Berlenggang berlenggang, lenggang tali lenggang. Kalau baik hati tentu orang pun sayang. Darilah IM ke Kuala Gandah. Naiklah gajah sepak dek rusa...
Bertolak sekitar 9 pagi selepas membuat jejak kasih di Gerai Pak Lah, kami tiba di Kuala Gandah sekitar 1115 pagi. Selepas mendaftar untuk memberi makan gajah, menaiki gajah dan mandi bersama gajah pada pukul 2 petang, kami melawat Deerland yang terletak 6km dari pusat perhilitan gajah.
Deerland-Di sinilah tercipta memori di mana salah seorang daripada kami disepak dek rusa kerana teragak-agak untuk memberikan makanan. Namun, pujian harus dihamburkan terhadap beliau, kerana dialah orang yang paling berani mendekati haiwan jinak tersebut. Di Deerland juga, kami melihat Hedgehog (sonic the hedgehog,familiarkan?), merak mengigal untuk flirt dengan betina tapi tak dilayan (sadis tul), beruang matahari yang buat tunjuk perasaan, kasuari yang makan tak berhenti dan lain-lain.
Kemudian kami kembali ke pusat pemuliharaan gajah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti yang telah dinukilkan sebentar tadi. Baiklah, cakap banyak tak guna jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam.


4 comments:
best kan..aku dah kata..napa tajuk entry tak sama..ingt ko letak gajahku berenang gagah berani..huhu..
seronok tgk korang jenjalan..
haha..tajuk tu sumber inspirasi shahmin menukar lirik lagu tradisi...seronok memang seronok..ni, plannya ke pulau redang.
baru perasan adenya n3 ni. bulan mac >> x involve lg dgn dunia blogging.. tu yg lg2 xtau. ni br perasan, n brla nk letak komen. biar lambat, tp nk gak letak komen kat n3 ni =D
tgk tajuk "...kuala gandah", leh agak mesti pergi Santuari Gajah.. beshnye wat aktiviti bersama gajah.. siap letak pic tunggang gajah lg ek ^_^ sy pernah gak pergi situ dgn abang n adik2 setahun yg lalu (12/11/2008), tp mase tu beli tiket yg lawatan je. xde wat pape aktiviti dgn gajah =(
sampai sana tghri gak. cdg nk pergi merata tempat hari tu, n hari tu jugak nk kena patah balik kajang, kenala bajet mase. tu yg pakat xpela xdpt wat aktiviti ngan gajah tu. dpt tgk n amek gmbr je pn jdla~
samela, dari situ, pergi ke deerland pulak. mmg dekat je pn kan? kat deerland tu mmg besh sgt2.. itulah kali pertama diri ni sentuh n bergambar dgn ular, rusa n beruang ^_^ bg makan haiwan2 kat sane pun cukup menghiburkan hati..
tiap kali tgk pic2 kat deerland tu, rase nk je pergi sane lagi.. mmg betol2 terasa "up close and personal with the wild life" (ayat pd banner kat kaunter nk masuk tu.mm,ade lg n masih same ke?)
apepun, mmg sape2 yg pergi sane, confirm la akan kate seronok punyela.. harga pun berpatutan (ayat promote la pulak) =D
memang kena plan seharian jugak kat sini..hari tu bertolak pagi n balik petang...gajah mandi after solat zohor macam tu..menarik juga naik gajah.membayangkan kereta kebal sewaktu Kesultanan Melayu Melaka...
harga memang berpatutan...tak pasti pulak dia punya banner tulis apa...
pengalaman yang menarik
Post a Comment