23.3.09

Noktah ini.Tunggu Sekejap...

Kehidupan penuh dengan warna-warni. Ada suka dan tidak kurang juga duka yang datang menjelma. Begitulah kehidupan. Jika anda pembaca setia blog ini (sekalung bunga penghargaan), sudah lama nukilan minda, luahan rasa tidak tertulis di blog buat tancapan mata pembaca sekalian. 1 minggu yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang mengajar banyak ilmu pengetahuan. Sebenarnya informasi dan ilmu itu merupakan 2 perkara yang berbeda.

Seperti kata-kata Slawson and associates: "Information is not knowledge, knowledge comes from the interpretation of information. While we are constantly bombarded with data and information, what we want is knowledge and wisdom, i.e., the ability to understand and apply the facts."

Minggu lepas bertandang ke PUSPEN Bachok @ lebih dikenali dengan Pusat Serenti Bachok untuk menyelami perasaan dan kehidupan pelatih-pelatih di sana. Ranjau kehidupan mereka yang penuh liku menyedarkan kita bahawa dunia tidak diisi oleh golongan yang tertentu sahaja. Masyarakat memerlukan kita. Apalah erti hidup jika tidak memberi. Bukankah tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah?

Seterusnya ke aktiviti Managing A Stall. Membuka sebuah gerai yang sekadar cukup syarat.Hanya, semata-mata untuk lulus Subjek Entrepreneurship. Alhamdulillah, segala taktik perniagaan yang ada berjaya dipraktikkan untuk memudahkan kerja berniaga dan hasilnya dapatlah untung RM59.30 seorang (semua 5 orang usahawan muda) dengan modal RM1145.85. Salah satu taktiknya ialah membaca ayat 1000 dinar. Secara hakikat, membuka gerai adalah satu cara terbaik untuk mendedahkan kita tentang pengurusan peniagaan. Pengurusan kewangan (debit dan kredit), promosi, marketing, selling dan analisis semua itu elemen perniagaan yang penting.

Serentak dengan itu, pertandingan volleyball juga berlangsung bersama perlawanan tenis, netball dan futsal. Alhamdulillah emas berjaya digondol untuk volleyball. Harga sebuah kemenangan dibayar dengan kecederaan dilutut dan sunburn (mana taknya, main di bawah blazing sun, pukul 12 tengah hari).

Keesokannya melawat kilang perusahaan keropok lekor (Permatang Badak) dan Batik Village (Balok). Mendengar perkongsian ilmu daripada mereka memantapkan lagi informasi tentang selok-belok perniagaan. Antaranya, beza keropok lekor Terengganu dan Pahang. Di Terengganu, keropok lekornya diperbuat daripada 100% isi ikan manakala di Pahang isi dan tulang ikan digunakan. Kerana itulah kesedapan dan populariti Keropok Lekor Losong lebih tersohor. Sudah menjadi kemestian, harga keropok lekor Pahang lebih murah daripada keropok lekor Terengganu.
Di Batik Village kami diajar proses-proses dalam pembuatan batik. Sebenarnya, ini kali ke-2 saya ke situ, makanya saya kurang berminat untuk mendengar informasi yang sama. =)

Selepas ini noktah terpaksa diletak buat sementara untuk memberi laluan kepada peperangan ke-12 semenjak berkecimpung dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Makanya terimalah NOKTAH dariku buat sementara. Tunggu sekejap, jangan melupakan blog ini. Datanglah kembali nanti.


2 comments:

Ezehelm on April 2, 2009 at 6:49 PM said... [Reply to comment]

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, dapat RM 59+. Aku dapat RM 17 je ^_^ Tapi korang punya modal banyak betul yek...

Lain kali nak jual nasi ayam jugak. Tapi aku terbayang unagi je ni =a

Salahuddin Harith on April 3, 2009 at 9:44 PM said... [Reply to comment]

Waalaikumussalam...
kurang2 dapat untung...tak rugi

huhu unagi ye...aku terbayang bento

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template