5.8.09

Menangani Individu Sukar

Jika dilihat pada buku yang sedang saya baca, bukan buku ini yang sepatutnya saya ulas. Buku Menangani Individu Sukar ini dibeli tika berjalan-jalan di Mid Valley hujung minggu lalu, bagi menghadiri Karnival Kerjaya. Syukur, dapat juga menambah ilmu sedikit sebanyak tentang dunia pekerjaan dan halatuju untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Buku ini ditulis oleh saudara Nordin Jaafar yang merupakan artis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan. Secara keseluruhan, buku ini menceritakan tentang bagaimana Nabi Musa a.s berhadapan dengan Bani Israel yang kita tahu merupakan bangsa yang sukar. Segala sejarah diulas supaya dapat kita praktikkan dalam kehidupan pada masa kini. Terdapat 12 teknik yang dikongsikan di dalam buku ini untuk menghadapi individu sukar. Teknik-teknik tersebut ialah:
  1. Ikhlas
  2. Jika tidak mampu melawan, sertai mereka
  3. Hadapinya, bukan lari daripadanya
  4. Berikan kesempatan untuk kebaikan
  5. Targhib dan Tarhib
  6. Ilmu dilengkapi sesuaikan ikut zaman
  7. Sabarlah dan jangan marah
  8. Mesti berani! Jika undur susunlah strategi
  9. Perkataan lemah lembut
  10. Bantuan dan alat bantu
  11. Practice makes perfect
  12. Penyerahan diri kepada Tuhan
Apabila dilihat kembali, buku ini bukan sahaja mengajar tentang bagaimana kita menghadapi individu sukar, tetapi juga mengajar untuk meneliti diri sendiri. Apabila saya meneliti diri, terbukti, saya juga tergolong dalam individu-individu yang sukar.

Buku yang baik untuk memahami kisah Nabi Musa a.s dari al-Quran dan mengambil mutiara-mutiara pengajaran di dalamnya. Dapatkan buku ini dengan harga RM24.90. Jika anda ahli MPH, carilah buku ini di ruangan Gotta Have It dengan diskaun 20%. Selamat membaca.

1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

sedang baca buku ini.. pinjam dari ibu mertua.. yg peliknya, individu sukar yg sy sedang hadapi ialah ibu mertua saya, dan dia pulak yg pinjamkan buku ni. hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template