
Subuh yang hening. Dengkuran yang berat rakan sebilik menghuni seketika. Hanya seketika. Bukan pendengkur tegar. Terdetik dalam hati, dah lama tak buka friendster ni, apalah khabar 'dia' sekarang. Usai daftar masuk, nampaknya ada satu mesej baru daripada pijoiamin.
Salam guys,
Our big day is getting closer and coming real soon (22nd and 29th Nov). So both of us would be honored if u cud give us your mailing address for the invitation card (saper yg nak la...saper yg nak e-card pn boleh je).
Thanks a lot.
Pijoi & Yuli
Whoa, hari tu baru saja dijemput menjadi pengapit.Sekarang seorang lagi nak kahwin. Terus bertanya kepada diri, berapa umur aku sekarang ni? Muda lagi. Muda lagi. Harap tak perasan muda. Senyum terukir dek monolog hati.
Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, saya amat amat gembira kerana anda menjunjung sunnah Nabi agung, Muhammad s.a.w. Tahniah saya ucapkan.
Bagi mereka yang masih belum ber'gewe' ibarat shout out kawan saya di YM, usah terburu-buru, usah bertangguh-tangguh. Pemilihan pasangan seharusnya, dilakukan melalui kacamata hati. Tapi, awas! Jika hati sudah dikotori, pandangannya bukan lagi kebenaran.
Untuk melahirkan generasi Islam yang soleh dan solehah, ibu dan bapa seharusnya soleh dan solehah terlebih dahulu. Bukan tiada anak yang soleh lahir dari keluarga yang toleh. Namun, biah (suasana) usratun sai'dah itu lebih tinggi keberkesanannya dalam melahirkan zuriat yang muttaqin.
Pasti anda kenal dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sehinggakan Imam al-Syafi'i berkata, "Khulafa' al-Rasyidin ada lima orang iaitu Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz. Umar bin Abdul Aziz ada kaitannya dengan Umar al-Khattab. Umar Al-Khattab (al-faruq) merupakan moyang kepada Umar bin Abdul Aziz.
'Ashim anak kepada Umar al-Khattab disuruh untuk bernikah dengan seorang perempuan yang amanah dan teguh ketauhidannya kepada Allah. Umar al-Khattab berkata. "Pergilah anakku dan bernikahlah dengannya. Ia akan melahirkan seorang kesatria yang menguasai bangsa Arab''.
Melalui perkahwinan mereka lahirlah seorang anak bernama Ummu 'Ashim dan beliau berkahwin dengan 'Abdul Aziz bin Marwan. Melalui perkongsian kasih ini, lahirlah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal.
~Begitulah, jika anda harapkan orang yang solehah, anda seharusnya mengejar cinta Allah terlebih dahulu. Jika anda harapkan yang soleh, sifirnya tetap sama. Biarlah pohon cinta Allah membuahkan cinta-cinta yang lain.
p/s: Peringatan buat diriku yang alpa di arus dunia yang bergelora.
Ruj: Sirah 'Umar bin Abdul Aziz: Kama Rawahu Malik bin Anas wa Ashabuhu


8 comments:
Subhanallah, kupasan entry yang ringkas tapi penuh pengertian. moga dikurniakan pasangan sefikrah yang dapat sama2 menjana sinergi untuk Islam dan ummah! Go forward young Muslim!
terima kasih atas sokongan anda terhadap blog ini terus-terusan..jazakillah juga atas doa anda...
best la hang punye blog s0lah
awat x promot awal2.huh
ckp pasal kawin,ko da ade calon ker?:P
ehe
superb! (",)
to naz, terima kasihla...mana tau hang pun jenis baca-baca blog ni..aku promote bertanak-tanak kat fs and fb..hehe..alhamdulillah terlorong gak hang nak datang ke sini..selamat datanglah ya..hadirlah kembali
kahwin? bagi hang dulu...duit UEM kan banyak..hehe..ape lagi, tunggu kad je ni dari hang..
to aishah nazariah..selamat datang..
psl kawen la plak...
bile nk brenti ni sol?
kire chronic addiction n mmg xle stop dah ko ni...
bg name disease a "Chronic Blogging Syndrome" (CBS)
ble x? haha
::Guess::
to anonymous
nampaknya, saya sudah sampai satu zaman yang kawan-kawan saya sudah bersedia menanggung tanggungjawab sebagai seorang suami atau seorang isteri.
blog ni kalau diikutkan hanya untuk memperingat diri saya sendiri..tanpa peringatan, kita akan lupa arah tujuan..sedangkan destinasi kita adalah akhirat. Tanpa bekal pahala kita yang rugi.
Post a Comment