Alhamdulillah puji yang terus-terusan kerana masih diberi ketenangan meskipun minda diasak dengan pelbagai soalan yang memerlukan banyak jambatan neuron dibina.
Seorang kawan bertanya kepada saya,"Beri aku 10 sebab, sebab apa kau keluar periksa awal?"
Nak jawab ikut skema ke tak nak ni, detik hati.
Pendapat saya, setiap orang mempunyai masa yang diberikan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan tersebut. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya dengan sebaiknya. Sudah puas hati, cek jawapan, hati kata on, langkah kaki diatur keluar dari dewan. 15 minit itu amat bermakna kerana dengan masa itulah saya merehatkan minda dan badan untuk menghadapi kertas seterusnya.
Saya tidak seperti anda, tekun membaca. Saya perlu ada 'mood' untuk membaca. Jika esok periksa, tetapi saya tidak ada mood, saya akan mencari kawan yang bisa menerangkan. Terima kasih Gunjai atas penerangan nota Dr. Farah semalam. Semoga hidupmu diberkatiNya dan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.
Peperiksaan bermula. Ada yang mengambil masa beberapa minit membuat lakaran jawapan, ada yang khusyuk memahamkan soalan dan ada yang terus menggoreng dengan jayanya. Saya golongan yang ketiga. Saya suka menggoreng. Jujur saya katakan, saya mempunyai penghafalan yang lemah. IQ saya juga rendah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bijak. Kerana itulah saya tidak jemu-jemu membaca doa
"Ya Allah kurniakanlah daku pemahaman para Nabi, penghafalan para Rasul, dan ilham para Malaikat dan Muqarrabin"
dan juga doa
"Allahumarzuqna qalban salima", supaya seteruk mana pun saya tidak bersedia, saya tetap tenang menghadapi soalan-soalan tersebut.
Saya mengambil konsep peribahasa, belakang parang kalau diasah tajam jua, inikan pula otak manusia. Usaha mengasah otak perlu untuk semua orang terutamanya orang yang mempunyai penghafalan lemah seperti saya.
Kesimpulannya, maafkan saya jika dengan keluar awal dari dewan exam, menyebabkan rakan-rakan tertekan atau tidak suka. Saya menjawab sekadar sahaja. Puas hati dari pandangan saya. Tuan-puan yang budiman orang yang teliti, tidak seperti saya. Terima kasih.


10 comments:
ok da sedar..dlu time upsr raaaajin btol doa. lame2, makin malas doa. nak praktikkan blk ah. ajarin aku solah~~
Bereh solah..tak payah ikut orang lain. Sendiri tahu keupayaan diri kan. good luck.
uihhh!!! Solah, kite samela.. tapi markah aku x la setanding ko. MAntop!!
hanya ada 2 kemungkinan seseorang keluar awal..HEBAT SANGAT SAMPAI LEH SIAP AWAL DR ORG & TAKTAU NAK PIKIR APA DAH PASRAH JEK...
n buat pengetahuan semua, solah sentiasa golongan pertama...
to shamel...
betul2..tawakal kepada Allah merupakan elemen penting untuk berjaya. Tanpa izinNya, kita yang kerdil tidak ke mana.
to taufik
terima kasih...ingat lagi taufik menolong dalam meluluskan pharm prac 3 solah n banyak lagi benda..terima kasih2
to mat
aku tetap kalah typing maniac dengan hang...hehe
to hendy
sebelum cbx yang selalu parking salah kena clamp...baik jangan ngarut..ko pun tau capacity aku camne...nak lulus jekan? hehe
alhamdulillah dah abis exam.. td pon keluar awal. mcq pon kua awal bkn sbb dpt jwb semua dgn yakin. tp hati kate, "cukuplah hanis, tu je mampu ko buat..."
hehe lor~ ko kuar awl pon jd isu ke~ cian ko~
Aku pon tetanye2 gak knp ko kuar awl sbenanye~ ko tulis cepat ke~ ko mmg tau jwpn se tau2 nye ke~ tp just wonder je la hehe xde la nk jdkn isu kn~
score x score depends on rezeki Die nak kasi~ hoho tp same la kite~ aku bab2 hafal ni out gile~ ngentam banyak~ plg byk sem ni la! pape pon study la utk kuiz~ yg kte x leh nk entam tuh :P
to hanis
usaha dan jawab mana termampu...
to haziah
jom bersedia untuk kuiz..tapi nak rehat sehari dua dulu..
alaa... solah saje je.
jwb 'sekadar sahaja' pon da dpt A, apetah lg kalo die study btol2.
tu main point kat cni sbenanye!
hahahaha...
ak skong ko kunangsepi!
Guess...(a.k.a penjenayah fb?!? haha)
to guess
malas layan penjenayah
Post a Comment