
Assalamualaikum...entri sebelum ini katanya, mahu mengundur diri. Namun, sudah menjadi darah daging berblog tiap hari. Entri ini dinukil jua.
Tuut tuut
Jam pukul 12.00am. Mesej itu masuk ke dalam 'inbox' telefon bimbitku.
"Dimanakah gerangan anda. Sudah 5 minit selepas 8.45pm?"
Malam semalam berlangsunglah perbincangan Clinical Nutrition untuk perbentangan hari ini. Bezanya, aku tidak hadir. Tidak hadir kerana tak tertanggung keletihan yang berkumpul beberapa hari. Telah ditelan ubat itu, dan ubat ini. Namun, kepenatan dan kesakitan itu tidak mahu berganjak. Akhirnya, ubat terbaik ialah rehat. Maafkan daku ahli-ahli kumpulan Clinical Nutrition.
Apabila dilihat senarai kerja-kerja yang belum disiapkan, terasa macam pelajar farmasi tahun akhir ni seperti superhumans. Ini dia list nya:
- Clinical Nutrition
Case Presentation, Slide Presentation & Report (21/10, Wednesday) 2.15pmLobi Makmur - Pharm Prac Report(Submit by 22/10, Thursday)
- Pharm Prac Visit Report>1 page per group Group according to hospital attachment(22/10, Thursday)
- Pharmacoepidemiology Assignment (Submit by 23/10, Friday)
- Pharmacotherapeutics Presentation (23/10, Friday) Group A1,B1,C1 and D1
(26/10, Monday) Group A2, B2, C2 and D2 - Quality Assurance Poster Presentation (23/10, Friday)1030am-1230pm
- Sterilization Visit Report By group. later.
- Pyrogen Test Report????
- Ophthalmic Report????
Memang memerlukan kecekalan untuk menyiapkan semuanya. Kena keluarkan inner power ala-ala super saiya. Rabbi yassir wala tua'ssir. Ya Allah, permudahkanlah.
Waman yattaqillah yaja'llahu makhroja


7 comments:
solah cuba utk bertahan...
membendung nafsunya yg membuak2...
tapi apakan daya sudah tak mampu melawan,
akhirnya dia kembali terjebak..
dan lahirlah seorang...
eh silap, bkn seorg, sebuah post baru di blog nya, hehe
::Guess::
tujuannya untuk meminta maaf kepada ahli-ahli kumpulan CN..
Dan, kerana terlampau banyak sangat kerja...terasa macam luar kawalan nak buat semua ni..
tapi bak kata muzani
bertenang...kesibukan yang sedikit berbanding kesibukan pada masa akan datang
pergh...muzani..muzani sibuk apa tu? kata dia kesibukan di yaumul mahsyar dan kesibukan di dunia...bagus muzani terima kasih..
fitrah, i guess..at least, among pharmacy students in UIA =p
wah, byk keje bertimbun, walaupun nak exam sgt2 dah....err, tp mcm dah terbiasa begini je, kan? =)
p/s: all the best in final!
eh, xbiasa sgt mcm ni... ni mcm gila2 punye bertimbun...hahaha... takpe, selesaikan satu persatu..InsyaALLAH
betul-betul ni macam accumulate dekat hari khamis and jumaat...yang lain tu satu satu, agak berat nih..terutama yang ambil elektif terasa juga...sikit-sikit...
insyaAllah dipermudahkan
banyak lagi ko miss tu, community posting...dan lain2
a ah ..community service sabtu ni...bukan time sultan pahang punya keputeraan ke? kena beramal nampaknya..
Post a Comment