3.9.11

Gamitan Copenhagen Buatku

University Library Copenhagen
Inilah kisahku. Kisah perjalanan seorang anak muda dari desa ke bandar nusa Danes. Copenhagen namanya. Perjalanan yang penuh dengan onak duri. Beberapa kali aku jatuh. Namun, aku kumpulkan kekuatan dan pastilah kekuatan perkasa itu dari langit untuk bangun ke tahap ini. Aku berbisik pada diri, "You have come this far, just hold on!"

Aku mengambil pengajian Sarjana dalam bidang Pembangunan Ubat-ubatan di Copenhagen Universiti. Program 2 tahun ini begitu menarik. Sistem yang digunakan ialah sistem blok. Satu tahun terdiri daripada 4 blok. 1 blok, kami hanya mengambil 2 subjek.

Secara mudah, inilah dia 'study plan'ku:

FIRST YEAR
SECOND YEAR
BLOCK 1
BLOCK 3
BLOCK 1
BLOCK 3
Drug Discovery and Development
(7.5 ECTS)
Pharmaceutical Analytical Chemistry
(7.5 ECTS)
Pharmaceutical Formulation of Peptides and Proteins
(7.5 ECTS)
Thesis
Principles of Pharmacology
(7.5 ECTS)
Intellectual Property Rights and Innovation in Pharmaceutical Sciences
(7.5 ECTS)

Advanced Manufacturing of Pharmaceuticals
(7.5 ECTS)
BLOCK 2
BLOCK 4
BLOCK 2
BLOCK 4
Pharmaceutics and Drug Development
(7.5 ECTS)
Research Project in Pharmaceutics and Drug Delivery
(15 ECTS)
Pharmaceutical Preformulation, profiling drug substances for biomedical sciences
(7.5 ECTS)
Thesis
Medicinal and Biostructural Chemistry
(7.5 ECTS)
Advanced Drug Delivery
(7.5 ECTS)

Kami terdiri daripada 40 orang pelajar sarjana yang datang daripada pelbagai negara. Ada daripada Canada, Greece, Russia dan banyak lagi. Setelah kesemua 40 pelajar ini mengambil subjek wajib iaitu yang berwarna KUNING di atas, mereka akan memilih pengkhususan sama ada:

Pengkhususan 'Drug Discovery'
Pengkhususan 'Drug Development' = pengkhususan saya
Pengkhususan "Medicine and Society'

Setelah itu, saya akan belajar subjek wajib, iaitu yang berwarna BIRU dan mengambil 5 subjek elektif yang berwarna MERAH. Di akhirnya, saya akan membuat thesis master.

Ringkasan

Tahun 1
3 subjek wajib untuk semua pengkhususan, 3 subjek wajib pengkhususan dan 1 subjek elektif

Tahun 2
4 subjek elektif dan thesis di Copenhagen Universiti atau

1) Melakukan 'double degree Master' di Vrije Universiti (VU), Amsterdam. Di akhir pengajian, anda akan dapat Master of Pharmaceutical Sciences daripada Copenhagen Universiti dan Master of Drug Discovery and Safety dari VU. Sudah pasti anda perlu membayar 2 yuran pengajian berjumlah RM 130,000.

2) Melakukan Master Thesis di salah satu daripada universiti di bawah:
  1. University of Uppsala, Faculty of Pharmacy (Sweden)
  2. University of London, The School of Pharmacy (United Kingdom)
  3. University of Leiden and University of Amsterdam, The Leiden/Amsterdam Center for Drug Research (The Netherlands)
  4. University of Paris Sud, Faculty of Pharmacy (France)
  5. University of Parma, Faculty of Pharmacy (Italy)
  6. University of Leuven, Faculty of Pharmacy (Belgium)
Anda akan mendapat bantuan maximum 160 euro sebulan.

Banyak lagi peluang lain, namun hanya relevan kepada pelajar Danish.

Seterusnya, saya akan memberikan jawapan-jawapan penting kepada persoalan yang sering diutarakan

Kenapa memilih Denmark?

1) Negara kedua penduduk paling gembira di dunia (Aman, tiada stress, tiada traffic jam)
2) Faktor keselamatan dan kebajikan yang tinggi. (Anda tidak perlu membayar sesen pun jika menggunakan perkhidmatan di hospital seperti melahirkan anak dan apa-apa sahaja. Jika anda tidak cukup wang untuk menyara keluarga, anda akan mendapat bantuan daripada kerajaan walaupun anda bukan warganegara)
3) Taman-taman yang besar dan cantik untuk rekreasi
4) Antara pengeluar terbesar daging halal Eropah. (Daging halal terutamanya ayam ada di mana-mana)

Kenapa memilih Copenhagen Universiti?

1) Universiti tertua di Eropah Utara: 530 tahun
2) Universiti terbesar di Denmark
3) Top 50 universiti di dunia
4) 8 penerima Noble Prize termasuk Niels Bohr

Kenapa memilih Farmasi di universiti ini?

1)  Program yang begitu hebat (saya telah terangkan contoh di atas)
2)  Dapat membuat kerjasama dengan syarikat farmaseutikal seperti Novo Nordisk dan Lundbeck. (Salah satu external supervisor ialah daripada syarikat-syarikat ini untuk Thesis)
3) Berpeluang besar untuk bekerja di dalam syarikat farmaseutikal di sini.

Kesimpulan

Marilah ke Copenhagen Universiti untuk belajar. Untuk maklumat lanjut tentang program yang universiti ini tawarkan sila ke link di bawah:

Copenhagen Universiti

p/s: Saya bersedia menjawab pertanyaan anda.

7 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN on September 3, 2011 2:36 PM said... [Reply to comment]

assalammualaikum

Bg pndpt ana,bukan prkara yg mudah utk mgmbil "double degree master"..

Moga berjaya broleh kejayaan dlm jurusan yg dipilih.

"still in process to finish my degree..last year..insyaallah."

Salahuddin Harith on September 3, 2011 3:15 PM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam.

pastinya bukan perkara yang mudah.

1) yurannya yang mahal
2) planning kena awal
3) tempat tinggal dan penyesuaian diri. bayangkan baru saja settle down di Copenhagen, kena ke Amsterdam pula.

apa-apa pun, ini cabaran bagi mereka yang mahu mencabar kekuatan akademik dan kekentalan mental mereka. Bagi saya, saya lebih memilih untuk melakukan master thesis di university of london pada semester terakhir

CT on September 6, 2011 11:43 AM said... [Reply to comment]

slamat hari raya aidilfitri...jom masuk blog akk http://batulesung.blogspot.com

sue-sama on September 7, 2011 11:51 AM said... [Reply to comment]

salam ziarah,

akh salahuddin ni ex ki 02-03 ek?

selamat menyambung pengajian..

sy jugak menyambung pngajian..harap urusan kita semua dimudahkan Allah

Salahuddin Harith on September 7, 2011 1:29 PM said... [Reply to comment]

@CTselamat hari raya juga buat kak siti..saya sudah melawat, banyaknya tempat yang sudah dilawat

to sue sama- waalaikumussalam,terima kasih atas lawatan.

naam, sy batch spm 2003. uhkt batch mana?

insyaAllah, Allah pasti akan memudahkan urusan hamba-hambanya

Anonymous said... [Reply to comment]

smoga berjaya kpd saudara...
pastinya lagkah kaki itu ada ganjarannya,
krn ia adalah demi ilmu yg suatu ms nanti akan dicurahkan kpd ank bgsa, agama dan tanah air kelak, insya Allah=)

Salahuddin Harith on September 7, 2011 6:25 PM said... [Reply to comment]

@Anonymousterima kasih, jazakallahu khairan jaza akhi/ukhti

insyaAllah. moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kamu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template