8.3.09

Nak Simpan di Mana ya?

Assalamualaikum dan zao an. Hari ini terdetik untuk menulis tentang simpanan dan pelaburan. Sebelum nak membuat pelaburan, mestilah dimulakan dengan simpanan dahulu. Pertama-tama sekali, simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada income anda. Jika 20-30% lagi bagus. Menyimpan memerlukan disiplin yang kuat. Untuk memastikan anda patuh kepada undang-undang kendiri, lakukan potongan tetap melalui arahan bank. Ada bank yang mengambil caj yang amat sedikit. Contohnya, Bank Islam mengenakan caj RM20 untuk arahan bank sekali seumur hidup. Justeru, wang anda akan auto-debit ke dalam akaun simpanan anda. Pastikan juga anda menyimpan sedikit untuk digunakan semasa kecemasan. Makanya, anda ada 2 akaun. Satu untuk simpanan dan satu untuk kecemasan.

Selepas anda menyimpan secukupnya, anda bisa sahaja memasukkan wang simpanan anda ke dalam fixed deposit account. Mudah bukan? Fixed deposit account menjanjikan pulangan yang lebih daripada saving account.

Mesti ada yang sedar, kadar inflasi bakal mengikis keuntungan yang kita peroleh daripada simpanan kita tadi. Makanya, pelaburan adalah satu jalan keluar yang bijak. Sebelum melabur, pastikan kesahihan jenis pelaburan yang kita hendak taburkan duit kita. Jangan main tangkap muat sahaja. Nanti menangis tak berlagu. Ada 3 jenis pelabur. Low risk investors ialah mereka yang melabur dalam bond dan fixed deposit. Medium investors ialah mereka yang melabur dalam unit trust. Contoh yang tidak asing lagi ialah Public Mutual. Aggressive investors ialah mereka yang terus melabur dalam stock market. Anda di golongan yang mana?

Pastikan anda membuat 'research' anda sendiri tentang pelaburan yang anda mahu laburkan duit anda. Dapatkan khidmat nasihat orang yang benar-benar ahli di dalam pelaburan tersebut. Dan yang paling penting, pastikan pelaburan dan simpanan anda selaras dengan Syariah Islam. Kerana, setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka Jahannamlah yang layak baginya.

Wassalam, zai jian.


2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

solah, tak yah simpan tak pe. kalo duit ko banyak sangat ke trlebih ke, bagi aku pun ok jugak... haha

Anonymous said... [Reply to comment]

ah, tak ingat nak tinggal nama,.. shahmin

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template