Ayam yang termasuk dalam jenisan burung berkokok ria, sahut-sahutan menanti terbitnya mentari. Seperti satu klise tatkala matahari ingin muncul setiap pagi. Malam yang bermandikan nur sang purnama, bertukar dengan tenaga solar curahan sang mentari yang mampu menjana tenaga elektrik. Itu tandanya aku harus bangun bersiap untuk ke Mesyuarat Agung Koperasi Muslimin di sekolah menengah rendahku iaitu SIS di Ipoh. Ala, sekolah yang terletak bertentangan STAR, Ipoh tu. Spesifik lagi berjiran dengan Teknik Persiaran Brash.
Sebelum tiba waktu 9.00 menjengah, aku yang tiba awal, deras hati yang bergetar menginginkan langkah-langkahku meninggalkan jejak di sini. Membawa perwatakan seperti seorang bekas pelajar, aku mengabadikan gambar-gambar suasana sekolah yang sunyi tidak berpenghuni. Masakan tidak, Sultan Perak meraikan ulang tahun ke-81 keputeraan baginda. Makanya, warga sekolah dibenarkan bercuti untuk 3 hari.
Aku di sini selama 3 tahun, iaitu daripada F1 (bukan formula 1) sehingga F3. Setelah dikurniakan setitis kecerdikan di sini, aku ke sebuah sekolah di kabupaten Klang. Di sinilah proses pertarbiyyahan yang tersusun berlaku. Kami bangun subuh dikejut oleh senior-senior untuk solat, tapi, apabila ke masjid, batang hidung senior tadi mancungnya pun tidak nampak apatah lagi yang berhidung penyet. Bila ustaz Fahmi dan cikgu Faisal yang kejut, semua naik taraf jadi kadet polis. Kecut. Takut. Karang, tak pasal-pasal, kena bantai dek kayu. Setiap bulan kami berqiyamullail, biarpun bila sujud solat Tasbih tu lah yang paling nikmat untuk buat bunyi ala-ala lebah, Zzzzz.
Di masjid SIS lah banyak berlaku kecurian selipar. Sampai yang lawaknya, ada yang siap kunci selipar semata-semata tidak mahu hilang. Sampai satu tahap, dah tak tahan asyik hilang, bagai satu endemik, orang berjalan tidak pakai selipar. Rasa-rasanya, seminggu satu selipar la. Sadis betul.
Namun, SIS lah yang banyak mengajar aku tentang perkara-perkara tentang ibadah. Di SIS, kami wajib menghafal Ma'thurat, tahlil, di ajar menjadi imam, bilal, solat dengan cara betul, manjadi khotib dan lain-lain.
Gambar yang ada meja tu, tempatku semasa di F1. Gambar dataran ilmu tu tempat aku menjadi Master of Ceremony yang tidak digilai ramai. Semua mengeluh kerana banyak sangat arahan meluruskan barisan daripadaku. SIS terima kasih kerana memberi peluang mengutip mutiara tarbiyyah di bumi mu. Buat para murabbi, doakan husnul khotimah buat anak murid mu di dunia yang fana ini.












23 comments:
Sampai sekarang aku cuba memahami maksud "izzuddin" itu sendiri.
p/s: tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat...
to ilham nur..tul2x...terkesima aku tengok nama hang sebagai pelajar mithali 2003..pergh power a ko am..congrats
Kalaulah kalian tidak berpindah ke KISAS, mungkin catatan sejarahnya ti dak sebegitu, hehe.
yalah sangat siapa pun yang berpindah ke KISAS, bukan pelajar-pelajar hebat sahsiah macam hang, terkejut gak aku dengar hang masuk DQ...anyway live well or live hell we choose
hasil gagal vs hasil berjaya... huhu
betoi ke pengukuh tarbiyah??
ke perosak tarbiyah?
hahaha
tgk skrg cam x ter tarbiyah je..
tmbhan lg dgn riz yg hg puja2 tu
wakakaka
to anonymous betullah pengukuh tarbiyyah tapi tarbiyyah tu proses yang panjang bukan hanya di SIS. Islam tu addin. memang silap la Islam tu hanya kat solat n masjid saja.
Jangan cakap macam tu, ramai pendakwah-pendakwah dan menteri yang lahir daripada SIS. Dato' Zahid Hamidi, Ustaz Hasrizal...
Sering kita pandang negatif sedangkan yang positif belambak.
Riz tu dari kecil dah menyertai bintang kecil. Di SIS pun, takde pula ajar bintang-bintang kecil ni. Dah keluar, pedoman dah ada, terserah buat kita untuk istiqamah atau futur
to wadi
tak kisah la nak label produk barjaya or gagal...yang penting pandangan Allah terhadap kita, pandangan manusia belakang kira. insyaAllah, kalau kita bertaqwa Allah pasti memudahkan urusan kita di dunia
ak xde plak ckp Islam tu cume di Solat & Masjid saje.
xyah la nk jadikan alasan Ust2 yg lahir dr skolah tu, Ust skolah St John pon ble lahirkan.
cume kat cni nk stress yg tjuk ni x seswai la dgn diri hg skang.
mgkin hg ptut ltak "SIS-tarbiah yg sudah berlalu" ke, xpun "SIS-tarbiyah yg aku tggalkan"
bau jelas sket,hahaha
to azwin, tak kut...sesuai je sebenarnya...sebelum masuk SIS tarbiyyah dah pun dibuat oleh ayahanda dan ibunda.
bila masuk SIS, diperkukuh tarbiyyah, ada faham?
jadi tajuk tu memang sesuai...
salam..ang g k perumpaan koperasi tu solah??ya Allah,ruginya xdpt jumpa..aku,azim,mior fazlan pun turun masa tu..err,kenal lagi k ang ngn kitaorg??
wslm..haah pi..tahun lepas pun aku pi jugak...aku kenai azim dan mior..aku tu sape? huhu..
tinggai la nama..huhu
dayat r..knl x??santapan diraja nnt g x?
sape yg kurang ajr pandai2 nk kutuk izzudin ni?masuk tgk 2-3 hari baru la nk komen,xtau pape jgn bnyak nk komen plak.bapak yg soleh xsemestinye menghasilkan anak yg soleh,semua atas hidayah Allah dan diri sendiri,yg lain cume tambah.
Assamualaikum solah..i found your lovely when i really want to find the true story about deris (riz)..i just can't imagine that he can join that kind of competition (same like Aliffadli). I also like to sing but what song should we sing is the issue and what kind of "society" we mingle should be questioned...Izzuddin shah really made me human. I strongly agree with the title of your post.
Azalan Bayu Zakaria (bro-bayu.blogspot.com)
Desaru
sorry...it is supposed to be lovely blog..dont get me wrong.heheheh
azalan bayu Zakaria
ya Allah entri ni dah lama, tapi ramai yang lawat n komen rupanya..asif..tak perasan..
bang bayu kita pun ada..ada blog lagi insyaAllah saya letakkan link
Tengok Yuzi dan Hakim semangat lantang memperjuangkan SIS, mantop
Kalau google Sekolah Izzuddin Shah, entri ni dalam page 5, no wonderlah...
sebab banyak gambar...=)
Assalamualaikum
when i see all faces of my junior izzuddinians, it makes me crying...you are growing up and become a great person. I still recognise some but not all.hehe.sorry about that. for my brothers who used to be my roommate when we were prefect in "Blok Baru"(solah, khalis, raden and hakim), i hope i can meet you one day or before i die. its my great pleasure to meet all of you. well, salahuddin, can you tell me more about them, have they married or not, which varsity they are studying, and the most important thing is, "are they in the pink of health ?"
wassalam
waalaikumussalam
it is my pleasure to meet u at kuantan...sorry to say, that i lost contact with them...i just know their updates (if any) through facebook...khalis is in relationship i thing..haha...insyaAllah they are in a good health...i dont hear anything bad from ex-Izzuddinians about those 3=)..
Hu3, Rindunya....
Dok nampak Riz je, yg juara imam muda ko tk nampak...jgn nampak yg negative je, yg positif tk nampak. jgn jd melayu jumud.
reply to :Anonymous said...
betoi ke pengukuh tarbiyah??
ke perosak tarbiyah?
hahaha
tgk skrg cam x ter tarbiyah je..
tmbhan lg dgn riz yg hg puja2 tu
wakakaka
Post a Comment