10.9.09

Kemaafan Total


Andai hati telah hangus terbakar dek api kemarahan, tuba kebencian, yakinlah bahawa rendaman air kemaafan dapat menyegarbugarkan.

Berkesempatan bertandang ke Popular tadi, mencari-cari novel: Sesejuk MAAF di kalbu. Namun, itu hanyalah penantian, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya membeli novel Terasing daripada Hilal Asyraf dan kitab Syarah al-Hikam (Jild 1) terjemahan Ustaz Zulkfli.

Masih berjinak-jinak membaca novel-novel dan buku-buku agama kerana tersentak dengan peringatan Allah terhadap Nabi Musa a.s. kerana baginda beranggapan bahawa dialah yang terpintar di kalangan manusia.

Justeru, Nabi Musa a.s. disuruh Allah untuk belajar dengan Nabi Khidir a.s. yang dikurniakan Ilmu Laduni. Maka, kita usah bangga dengan ketinggian ilmu, kecerdikan, kemewahan yang dkurniakan oleh Allah kepada kita. Ingatlah, kerdilnya kita di sisi Allah.

Kemaafan terkadang diberikan dengan syarat. Syarat sinonim, aku tidak mahu bertemu dengan kamu lagi. Mudah. Tidak perlu berusaha untuk memperbaiki kembali silaturrahim yang telah lama tersimpul rapi. Nak memperbaiki memerlukan usaha kedua-dua pihak, bukan bertepuk sebelah tangan.

Sifat pemaaf amat disyorkan di dalam al-Quran (24:22):

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

Pemahaman mukminin terhadap kemaafan sangat berbeda dengan mereka yang tidak menjalani hidup sesuai ajaran al-Quran. Meskipun banyak orang memaafkan kesalahan orang lain, namun mereka memerlukan masa yang lama untuk membebaskan rasa benci dan marah dalam hati mereka.

Berbeda dengan mukminin, mereka memaafkan secara total. Ini kerana, mereka tahu bahawa manusia tidak dapat lari daripada ujian. Orang mukmin belajar daripada kesalahan orang lain, mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih dari itu , mukminin juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah.

Sempena bulan Ramadhan dan di ambang Syawal ini, cuba kita teliti diri, adakah di sana manusia-manusia yang kita tidak memberikan kemaafan secara total?
Ingatlah firman Allah 64:14

"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

dan Hadis (Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

"Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim".

p/s: jadikanlah bulan Ramadhan ini dan Syawal yang bakal menjelma nanti sebagai titik tolak kemaafan total kita. Amin

Teringat cerita 2 Marhalah Astro Oasis. Betapa sukarnya meminta maaf dan memaafkan.

2 comments:

SuperPuff on July 1, 2010 at 10:04 PM said... [Reply to comment]

asslammualaikum.. klau dibenarkan saya mahu bertanya tntg dosa bercouple...dan kawan saya selalu melakukan.. apakh peluk dn melakukan ringan ringan tetapi tidak prnh meninggalkan solat itu slh....?? dia bertaubat tetapi ttp melaukakan maksiat?? saya keliru??

Salahuddin Harith on July 20, 2010 at 6:54 AM said... [Reply to comment]

@Nurul Ezzatiwaalaikumussalam. maaf kerana agak terlambat membalas pertanyaan saudari.

nurul ezzati, adakah apabila kita mengaku Islam, orang Islam..kita mengambil sebahagian daripada agama dan meninggalkan sebahagian yang lain?

peluk, melakukan ringan-ringan itu semuanya pembuka kepada zina..dan setiap benda yang membawa kepada zina, ialah berdosa.

pendapat saya, apabila bertaubat, kita kena ingat, taubat bukan berhenti kepada tangisan sungguh-sungguh hendak berhenti daripada dosa.

jika taubat itu tapak, iman itu piling konkritnya di bawah. selepas bertaubat meminta keampunan, usaha menguatkan iman harus dilakukan berterusan. solat kena jaga, akhlak kena jaga, pendek kata semua yang wajib kena jaga, yang haram tinggalkan.

antara dosa-dosa besar ialah dosa kecil yang dilakukan berkali-kali. mungkin di mata kita dosa itu kecil, tapi di mata Allah, dosa itu besar.

InsyaAllah, saya akan tuliskan entri berkenaan kenapa tetap melakukan maksiat setelah bertaubat.

Terima kasih atas soalan. Sama-sama memperkuatkan iman dengan amal soleh.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template