9.10.11

Ikon Denmark: The Little Mermaid

Tidak sah jika anda berkunjung ke Denmark tetapi tidak meluangkan masa sedetik dua untuk melawat patung The Little Mermaid.  Foto anda bersama patung itu merupakan bukti kukuh anda sudah tiba di Denmark. Itulah yang menjadi kemestian para pelancong yang datang ke sini.

Patung ini terletak di Langelinie, Copenhagen. Kerana pusat bandar Copenhagen yang sederhana besar, hanya dengan berjalan kaki dari Stroget pun anda boleh tiba ke sini. Jaraknya kurang lebih 2-3km. Jika tidak, anda boleh berbasikal dengan menggunakan basikal yang disediakan khas untuk pelancong. Dengan 20 kroner (RM12), anda sudah boleh memulakan kayuhan. Setelah anda meletakkan basikal pada tempatnya, anda boleh ambil kembali 20 kroner tersebut. Ya, percuma saja. Tiada had waktu.

 The Little Mermaid merupakan karya 'fairy tale' yang popular. Karya ini ditulis oleh Shakespeare Denmark (Hans Christian Andersen) pada tahun 1837. Ia mengisahkan kehidupan seorang puteri duyung yang sanggup meninggalkan dunianya di laut demi mengejar cinta putera kacak di darat.

Patung Little Mermaid ini dibuat oleh pengukir patung iaitu Edvard Eriksen pada tahun 1913. Dia menggunakan isterinya sebagai model untuk patung tersebut. Patung ini telah mendepani pelbagai masalah vandalisme. Dia pernah kehilangan kepala dan juga kedua-dua belah tangannya banyak kali.  Pada tahun 2006, seniman Denmark Bjorn Norgaard telah membuat semula patung tersebut. Patung tersebut kini diperbuat daripada konkrit yang menyukarkan masalah vandalisme yang mendatang.

Ya, hampir terlupa. Anda juga boleh menaiki boat untuk melihat seluruh ikon-ikon penting di Copenhagen termasuklah The Little Mermaid. Selamat melancong ke Denmark.

3 comments:

theGeek on October 11, 2011 at 7:23 PM said... [Reply to comment]

Salam, saudara....lepas nie post blog pasal jalan2 plak ke Malmö, Sweden.. seberang selat Øresund or jalan2 ke Hamburg, Germany..

Taufik Abdullah on October 13, 2011 at 10:29 PM said... [Reply to comment]

Seronok berjalan negara orang ya solah..bila mahu jalan berdua ni? =)

Salahuddin Harith on October 14, 2011 at 12:34 AM said... [Reply to comment]

@faifai, insyaAllah tapi setakat ni tak berani sangat nak jalan-jalan sebab budget agak tight.

alhamdulillah, seronok taufik. Kalau taufik datang sini bukan setakat berdua, mesti orang London dan Halle turun punya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template