama ada yang bisa menjadikan mereka soleh atau toleh.

Anak kecil tadi mengingatkan saya bahawa fitrah manusia itu memang inginkan kebaikan. Siapa yang ingin dibelenggu kejahatan hingga hujung nyawa? Terkadang kita tersadung, jatuh. Namun, jangan bersedih untuk memulakan nafas baru untuk meneruskan hidup. Setiap jatuhnya kita, pasti kita akan bangun suatu hari nanti. Yakinlah dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Tuhan yang menciptakan kita. Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu ini banyak dibelenggu dosa dan noda. Tuhan, mohon belas kasih Mu untuk menghadapi mehnah di dunia yang fana ini. Tuhan, tanpa-Mu kuresah gelisah. Dengan kasih-Mu kutenang biarpun badai melanda. Ya Allah mohon ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi segala cabaran dunia ini. Ya Allah ujilah aku dengan perkara yang bisa aku tanggung dan mohon belas kasihMu untuk tidak menguji aku dengan bebanan yang berat buatku. Ya Allah matikanlah aku dalam husnul khotimah. Ameen.

blogger-emoticon.blogspot.comsolaharith

1 comments:

hananhm on April 8, 2009 at 7:17 PM said... [Reply to comment]

sOlah..
menusuk hati pOst nie..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template