23.9.09

Istikharah, sayang...Istikharah


"Kenapa muka macam ada masalah ummah saja?" sapa Talhah sambil melabuhkan punggungnya di katilku.

"Pi main jauh-jauhlah, sibuk." aku mencemikkan muka, sengaja tidak melayan rakan sebilikku itu.

"Uih, orang nak buat baik ni, dia balas macam tu ya." Talhah memicit bahu aku dengan kuat.

"Sakitlah. Yang nak tahu sangat kenapa? Tak ada kerjalah tu." jual mahal seronok juga dengan Talhah ni.

"Tak boleh tidurlah. Tengok kau pun sama." balas Talhah.

Susah sangatlah tu nak cakap ambil berat kat aku. Baik Talhah ni. Sering ambil tahu perihal diriku.

"Ni, mesti sebab si dia yang kau YM tadikan?" Talhah memancing.

Aku mengangguk perlahan.

"Kau suka kat dia ya?" sambil mencuit pipiku.

"Nampak gayanya macam tulah." ku menjawab tanpa berahsia.

"Apa lagi, masuklah meminang." saran Talhah.

"Eh, nanti dulu. Buntu ni. Nak buat cammana ya?"

"Aduh, lagi mahu tanya. Istikharah, sayang. Istikharah."

"Kalau ni hanya mainan perasaan saja, lagu mana?" soalku penuh kegusaran. Terkeluar juga dialek utaraku.

Talhah menarik telingaku lembut. "Itu yang aku suruh istikharah sayang. Istikharah!"

"Haha. Yalah yalah." lantas aku bangun.

"Ha, nak pergi mana pula tu?" soal Talhah.

"Istikarah sayang. Istikharah!" aku mengajuk Talhah.

Tawa melatari bilik kami.

~Ini mungkin sketsa yang pernah berlaku dalam kehidupan para pembaca sekalian. Dalam kebuntuan memilih keputusan, Islam telah menganjurkan untuk melaksanakan solat sunat Istikharah, memohon petunjuk daripada Allah s.w.t.

~Dalam isu perkahwinan, sepatutnya kita muhasabah diri. Yakinlah bahawa lelaki baik untuk perempuan yang baik. Secara mudah, jika kita inginkan yang baik, maka perbaikilah diri kita. Allah jugalah yang memberikan apa yang kita pinta. Seharusnya jadilah cinta kepada Allah sebagai pokok untuk membuahkan cinta yang lain.

~Insya-Allah, jika kita silap, kita tidak kecewa dan akan berasa bahagia apabila kita betul. Kita tidak akan kecewa kerana kita faham, bahawa kita berkahwin bukan kerana perempuan tersebut, tetapi untuk mengejar redha Allah dan memandu isteri dan anak-anak untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Justeru, pembinaan diri sendiri yang perlu diutamakan. Bukan mencari siapa perempuan yang kita dahulukan.

p/s: Sketsa berkenaan tidak berkaitan dengan diri penulis. Hanya menambah rencah supaya lebih enak untuk dibaca. =)

Kepada yang sudah mengorak langkah cuti raya ini untuk membina masjid. Tahniah saya ucapkan.

Ya..قد بينهما حبا

5 comments:

Brilliant Marjan on September 23, 2009 at 3:45 PM said... [Reply to comment]

Salam..
Istikharah di buat bukan tuk cari jodoh je tp tuk cari perkara yg baik sama ada dlm pekerjaan, idea bernas dsb....as student baik diamalkan solat nie...lg2 dlm wktu exm..itulah yg penah cikgu sy pesan dl

Salahuddin Harith on September 24, 2009 at 12:15 PM said... [Reply to comment]

wslm
benar-benar
istikharah merupakan salah satu method dalam merefleksi hakikat kita sebagai hamba-Nya...
Usah terlampau sibuk mengadu domba pada manusia...sedangkan Allahlah yang menzahirkan permintaan kita..

hananhm on October 2, 2009 at 4:15 PM said... [Reply to comment]

hanan hayati likes this :)

mujaddid on March 28, 2010 at 12:12 PM said... [Reply to comment]

salam. mintak kebenaran copy artikel untuk manfaat bersama (bukan komersial).. Boleh??

Salahuddin Harith on May 4, 2010 at 9:49 PM said... [Reply to comment]

to anea
terima kasih

to mujaddid
waalaikumussalam...silakan...anda bebas berbuat apa saja...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template