10.3.09

Tersungkur buat Kesekian Kalinya



Hari Ahad yang tenang dan senang. Maklumlah, Isnin keesokannya masih bercuti menyambut Maulidur Rasul. Satu transformasi sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka. Teknik penceritaan keagungan perjuangan Rasulullah melalui Sabri Yunus dan Ebby Yus begitu menarik untuk ditonton. Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad. Waa'la alihi Wasohbihi Wasallim. Semoga sambutan tersebut bukan dilakukan sebagai suatu adat, tetapi legasi Muhammad Khatimul Anbiya tersemat di hati.

Malam Ahad menantikan detik bersejarah Dato' Lee Chong Wei merangkul kejohanan all-England buat kali pertama. Namun, musuh ketatnya, jangan dipandang enteng. Rekod pertemuan 10-3 berpihak kepada juara 3 kali all-England Lin Dan ke atas Chong Wei cukup menggoyah keyakinanku. Permulaan perlawanan tampak iras wajah tertekan Dato' dalam meminimakan kesalahan. Hasilnya cukup lumayan kerana Dato' sedar bukan mudah mengutip mata daripada Lin Dan. Kebanyakan mata yang diperoleh Dato' hasil daripada kesilapan Lin Dan. Yang menggusarkan penulis, Lin Dan masih tenang dan belum mengeluarkan jurus-jurus smash yang tak terjangkau dek lawan. Ternyata, luka lama kekalahan di Beijing masih belum dibebat kemas. Dato' tewas lagi pada set 1.




Set ke-2 Lin Dan mula mengeluarkan jutsu smashnya. Malah, permainan jaring beliau melebihi apa yang mampu dibuat oleh Dato' sendiri. Akhirnya, rekod kemenangan Lin Dan ke atas Chong Wei bertambah satu lagi menjadi 11. Dato' masih buntu untuk menyaingi Lin Dan. Namun, perlawanan malam itu memang berprofil tinggi. Pujian buat Dato' kerana menunjukkan persembahan yang lebih baik dari Olimpik Beijing. Nampaknya 2 Dato' tewas minggu lepas. Dato' Nicol juga tewas di Berjaya Times Square. Apapun. mereka telah memberikan yang terbaik buat negara. Dato' Nicol dan Dato' Chong Wei sudah banyak berusaha untuk sampai ke tahap ini. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

biasa la tu. tak selamanya kita di atas... masa tertentu kita di atas, kadang2 kita di bawah. lumrah hidup..
- shahmin

rijalnaif on March 11, 2009 at 4:00 PM said... [Reply to comment]

sebenarnya, 4 kali chong wei menang ke atas lin dan.... apa boleh buat..

ingat ke ada resipi baru misbun buat anak didik tercinta, namun tetap terpaksa akur dengan ketangkasan lin dan kerana sedikit peningkatan chong wei tidak mampu menangkis lin dan yang ternyata terlalu handal..

Lin Dan main sangat pantas, bila dia jatuh dia cepat-cepat bingkas bangun, bila bola tinggi sikit dia cepat matikan, dan paling best dia suka smash dan kebanyakan smash dia cukup menjadi dengan kelajuan 250kmh dan ke atas..hebat kan?

aku sangat berharap chong wei dapat kalahkan lin dan sepertimana di terbuka malaysia ketika di set penentuan chong wei ketinggalan 13-20 namun mampu mengejar dan merangkul kejuaraan.. sungguh nostalgik dan sentimental saat itu... huhu, macam karang satu post aku tulis komen ni.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template