17.10.09

Berbekam Rawatan Langiit

Kaifahalukum jamia'n. Kabare waras semuanya. Moga-moga semuanya berada di bawah lembayung redho Allah. Meskipun miskin, dicaci dibuang manusia, namun yang paling penting tindak-tanduk kita ke arah mendapatkan redho-Nya.

Hujung minggu ini, berlangsunglah I-Quest di IIUM Kuantan. Program seperti UIA Open Day ini diwarnai dengan aktiviti-aktiviti yang mengujakan. Salah satunya ialah khidmat berbekam daripada profesional iaitu Ustaz Ramly Ahmad (hambanya.com/ramlyahmad) di gerai HPA dengan bayaran hanya RM8.

Ini kali pertama saya berbekam. Pengalaman yang manis dan sakit juga. Semasa buat memang tak sakit, tapi bila terkena curahan air shower pada kelajuan tinggi. Euwww. Seriously, sakit. Masakan tidak, semasa anda berbekam, kulit anda akan dicucuk sebanyak berpuluh-puluh kali sebagaimana cucukan ujian paras gula dalam darah.
Bak kata pepatah orang putih "No pain, no gain", berbekam ialah saranan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas (golden point). Sesungguhnya ia menjadi penawar kepada 72 jenis penyakit.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Naim)


Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain:

Rasulullah S.A.W. setiap kali sahabat bertemu baginda untuk mengadu sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Antara faedah berbekam termasuklah membuang darah kotor, darah beku yang mengandungi toksin dari dalam badan. Buat mereka yang mahu berbekam dengan harga yang istimewa ini, silakan hadir ke booth HPA di I-Quest.

6 comments:

Syahrir bin Zaini on October 18, 2009 at 8:42 AM said... [Reply to comment]

ooo gmbar ko ke tu solah? hehe
nampak cam gerun je

Salahuddin Harith on October 18, 2009 at 9:10 AM said... [Reply to comment]

takla syahrir...walaupun ada dia tangkap gambar..

rijalnaif on October 19, 2009 at 11:42 AM said... [Reply to comment]

eh,kalo langsir tu terbukak, nak je aku tangkap gambar ko berbekam... ye la, gambar ko BERKACA MATA SILVER besar gadang dah ada dalam simpanan..haha

Salahuddin Harith on October 19, 2009 at 11:54 AM said... [Reply to comment]

wadi...tahula kita satu team paparazi...sama-sama paparazi tak payah la tangkap-tangkap curi ni

Brilliant Marjan on October 23, 2011 at 9:50 PM said... [Reply to comment]

sy pun dah merasa berbekam..tp sy diberi tahu, boleh mandi lepas tempoh 4jam..agak tidak selesa kerana gatal ditempat yg ditoreh..tapi alhamdulillah rasa seronok pula sbb tubuh jadi ringan

Salahuddin Harith on October 23, 2011 at 10:30 PM said... [Reply to comment]

@Brilliant Marjanoh lepas 4 jam.tips yang berguna..sungguh, badan jadi ringan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template