12.3.09

Terkadang Dunia Tidak Adil


Seusai bersauna di dalam bas selama 2 jam perjalanan dari Temerloh ke Kuantan, perbaringan merupakan tempat ideal bagi melepaskan lelah. Biarpun penat, hati sedikit lega kerana posting di hospital sudah tamat semester ini. Tetapi, dunia terkadang tidak adil. Kumpulan posting kali ini selalu dirundung malang.

Posting 1: Therapeutic Drugs Monitoring. Balik pukul 4pm. Sedangkan kumpulan lain pulang sebelum Zohor. Nasib baik rojak Cenderawasih membuahkan sedikit kelegaan. Perbincangan di gerai Rojak hari itu boleh banyak update cerita-cerita baru. Kalau ada Continuous Professional Development Point, boleh dapat 2 points ni. =)

Posting 2: Total Parenteral Nutrition. Dikepalai oleh Miss Beh. Habis pukul 4pm. Berkumpul dalam bilik yang tidak kondusif untuk suasana pembelajaran. Memang noise to signal ratio tinggi tahap giga. Sampai Miss Beh pun tegur, penat dah ke? Memang penat, mental macam kena hempap batu besar. Budak-budak yang duduk dekat belakang dah panas punggung. Tak sabar-sabar nak balik ke teratak masing-masing.

Posting 3: Drug Information Service. Segalanya tampak manis dipandang dan sedap didengar. Saat pulang, segalanya berubah, dari suasana igloo menjadi sauna. Kondisi bus semakin efektif untuk pembakaran lemak. Akibat terlampau terseksa dengan hawa padang pasir tersebut, kami menumpang igloo Mesra Petronas. Buat macam ala-ala kedai kopi. Namun, dah penglipur laranya penglipur lara yang sama di rojak Cenderawasih, topik perbincangan masih yang sama. Cumanya, pendengar dan penambah cerita bertambah ahlinya.

Begitulah alkisah posting semester ini untuk subjek Clinical Pharmacy 2. Fikir-fikir balik, mungkin akibat kafarah dosa sesi-sesi kedai kopi tersebut. Sama-samalah beristighfar dan meminta ampun daripada orang yang berkenaan dan Allah s.w.t. Moga sama-sama dikurniakan secebis keinsafan untuk menguatkan iman yang lemah.

4 comments:

Syahrir bin Zaini on March 13, 2009 at 3:27 PM said... [Reply to comment]

Org selalu ckp macam ni...
"Dunia tak adil"

Dan yg lebih teruk, ada yg cakap...
"Tuhan tak adil"

Nauzubillah....walhal Allah Maha Adil...

Inilah salah satu kesan serangan fikiran...ghazwul fikr yg dicanang media barat.

Mana taknya, selalu je kita tgok dlm filem2 termasukla yg tempatan menyebarkan dakyah2 seumpamanya.

Kita sebagai org Islam sepatutnya ada mind setting yg berbeza dr yg bukan Islam...

Amik contoh Palestin jela...
Kalau Allah nak bagi depa menang,
sekelip mata je bole...

Tapi perancangan Allah lebih hebat,
Kita tak tau hikmah di sebalik kesengsaraan saudara kita kat sana...
Bahkan mereka lebih bersedih kat org Islam yg cukup nikmat, banding dgn diri mereka sendiri yg dijanjikan syurga syahid di jalan Allah....

rijalnaif on March 13, 2009 at 3:53 PM said... [Reply to comment]

dunia bukan tidak adil... hadapi masalah sebagai cabaran. kan dugaan selalu mengiringi kita, hamba Allah yang diuji, dengan kemampuan yang ada batasan..

sudah-sudah la wat kopi,penambah perisa tu...huhu..

Mohd Muzani Hasbullah on March 14, 2009 at 10:21 AM said... [Reply to comment]

Solah...masalah adalah peluang..Fikir-fikirkan..:)

Anonymous said... [Reply to comment]

solah, ko laa pembawa malang..kakkahkahkahkaa..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template