16.4.09

Biar Jasad Berpisah, Kasih Tetap Berpaut

Assalamualaikum...kudoakan agar semuanya sihat sejahtera menghadapi hari-hari dengan segar-bugar.

Semalam, alhamdulillah di ambang Proton Edar sibuk-sibuk menerima kedatangan Exora, kami serumah, menaiki 2 kereta model Proton ke Santai. Ini merupakan jamuan terakhir, sebelum kami berpisah buat sementara selama 3 bulan. Selepas ini, rumah banglo 2 tingkat ini tidak lagi dihuni oleh kami. Syura memutuskan untuk berpindah ke mahallah UIAM. Taufik akan meneduh kasih saudara mara sebelum menjadi ibarat sirih pulang ke gagang.

Mungkin ramai yang belum mengetahui, sudah 'confirm' budak-budak final year yang duduk di Mahallah Talhah 2 sekarang, akan berpindah ke Mahallah dalam atau spesifik lagi, di T2. Kat mana?Ala, yang sebelah jalan tu. Seronoknya korangkan? Yang dari luar, nak masuk ke dalam mahallah, kena tunggu selepas proses registerasi pelajar-pelajar berlangsung. Tidak tahu lagi ke mana anda dicampakkan. Moga-moga dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke tanah menjadi benih subur mencambah tunas. Sehingga sekarang, 60 orang pelajar memohon untuk kembali setia bersama mahallah. Mungkin sifat berpaling tadah ini menyebabkan, orang yang setia akan didahulukan. Just kidding =)

Tadi, sempat juga bermain DOTA setelah lama bersara. Nak dekat 1 tahun tak main sama-sama. Sampai ke Kuantan Parade cari Cyber Cafe semata-mata nak main DOTA pagi-pagi. Ai, tak sabar nak masuk mahallah balik, boleh main DOTA. Geng-geng DOTA cam Gunjai, Johan, Ali dan Jus, korang kena latih elok-elok mana tahu tahun depan ada DOTA Tournament boleh kita join. Yang suka curi-curi bunuh tu, dinasihatkan jangan amalkan sangat. Tak molek.

Baiklah, setakat tu sahaja. Dah bosan tahap gaban dah ni. Petang tak tahu nak buat apa. Nak layan PSP pun, asyik tak lepas main NFS ni. 



7 comments:

Amin Mansor on April 16, 2009 at 2:39 PM said... [Reply to comment]

agak2 yg dari luar nk masuk dlm dpt tak ye?harap2 tidak dicampak ke pulau yang jauh dari tanah semenanjung.

Salahuddin Harith on April 16, 2009 at 2:58 PM said... [Reply to comment]

tak confirm. nasib ditentukan selepas pelajar baru masuk. mahallah talhah 2 bakal diisi pelajar tahun satu.

rijalnaif on April 17, 2009 at 12:25 AM said... [Reply to comment]

terima kasih solah untuk santai.. jasamu dikenang.. rumah im2 tu bakal jadi kenangan. baik ambik gambar dulu b4 blah...huhu

ateeqa Y. on April 17, 2009 at 9:47 AM said... [Reply to comment]

ermmm..

kenapa..

mood entry ni macam syahdu je..huhu..


huhmm...lama kan cuti 3 bulan...

Salahuddin Harith on April 17, 2009 at 10:42 AM said... [Reply to comment]

solah to azwadali eh..azwadi
taknak la...aku tak suka bergambar..huhu...ok, insyaAllah...beritahu moja la...sama-sama lah korang semua baik...buat baik di balas baik

solah to ateeqa
syahdu sebab nak berpisah tapi mesti teringat juga kat kawan-kawan. Yela kehidupan kita bukan sehari dua kat UIA ni, bertahun-tahun.

ateeqa Y. on April 17, 2009 at 12:53 PM said... [Reply to comment]

setuju..

even kadang2 TERgaduh...
TERlukakan hati kawan...

bila dah takde kat sebelahh..mesti igt jugak :)

Salahuddin Harith on April 17, 2009 at 3:57 PM said... [Reply to comment]

solah to ateeqa
betul...betul...betul (gaya upin dan ipin)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template