Salamun a'laik, sahabat-sahabat maya kusekalian. Terima kasih kerana hadir mewarnai blog ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi kita dikurniakan pelbagai jenis hidayah. Tanpa hidayah, belantara dunia ini gelap zulumat. Pasti tersesat tanpa arah dan tujuan. Moga-moga Allah tidak palingkan hati kita setelah memberi hidayah.
Selawat buat junjungan Rasul Ulul Azmi, Muhammad s.a.w yang akhlaknya begitu mempersona. Sesiapa pun yang cuba untuk menggambarkan karakter Baginda pasti berkata, "Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w., baik sebelum mahupun setelah baginda wafat." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Sa'd dan al-Baihaqi)
Saya mengakui, bahawa minggu ini lebih menyenangkan berbanding minggu lepas. Masakan tidak, kelas setiap hari begitu menyelesakan. Kelas dahlah sedikit, habis awal pula tu. Alhamdulillah.
Adapun kiranya, bertandanglah hamba ke bilik pensyarah untuk mendapatkan nasihat berkenaan hidup selepas bergelar graduan. Alhamdulillah, ibarat selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan, perkongsian ilmu daripada pensyarah amat membantu. Buat yang ingin menyambung pelajaran selepas ini, saya syorkan agar berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang. Saya jamin, tidakkan rugi.
Perancangan amat penting. Dan senior saya pernah bertanya, apa yang Solah akan buat dalam masa 5 dan 10 tahun daripada sekarang? Soalan yang pasti menyebabkan ramai orang terkial menjawab. Ah, redah sudah. Sahabat, usah begitu. Kajian menunjukkan, graduan yang berjaya ialah mereka-mereka yang jelas halatuju hidup mereka dan melaksanakannya.
Buat rakan-rakan sekelas, bulan 12 atau 1 ni, kita bakal mengisi borang tempat kerja, bulan 2 atau 3 kita sudah ditemuduga. Belum terlambat untuk anda memikirkan hala tuju kerjaya anda.
Sila-sila ambil masa untuk merenung masa depan =)


0 comments:
Post a Comment