Pasti anda semua selalu memecahkan kelajuan (breakfast) di Pak Lah. Begitu juga dengan saya tadi. Pagi yang gelap, terang akhirnya pabila mentari mempamerkan wajah girang, perlahan-perlahan merangkak naik dari celah-celah bukit. Tenang, menaiki motor untuk melapik perut yang bergenre keroncong asli.


Sampai di depan kedai...perasaan hairan timbul. Eh, kenapa ada bekas-bekas simbahan cat di hadapan kedai sebelah Pak Lah ni? Tong-tong cat bergelimpangan di hadapan kedai. Perasaan inkuiri amat tinggi, lantas sambil makan double banjir, sambil berceloteh menambah input dengan pekerja kedai.

Rupa-rupanya, simbahan cat itu kerana bahana meminjam wang daripada Ah Long. Sebelum ini, gambar pengusaha butik berkenaan ditampal dengan tulisan penipu. Walaupun, komuniti begitu tahu tentang kemudaratan meminjam daripada Ah Long, namun, perkara sebegini masih kedengaran.
Ah Long meminjamkan wang dengan mudah kepada peminjam melalui prosedur yang kurang birokrasi. Itulah taktik yang menyebabkan ramai orang, terutamanya yang buntu dalam mendapatkan pinjaman daripada bank, mendapatkan khidmat pinjaman daripada Ah Long. Sayangilah keluarga anda, jangan pinjam daripada Ah Long. Dapatkan pinjaman daripada keluarga dan bank-bank. Hindari Ah Long, insyaAllah selamat.


7 comments:
bahaya tol
Oh ngerinya..sem ni x penah lg g makan kat paklah!! Ces3..Btw, ape yg special sgt pak lah tu ek solah?
solah untuk shamel
ngeri jugak. ada sorang bekas penjual burger ni, terpaksa tutup gerai nasi lemak dia awal, katanya takut ah long cari..ish macam2x
entahlah, mungkin d best n d cheapest roti canai kat IM kot...btw, pekerja2 pak lah dah kenal dengan solah...=)
aku pun makan kat paklah pagi tadi dan perkara pertama yang aku nampak once aku park ialah kedai yang kena simbah cat tu. pergh!
solah to szakif
selamat datang szakif...
pagi tadi beberapa pegawai polis datang kat paklah tu...taktau la makan ke atau pun, amik bahan bukti
waa. dahsyat.
garapan anda sangat menarik :)
happy exam ya!
solah to kak farah
eh kak farah...selamat datang..
thanks2x...soalan bocor takde ke?huhu
Post a Comment