![]() |
| Sihat sebelum sakit (~image from ekesihatan) |
Salina memandang barisan pohon maple itu. Cantik. Mungkin ramai yang kurang suka cuaca di Denmark semasa musim luruh. Angin dan hujan bergabung menurunkan suhu. Salina pun bukan spesis yang tahan sejuk. Musim luruh pun, dia sudah memakai berlapis-lapis pakaian.
"Assalamualaikum. Dah lama sampai?" suara ceria menyapanya.
Salina menoleh, lantas tersenyum. "Waalaikumussalam. Sampai pun Kak Cahaya. Salina baru sahaja sampai. Tak sempat menggigil lagi."
"Kamu tu. Dah tahu tak tahan sejuk, tunggulah di dalam 7 Eleven. Nanti demam, siapa yang nak jaga? Lainlah kak Cahaya, abang Hariz ada."
Salina senyum segaris. Kak Cahaya memang suka berceloteh. Hari ini mereka akan ke Ganlose, bahagian desa yang jauh daripada bandar Copenhagen untuk menziarahi Kak Ros yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Abang Hariz tidak turut serta kerana ada tugas di fakulti.
"Kak Cahaya sudah sihat daripada demam?" soal Salina mengambil berat. Di sini, warga Malaysia ibarat keluarga. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
"Alhamdulillah. Puji dan syukur kepada Allah, Salina. Kak Cahaya sihat. Cuma sekarang, tinggal batuk sahaja. Kak Cahaya makan Strepsils. Tapikan Salina, kakak tengok kandungan Strepsils ada alkohol. Kamukan ahli farmasi, apa pendapat kamu? Bolehkah?"
Salina terdiam sejenak berfikir. Kemudian dia bersuara, "Menurut Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni, tepung jika diuli bersama arak, dibakar menjadikannya roti dan di makan, orang itu tidak dikenakan hukuman Had kerana tidak dikira meminum atau memakan arak. Ini kerana, api telah menghilangkan bahagian-bahagian arak, ia tidak ada lagi melainkan kesannya sahaja."
"Kak tahu tentang Ibnu Qudamah. Beliau merupakan ulama' besar mazhab Hanbali dan turut serta menjadi tentera Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera Salib. Penjelasan kamu tadi tentang roti, kalau ubat bagaimana?" soal Kak Cahaya lagi.
"Jika dilihat dari sudut ubat-ubatan, pencampuran sedikit alkohol di dalam ubat adalah dibenarkan kerana tidak nampak kesan alkohol yang memabukkan itu." balas Salina.
"Oh, begitu. Baru lega sikit hati kakak. Mange tak Salina."
"Sama-sama. Tak tahu pula saya nak balas dalam bahasa Danish. Eh, kak! Bas 334 ke Ganlose sudah sampai. Jom kita naik."
"Jom. Perut kak dah berkeroncong jazz ni."
"Kak ni ada-ada sahajalah."
Tawa menjadi komunikasi selepas itu.



2 comments:
assalammualaikum
terima kasih atas prkongsian ilmu ini..
asif jiddan..klu boleh ana tahu..apa fungsi ubat cair daraH??
adkh simptom spt pening dan loya prkara biasa stlh mkn ubt cair drh??
@NooR AzLen BinTi HaRoNwaalaikumussalam
fungsi ubat cair darah? azlen dah pun jawab. Fungsi dia mengelakkan darah bergumpal yang menyebabkan saluran darah akan tersumbat. Penyakit seperti strok boleh berlaku, atau serangan sakit jantung.
ubat cair darah terlampau banyak. ada aspirin, ada clopidogrel (plavix), ada prasugrel (effient), ada warfarin dan banyak lagi.
selalunya, pesakit yang mengambil ubat cair darah, akan juga mengambil banyak ubat-ubatan yang lain.
pening dan loya bukanlah satu simptom yang biasa dialami oleh pesakit yang mengambil ubat cair darah. ubat cair darah seperti aspirin 100mg sehari, akan menyebabkan masalah gastrik. kerana itu, hospital akan membekalkan histac (ranitidine 150mg) untuk mengelakkan masalah gastrik.
Post a Comment