![]() |
| Di hadapan Guiness World of Record Museum |
Baik, mari kita fokus kepada cerita Stroget. Pada November 1962, Stroget yang merupakan jalan tiada kenderaan telah dibina kerana kenderaan mula memenuhi jalan-jalan di Copenhagen. Ramai yang menentang idea ini, namun akhirnya Stroget berjaya menarik ramai pekedai dan pelancong.
Meskipun pertambahan kenderaan berlaku, jika anda bertandang ke Copenhagen, sukar untuk anda terperap di dalam suasana 'traffic jam'. Semuanya tenang-tenang saja. Selama saya berada di sini, saya tidak pernah rasa tertekan kerana kesesakan lalu lintas.
![]() |
| Stroget (pic~copenhagenet.dk) |
Jadi apa yang anda akan buat di Stroget? Berjalan untuk mengurangkan lemak? Ya, saya juga bersetuju. Namun, apa yang menjadi tarikan di sini ialah kedai-kedai membeli-belah yang banyak dan pelbagai. Sebut sahaja kedai pakaian ternama seperti Tommy Hilfiger, Burberry, Levis, Lacoste atau H&M. Semuanya ada di sepanjang jalan. Sekejap, H&M ternama ke?
![]() |
| Lego tu... |
Jika tidak, anda boleh memilih untuk membeli kopi di Baresso dan menikmati persembahan muzik jalanan yang menghiburkan. Anda juga boleh melawat Muzium Guiness World of Record di Stroget.
Untuk yang mencari ole-ole dari Denmark juga, anda boleh mencarinya di sini. Pelbagai barangan cenderamata atau cenderahati yang menarik boleh dibeli. Harga janganlah difikirkan. Dapat t-shirt harga RM60 tu syukurlah.
Itulah alkisahnya, Stroget. Laluan pejalan kaki tertua dan terpanjang di dunia! Selamat melancong.





3 comments:
orang kata H&M tu =hina dan murah...tp tu je yg mampu..huhu
@Imran@Copenhagensebenarnya, kedai h&m lah yang saya berani masuk, tak rasa gerun sangat tengok harganya
assalammualaikum
shopping dgn brbaju melayu.."mood syawal " lg??
seronok brpeluang kembara di negara org
Post a Comment