
"Abang bangun lah sahur," pujuk manja si isteri. "Ayang makanlah, anje memang tak sahur. Dari time skool pun tak sahur." Jujurnya si anje ni, detik hati isteri.
"Abang sahur itu consists of 2 keberkatan tau. Yang pertama Berkat Rohani iaitu menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w, mendapat selawat dan doa para malaikat dan menjadi pembeza antara puasa orang Islam dan puasa ahli Kitab. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Ahmad:
"Makan sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkan sekalipun seseorang itu hanya meneguk segelas air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas orang yang bersahur."
"Hmmm.." balas si suami sambil bergolek.
"Sedapnya dia tidur. Abang, dengarlah ni. Keberkatan yang kedua ialah Berkat Jasmani iaitu lebih bertenaga dan kuat berpuasa di siang hari. Barulah abang bekerja dengan penuh semangat. Nanti, kerja abang mudah diniatkan sebagai ibadah. Abang bangun ya." sambung si isteri sambil membelai rambut suaminya.
"Yalah-yalah. Karang terlepas pula nak tahajjud ni. Asyik dengar ayang ni berkhutbah saja. Eh, ada ke perempuan berkhutbah? Exception untuk ayang je." usik si suami.
Si isteri menarik manja telinga suaminya sambil berkata, "Lepas sahur kita dirikan solat sunat. Waktu sahur ni berkat.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 17-18.
"Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristihgfar kepada Allah (memohon ampun)."
"Ya Allah, beruntungnya anje beristerikan ayang ni. Kita lalai dia ingatkan. Jom kita makan. Bau masakan pun dah buat abang terliur." ujar suami.
"Mana taknya, ayang masakkan lauk ayam kurma kegemaran abang." jawab isteri sambil tersenyum.
"Sayang isteri abang." balas suami lalu menggapai tangan isterinya.
p/s: Bersahurlah, banyak keberkatannya. Berkat atau dalam bahasa Arab, al-Barakah ialah suatu kebaikan yang banyak dan kekal pada sesuatu.
Menurut Almarhum Sheikh Ibn Jibreen dalam Fatawa al-Siyam, Insya Allah dengan keberkatan bersahur, orang tersebut akan diberi taufik untuk melakukan ibadah pada hari tersebut.
Bangunlah biar seketika untuk bersahur.


4 comments:
aduh... luluh hati.. ni ke nikmat kalo dah nikah solah?
antara salah satu nikmat...dengan perkahwinan sudah melengkapkan separuh daripada agama
knape la ko wat cite org kawen ni?
asyik ckp psl kawen je sol ni, mmg da nmpk sgt dah tu, haa...
mmg dah nmpk dah...
nampak anak bulan Syawal!
hahaha
p/s: sol mmg jiwang!
::Guess::
susah nak layan guess ni...nak block sian pula..
guess, point sahur ni saya olah supaya lebih menarik untuk dibaca...
saya berkahwin? sedang meneliti tujuan perkahwinan dan hala tuju perkahwinan saya...masih memperbaiki diri..supaya nanti sama-sama dengan teman sejati melengkapkan agama yang suci..mengejar redho Ilahi
Post a Comment