Pernahkah anda merasa penampar di muka? Mungkin semasa zaman sekolah dahulu, ibu bapa dan cikgu menampar kita sebagai pengajaran dan didikan. Setujukah anda? Saya tidak setuju. Pada pendapat saya, penampar merupakan satu tindakan yang menjatuhkan maruah seseorang. Malah, memberikan kesan psikologi yang kurang baik untuk perkembangan minda anak-anak. Ini kerana, muka merupakan kawasan yang sensitif dan tempat letaknya air muka. Si penampar seolah-olah sudah hilang rasa hormat dan terbawa-bawa dengan rasa amarah.
Adakah pedih di pipi memberi kesan di hati? Saya meraguinya kerana niat terang lagi bersuluh kerana bawaan api kemarahan. Saya ingin kongsikan kisah seorang a'bid yang berlawan dengan syaitan untuk menebang pokok tempat manusia mensyirikkan Allah.
Alkisahnya
Seorang ahli ibadah membawa kapak untuk menebang sepohon pokok besar yang menjadi tempat penyembahan manusia. Dalam perjalanan, dia ditahan oleh seorang tua (samaran syaitan) yang berusaha menggagalkan rancangan beliau. Dalam pergelutan, a'bid tadi berjaya mengalahkan syaitan tersebut. Ini kerana niatnya benar kerana Allah.
Atas tipu daya syaitan yang menawarkan wang setiap hari kepada a'bid tersebut jika tidak menebang pokok, si a'bid pulang ke rumah. Namun, selepas beberapa hari, syaitan sudah tidak menghantar wang. Dengan marah, ahli ibadah tadi membawa kapak untuk menebang pokok tadi. Sekali lagi, dia dihalang oleh syaitan. Kali ini, ahli ibadah tersebut kalah. Ini kerana, niatnya tadi tidak tulus dan bercampur dengan amarah.
Begitulah juga dengan kita, kita berdoa namun, terkadang kita terfikir kenapa Allah tidak makbulkan doa kita. Salah satu kemungkinan kerana tiada sinergi antara hati dan lidah kita. Hati kita tidak begitu mahu kaya, tetapi lidah sentiasa memohon kekayaan. Moga-moga apa yang kita buat, lillahi taa'la. Buat apa sahaja selagi benar untuk Tuhan. Amin.

3 comments:
Betul. Kena tampat kat muka membuatkan kita rasa hati benci sangat kat orang tu, walaupun cikgu. Sebab parent saya duk ajar, jangan senang2 nak pegang kepala orang pun, apa lagi ditampar.
Itulah, tapi bila ditampar pedih di muka itu payahnya nak sembuh. Panas sampai menjalar ke tengkuk.
Baru-baru ni kena tampar kerana bersungguh-sungguh meminta maaf dari manusia. Nasib baik tidak menjalar ke hati. Moga Allah damaikan kami. Amin.
erk.. kena tampar hnya kerana bersungguh2 minta maaf dr manusia? sampai kena tampar? dahsyat gak..
memang betol, tampar kat muka memang x patut la kan.. mm,dekat blog saya ada juga cerita pasal tamparan (di pipi).. tp tamparan ni tamparan yg cukup bermakna.. sape2 berminat bolehla baca kat sini: http://kongsibersama07.blogspot.com/2009/06/satu-tamparan-keras-untuk-tiga.html
Post a Comment